Sunday, May 16, 2010

Cikgu, Esok Saya Tak Nak Pergi Skulah, Saya Demam ni...!

Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar guru, cikgu atau pendidik. Tak kira guru sekolah, guru tadika waima guru sekolah memandu sekalipun. Golongan yang sangat dihormati, yang wajib dihormati, yang mengenalkan kita dengan huruf dan angka. Kalu guru memandu, yang mengajar apa itu brek, apa tu tekan minyak... dan brooooom!

Aku bersekolah rendah di kampung. Baikkkk ya amat. Sebab arwah Ayah antara orang kuat dalam PIBG. Kalu silap, gerenti ayah leh tahu dulu. Cikgu-cikgu semua kamcing dengan dia. Ehhhh aku mana berani buat tak ketahwuan.

Sekolah menengah, jauh skit, kena naik bas ulang alik ke pekan. 5 tahun di sana. Aliran Sastera. Semua cikgu best, tak pernah pun timbul isu bila cikgu rotan, kena report polis atau cikgu kena serang. Tak pernah pun masa zaman aku berlaku gitu. Aku rasa tak pernah aku ni jadi kesayangan mana-mana cikgu, sebab aku bukan pandai sangat cemerlang atau popular pun. Biasa-biasa saja. Tapi aku sangat suka dengan cikgu Sastera aku; Cikgu Ahmad Osman yang sangat best mengajar sastera dan BM. Aku score A1 utk kedua-dua subjek tu, okeyy... Terimakasih cikgu. I love U sooo much! Ahaks!

Tingkatan 6 macam zaman bulan madu jer bagi aku. Banyak main. Tapi cikgu-cikgu aku semua serius ya amat. Agaknya 2 tahun tidak cukup untuk aku bermesra rapat, selain dari belajar saja.


Persatuan Sejarah. Aku dah memulakan kerja-kerja setiausaha sejak sekolah lagi, sebab suka menulis itu ini. Sebab tu sampai skang asyik ler buat kerja tu jerrr. Aku suka aktiviti luar yang agresif, aku berani mencuba. Aku tak takut dengan persaingan dan aku memegang jawatan ketua kelas@monitor untuk 3 tahun berturut dan pernah naik pentas untuk Terbaik Bahasa Inggeris pun 3 tahun berturut-turut. Terimakasih Mr. Gordon...!


Memang macam bulan madu jerr.. Harharharhar!

Terlalu banyak kenangan zaman sekolah. Tetapi aku tidak pernah sekalipun merasakan yang pahit, jauh sekali tersenarai dalam murid bermasalah. Aku jarang ponteng, disiplin aku antara yang teratur cuma aku tidak cemerlang macam murid cemerlang lain. Yang membezakan aku dengan beberapa kawan sekolah perempuan adalah aku suka kawan dengan budak lelaki. Ada yang rapat dengan aku. Tapi semua itu berakhir bila zaman sekolah bukan lagi dunia kami....

Berbanding dulu dan sekarang, sangat besar cabaran guru-guru sekarang. Karenah bukan hanya datang dari murid, tapi dari ibubapa. Memang letih melayan. Agaknya sudah kurang orang kagum pada profesion guru? Sampai ada yang sanggup ugut dan pukul guru? Aku memang tak minat jadi cikgu tapi aku yakin kerjaya ini sangat mulia. Dalam family aku ada 4,5 orang jadi guru. Takut lak aku tengok, bebanan tugas, masa mengajar bukan hanya sekerat hari, ada tu sampai ke petang. Uishhhh kesian.

Terimakasih cikgu. Jangan lupa, mereka juga manusia biasa ada perasaan, adakala tersilap. Yang penting, tanpa guru siapalah kita pada hari ini.

**Aku menulis entri penghargaan ini dalam keadaan demam.



~...HISYAM dan SERI BULAN pernah bersama-sama mengajar anak desa di sekolah yang bertiang buluh berdinding dan berbumbung atap, sungguh jerih kerana pernah dianiaya tahi lembu penuh atas kerusi panjang anak murid...~



21 comments:

  1. Hi AA, awak tak sihat ya? Dah makan ubat lum?

    Kita baru jer nak thebut pasal guru memandu. Kerja bahaya esp dpt anak murid tua cam I dulu, hehe.

    AA, you rihat ok? banyakkan tidor dan jika perlu, dengkur sekali, har3.

    ReplyDelete
  2. AA, kena tulis statement:

    KITA NO. WAHID dpt kalahkan cik Crocs dan Cik Webok, *vangga*

    ReplyDelete
  3. KAK SOM > demam leh lagi bertahan, tapi tang batuk ni memang tak sanggup. Sakit dada. Ambik dadah bleh? Hikhikhik!

    2nd statement tu, jap nak kena study dulu bagi faham.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Azie..tq atas ucapan tu ye...demam ye?rjain2 makan ubat,ok..bab batuk mmg tak tahan sbb ayu pun dah lama batuk ni..ubat dah bertukar pun batuk menjadi2....wah,tgk pic Kak Azie zmn muda2 dulu..hihihih..sure bila imbas balik kenangantu, manizzzz aje kan!

    ReplyDelete
  5. kat gambar ramai2 tu puas saya teliti yg mana 1 AA.
    biasanya saya boleh cam yg teleng condong itulah dia. he he he..

    Ilmu ALLAH amat luas,
    tiada bertepi, tiada penghujungnya.
    tksh kpd semua yg sering memberi nasihat pandangan juga komen2 utk kebaikan bersama.
    anda juga adalah guru2 ku ketika ini.

    selamat hari guru kpd semua.
    Tksh kpd semua guru2,
    tksh pengorbanan mu,
    tksh keikhlasan mu,
    tksh perjuangan mu,
    tksh mendidik anak bangsa ku.

    ReplyDelete
  6. Alamak..baru lepas buat entry teacher's day jugak..tapi cmne leh terlepas cikgu memandu eh..huhu..tkper lah...selamat hari guru buat semua guru di malaysia..:)

    ReplyDelete
  7. Kasihan azie demam penghujung bekerja takpe banyakkan rehat, tak payah nak ambik mc dah.

    Guru di zaman ni memang mencabar bukan setakat mengajar tapi kena buat kerja kerani dan sebagainya...

    ReplyDelete
  8. mmg profession yang mulia. setiap pekerjaan menyumbang jasa yang tersendiri. tp mmg respek bg insan bergelar cikgu

    ReplyDelete
  9. laaa.. kesiannya Kak Azie... demam ye.. makan ubat tau..

    Bila mengimbas kenangan zaman sekolah dulu memang best... rasa macam nak masuk sekolah semula je.. tapi taknak ada exam..hehe

    ReplyDelete
  10. azie..
    terrer sungguh owang tu dapat mengalakkan reebok dan croc.. (kasut apalah yg dipakainya?????)
    kalau demam.. kena banyak berehat...
    banyakkan baring dan jangan menrenyah sangat...

    ReplyDelete
  11. AYU > Bagi semua orang, Kak Azie yakin zaman sekolah adalah zaman paling indah pernah kita lalui, kan?


    KANG NASIR > Dolu2 AA lum pandai teleng. Hikhikhik!
    Terimakasih penghargaan buat guru.

    ReplyDelete
  12. SITI MURNI > Cikgu memandu Siti dulu hensem tak? Ahaks!


    Kak ZAI > Memang takyah amik MC, tapi tak seronok ler demam ni.

    ReplyDelete
  13. EELOBOR > Kalu zaman dulu, orang kampung cukup hormat tinggi dgn cikgu, kan? Sampai ada yang berangan nak buat menantu. Hehehehe



    NIDA > Ada ker skolah yang takda exam? Amboiiii...

    ReplyDelete
  14. AKAK > Agaknya dia pakai kasut Cap Kaki Sendiri. Hikhikhik!

    Terimakasih. Memang dok baring jer. Bangun pun untuk update blog jer...

    ReplyDelete
  15. akak, sama la. saya juga tak berminat menjadi guru (walaupun dulu pernah jadi guru;), tapi saya sangat tabik dengan kerjaya yang mulia ni... dulu kalau kena denda ngan cikgu, takde plak rasa nak report2.geli hati pun ada kadang2. kalau bagitau kat orang tua sekalipun, diorang gelak balik.. huhu..memang takde harapan nak serang cikgu balik macam sekarang;D... sori, berlori2 plak komen:) didoakan moga cepat sembuh:)

    bila tengok pic akk, tiba2 teringat citer Azura yg Jamal-Ogy tu.. Haha. Tiba2;D

    ReplyDelete
  16. Salam azieazah
    Jasa cikgu tak mungkin kita lupakan. Walau cikgu garang dulu2 tu pun kita sayangi. Penawar batuk yg serasi dgn saya = madu Monuka + perahan limau nipis/lemon yg dialirkan perlahan2 ke kerongkong, sebelum ditelan, 3X sehari. Have a good rest & take care.

    ReplyDelete
  17. JUMA > Kalu ikutkan dalam filem AZURA tu, orang luar mana leh terus masuk dalam kelas. Kena jumpa sekuriti dan isi borang dulu, kan? Heheheh..

    tapi bak kata AZURA, "Saya tak suka berkawan dengan ketua geng budak-budak nakal..." Tapi pastu bercinta bagai nak rak! harharhar

    ReplyDelete
  18. Bang TEMUK > Saya yakin Bang TEMUK pun sentiasa menjadi ingatan bekas anak2 murid, kan?

    Terimakasih petua. InsyaAllah, nak cuba.

    ReplyDelete
  19. mokyang apsal lama x masuk skolah ha ha

    ReplyDelete
  20. CALUK > MokYang kan mintak cuti 2 tahun dari ko? Lupa?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails