Thursday, May 20, 2010

Adakah Aku Terlalu Tua Untuk Itu?

Alhamdulillah demam aku sudah kebah, cuma batuk jer ada skit-skit lagi.

Esok pagi, ada temuduga untuk kerja baru. Sekali fikir, macam aku sudah terlalu tua untuk buat ni semua. Temuduga la, training la (kalu ada), sesi percubaan laa... rasa macam letih dah.

Tak ingat bila kali akhir aku pernah buat temuduga ni. Tahun 1990 rasanya. Masa tu mengandungkan si AMOI. Rezeki anak, kata orang. Pastu bertukar-tukar tempat kerja dan pengurusan saja tapi tidak memerlukan temuduga kerana kami dipindahkan secara group di bawah organisasi yang sama.

Takkan kali ini nak kena kata rezeki anak juga? Takkan nak kena mengandung juga? Hikhikhik!

Takper, insyaAllah aku sudah bersedia, walaupun modal cuma pengalaman, skill dan kemahiran "menggoreng". Yang penting kena yakin dan meyakinkan. Harap-harap berjaya sebab aku memang malas nak mengulangi sesi temuduga atau turun-naik pejabat orang nih jaja resume yang 2,3 baris jer tu.

Kalu berjaya, harap2 juga aku leh terus start minggu depan. Cukupler seminggu jadi Mem Beso Berlengkor. Mana leh lama-lama nanti jadi buntu.

Doakan aku yerrr...

Pengalaman menjadi MC untuk program MASKARA anjuran Sol-JAH dulu. Takder ker orang yang nak amik aku jadi pengacara? Hehehehehe!


~...HISYAM sanggup meninggalkan jawatan hebat di kota, semata-mata cabaran RAHMAT, tapi jauh di sudut hati, dia ingin sekali terus melihat SERI BULAN di depan mata...~



14 comments:

  1. good luck, ;-D

    salamm,

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH ada rezeki tu nanti... dun wori be epy..!!

    p/s: kalo dapat keje, tu rezeki anak menantu hantu sorang ni... hahahaaaaaa chillllllll lerrrrrr makkkkk..!!

    ReplyDelete
  3. selamat berjaya dan di mudahkan urusan hidup

    ReplyDelete
  4. baca baca sikit. (fuh kanan, fuh kiri)hehe

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya Kak Azie..zureen doakan.

    ReplyDelete
  6. good luck K. Azie:) chaiyok! chaiyok!InsyaAllah kali ni kalau dapat, rezeki blog pulak kot sebab ramai blogger mendoakan ni:)hikhik...

    ReplyDelete
  7. Usia hanyalah angka yang kian bertambah... putik kelapa pun akan gugur tanpa bicara.. maka untuk apa dirunsingkan pada tua atau muda. Yakinlah, rezeki Allah itu tetap ada, mulakan dengan bismillah dan tawakkal kepadaNya.

    ReplyDelete
  8. Yeah.... goreng betul2 kak Azie.. bila orang tu rasa sikit terus... "bagus masakan dia ni" heheheheh

    Good Luck ye kak Azie.

    ReplyDelete
  9. sensitif betul bab umur ni..hehe

    tapi minggu lepas keluarkan entri santan kelapa , kan..

    ReplyDelete
  10. Kak KUJIE > Bagi setengah orang mungkin sensitif, tapi saya rasa ayat matang paling sesuai kot...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails