Thursday, May 27, 2010

"Polis Salah Guna Kuasa lagi?"

PETIKAN DARI BERITA HARIAN ONLINE:

Dua bekas suspek kes bunuh Nurin dapat ganti rugi
2010/05/27
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kain dan adik iparnya yang pernah menjadi suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, tiga tahun lalu, masing-masing memperoleh ganti rugi RM41,500 dan RM31,500 selepas tuntutan saman mereka dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan yang dikemukakan peguam Azmer Md Saad yang mewakili Mohamad Zamri Ibrahim, 36, dan Mohd Suhaimi Yusoff, 31.

Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi selaku plaintif memfailkan tuntutan saman mereka pada 19 Jun 2009 atas dakwaan ditangkap dan ditahan secara salah oleh polis. Mereka menamakan Asisten Superintendan Loh Pei Pei, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan yang diwakili peguam persekutuan, Natrah Mazman.

Dalam penghakimannya, Sabariah berkata, Mohamad Zamri diberi ganti rugi itu berdasarkan alasan keterangan polis bahawa dia bukanlah suspek yang dicari dalam kes itu.

Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan pihak polis, penahanannya (Mohamad Zamri) adalah secara salah dan tanpa alasan atau syak yang munasabah, malahan polis telah menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya terhadap beliau.

Sabariah berkata, Mohamad Zamri juga berjaya membuktikan keseimbangan kebarangkalian dalam kes itu.
"Sehubungan itu mahkamah membenarkan ganti rugi kecederaan RM1,500, ganti rugi salah tahan RM10,000 dan ganti rugi hukuman/teladan sebanyak RM30,000, yang membawa jumlah keseluruhan ganti rugi RM41,500.

"Mohamad Zamri juga diberi ganti rugi faedah enam peratus sebulan dari tarikh saman iaitu 19 Jun 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya kes itu," katanya.

Adik iparnya, Mohd Suhaimi, pula diberi ganti rugi RM31,500 kerana dia ditahan atas alasan yang munasabah namun dia telah dicederakan dengan secara tidak wajar.

Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi mendakwa anggota polis kemudiannya bertanyakan bertalu-talu dengan nada keras dan kasar di mana Nurin dikurung serta di mana VCD lucah diletakkan tetapi kedua-dua mereka itu telah memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak tahu menahu berkenaan dengan perkara itu.

Kedua-dua mereka berkata, akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat.

Mohamad Zamri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya, dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang telah mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan.

Mohd Suhaimi, dalam pernyataan tuntutannya, berkata dia ditangkap oleh polis ketika dia berada dalam kedai milik Mohamad Zamri.

*****

Respons dari anak aku si AMOI: "Polis salah guna kuasa?"

Respons aku: "Pleaseeee... kalu ada SEGELINTIR masyarakat yang semakin marah dan benci polis lagi, nak salahkan sapa?"




14 comments:

  1. x dapat nak bayangkan betapa aibnya mereka.

    kes itu bukan kecik2 kes.

    ReplyDelete
  2. Bukan setatakat aib.. namun tekanan perasaan yang diterima serta perlu dihadapi bukannya ringan.. :(

    ReplyDelete
  3. Sebagai orang awam, bila kita komen nanti orang kata kita emosi.

    Tapi kita cuba memahami yang POLIS adalah juga manusia biasa dan tidak sempurna, tetapi bukankah mereka lebih faham tentang tatacara dan undang2 berbanding kita orang awam?

    *Saya harap ada orang lebih arif yg dapat komen di sini. :)

    ReplyDelete
  4. mana2 pihak yang bersalah harus bertasnggungjawab tak kira dari pihak mana. apapun begitu getir sekali tugasan penguatkuasa skrg, kerana masyarakat semakin bijak.

    ReplyDelete
  5. ta elok benci Insan lain,

    tak baik benci POLIS, bencilah nama INDIVIDU itu nama bekas kekasih kita ker??? logik sikit sebab kekasih itu pernah menipU atau MENERIMA RASUAH..huhuu..lepas terima rasuah di tepi jalan, ajak kita masuk restoren..huhuu..

    ReplyDelete
  6. EELOBOR > Kalu boleh biarlah sama-sama bijak.

    Tapi kalu dah kena tangkap ada alasan, kenalah terima. Cuma dera dan diperlakukan kejam sepanjang tempoh penahanan tu yang kita tak leh terima..


    ZEQZEQ > ambik rasuah adalah salah.

    ReplyDelete
  7. amboi sedapnya buat orang gitu ye depan anak bini pulak tu.. orang tu ada pistol ke sampai gitu dilayannya

    ReplyDelete
  8. hahahaaaa no komen pasal kes ni... cuma 1 je nak cakap...selagi seseorang itu dinamakan manusia, takde sorang pun yang terlepas dari buat silap kecil atau besar... polis tu pun manusia gak kan?

    ReplyDelete
  9. *Saya harap ada orang lebih arif yg dapat komen di sini. :)

    aku tak arif so aku quit ye ;)

    ReplyDelete
  10. Masa budak dulu, kalau buat nakal orang tua kata;

    "Nanti suruh polis tangkap!"

    Semua lari lintang pukang menyorok...


    Tapi, kalau budak sekarang....ugut cara itu,tak ada respon pun. Kenapa ya!

    ReplyDelete
  11. CEMOMOI > kesian, kan?


    ICE > sekurang2 nya POLIS lebih tahu undang2 berbanding orang awam...kan?

    ReplyDelete
  12. ECHAH > Quit now, nanti masuk balik...:)


    XIIINAM > Sekarang ni, ramai yang berani pukul POLIS plak...

    ReplyDelete
  13. kak azie, memang polis lebih tahu undang2 dari orang awam... susah sket nak explain kat sini pasal terikat dengan 'akujanji'... hahahaa meh borak2 ambil ngeteh..!!!

    ReplyDelete
  14. ICE > Ngeteh? blehhh... Esok malam yer? Tapi "aku tak janji". Hehehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails