Sunday, May 30, 2010

Kaji Selidik...

Pagi tadi aku memenuhi tawaran untuk menghadiri suatu survey di Damansara Heights. Kawan lama aku rekmenkan nama aku. Dan ini bukan kali pertama.

Berbanding setengah-setengah sesi temubual agak lama sehingga 2 jam, kali ini cuma setengah jam sahaja. Bukan susah sangat pun, tak perlu bersedia apapun. Orang kata, bawak badan saja.

Isi borang dan maklumat yang diperlukan berkenaan jenama yang sedang mereka kajiselidik.

Lihat iklan jenama, tumpukan tujuan iklan, isikan pendapat kita, dirakamkan pandangan kita, selepas 30 minit selesai. Terus dapat bayaran.

Waktu pegawai manis tu keluar ambil borang, aku snap pic ini. :)

Walaupun bayaran lebih kecil berbanding dengan NSTP yang pernah bayar sangat lumayan dulu, tapi tetap best sebab dapat bayaran di hari cuti begini.

Sebenarnya, ada 2,3 orang kawan aku memang kenal baik dengan ramai ejen dan syarikat-syarikat research products dan selalu juga aku ditawarkan.

Yang pasti berbaloi dengan masa yang kita berikan, dan dalam masa yang sama kita dapat membantu mereka meningkatkan produk mereka kerana sebagai pengguna, kita lebih tahu apa yang terbaik untuk kehidupan seharian kita.

Aku tahu ada ramai lagi orang di luar sana pernah buat seperti yang aku buat hari ini.


~...SERI BULAN kebosanan...~


8 comments:

  1. apasal tak rekemenkan dakni sekali? hahahaaa

    p/s: bape hengget diorang bayar tu? agak2 lepas tak buat makan2 kat pak li kopitiam?

    ReplyDelete
  2. kira oklah tu dpt tmbh2 sikit duit poket..klu ida ditawarkan gitu pun nak..

    ps ni kena ikat perut lepas balik dr klnte..dah sipong sakan..

    ReplyDelete
  3. azie...
    apa lagi yg azie tak buat lagi???.. sejak akak kenal azie melalui blog azie.. mcam2 dah azie sertai... puisi, juruacara, terlibat dalam pesta buku... dll..
    Tak heranlah kalau satu hari nanti, tup-tup akak dengar azie jadi calon YB bahagian pandan ker...

    ReplyDelete
  4. ICE > bayaran tu nak cover balik yg makan kat Pak Li ritu... tak abih pun. Leh pi lagi seround.! hehehehe


    IDA > sakan belanja ya. Takper yang penting puas hati.

    ReplyDelete
  5. AKAK > eh gitu ek? Ada gak orang soh saya masuk politik sbb kunun citer saya ni pandai bercakap.

    Mujur ler saya tak minat politik, tapi kalu suatu hari nanti terjebak, undilah saya...!

    ReplyDelete
  6. saya akan undi!!!
    tapi calon bebas tau!!!

    ReplyDelete
  7. DrSINGA > Bebas? Pasti selalu dapat kebebasan, kan? Best nih. :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails