Selain dari berjaya dalam temuduga siang tadi, ada lagi satu yang boleh aku kategorikan sebagai berita gembira lagi rasa bersyukur adalah surat dari Shah Alam ini.
Walaupun surat pertama (berupa jemputan dan aturcara) sudah diterima awal, surat kali ini agak spesel skit ler. Walaupun aku dah tahu keputusannya, cuma memang aku tak pernah buka mulut pada sesiapa -- sekadar menjadi bual sembang kami sekeluarga sahaja -- tapi bila dah terima surat ini secara rasmi, rasanya tak malu ler kot nak berkongsi di sini.
Walaupun sebelum ni bukan aku tak pernah citer serba sikit tentang 2,3 kejayaan bebudak ni, dan bukan sekali pula ada yang mencemik, mencebik memerli. Aku sedar itu. Urut dada saja lah.
Tapi ada 2,3 orang blogger (kawan lama) yang suka berkongsi kisah-kisah sebegini dalam blog kami masing-masing. Bagi kami yang memang masing-masing ada anak-anak yang masih belajar, masih berjuang dalam pelajaran dan masih mentah dalam kehidupan, banyak perkara yang kami rakamkan di blog untuk menjadi perkongsian sesama kami. Saling mendoakan, saling melihat sebagai suatu yang positif dan motivasi pula.
So, berita kali ini, terimalah juga seperti suatu motivasi pula kepada anak-anak korang (yang berkenaan itu) yerrrr. AA nak berlagak pun rasa macam dah boleh dah. Hikhikhik! (ayat nak balas untuk orang yang pernah kata anak aku tak hebat mana pun). Tapi tak laaa... perjalanan mereka masih jauh. Cuma mensyukuri apa yang diterima hari ini, kerana kami memang bukan orang berada, bukan mewah. Lalu pelajaran sahaja yang mampu mengubah banyak perkara di hari ini.
Semoga anak-anak kita terus maju, cemerlang dan dapat menjadi lebih baik, lebih hebat dari kita hari ini. Aminnnnnn....
~...SERI BULAN sangat berterimakasih kepada HISYAM, walau dibawa menetap di perkampungan separuh desa, jiwanya sentiasa bahagia...~
syoknya...
ReplyDeletetahniah..
cerdik sungguh anak2 sis......
kongsi jerlah..jgn malu2...
ayu suka tau
Alhamdulillah...mabrouk...tahniah....
ReplyDeleteIni lah kegembiraan buat seorang ibu...
Kenapa pula harus ada yang mencebik?
Kalau melihat anak orang hancur...mengumpat pula!
Haih...dunia...
ckLah gembira melihat anak-anak orang lain berjaya....terutamanya murid-murid ckLah yang semuanya anak-anak orang lain...
tahniah pada kedua2 kerana berjaya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSITI RAHAYU > syok ek. Terimakasih. Kalu kita kata anak kita pandai, ada lagi orang yang lebih pandai dari dia..
ReplyDeleteXIINAM > Terimakasihhhh. Saya sentiasa menerima setiap komen sebagai cabaran dan motivasi.
EELOBOR > Terimakasih. Syukurrrr... Sebenarnya itu untuk DIPLOMA jer dulu. Sekarang dia sedang sambung Degree.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah buat Azie, suami dan anak2... teruskan melangkah... :)
ReplyDeleteseronok nya jadi pandai.. alhamdulillah, syukur dengan kurniaan Illahi..
ReplyDeletetahniah! tahniah! tahniah! untuk akak dan anak:) Apa salahnya kongsi, sebagai pembakar semangat kpd yg lain.. tabikla>_<
ReplyDeleteperghhh tahniah berganda mak cemerlang anak gemilang nih
ReplyDeletewahh...tahniah buat anak2 akak :)
ReplyDeleteazie
ReplyDeletetahniah berganda
saat yang sentiasa di nanti oleh ibu dan ayah
ni yang bertambah sayang kat AMOI... takpe laaa tak pandai masak pon... dakni terima dengan redha... muahahahaaaaa..!!!
ReplyDeleteAA, tahniah untuk dak Amoi and of coz untuk ibunya juga. Kita tumpang gembira semangkok sia, hehe.
ReplyDeleteTahniah!
ReplyDeleteBlog peribadi tentunya kisah2 peribadi, lagi pun blog macam ni adalah salah satu cara kita berkomunikasi berkongsi kisah dengan kawan-kawan.
Seronok tengok kawan2 bahagia...nak tumpang sikit bahagia tu
Woww hebatnya... Tahniah untuk Kak Azie dan anak-anak.
ReplyDeleteSejuk perut Kak Azie mengandungkan mereka.
TAHNIAH....nak juga tau apa rahsia anak zie jadi pandai dan hebat.
ReplyDeleteOhhhh... ibuuuuuu...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletenak tip cam mana ajor anak boleh capai kejayaan cam tu
salam azie....
ReplyDeletetahniah buat AMOI yg telah berjaya anugerah dekan...
tahniah juga buat azie yang telah berpenat lelah mencari rezeki demi menentukan kejayaan anak-anak....
kena buat sujud syukur nampaknya...
TERIMAKASIH SEMUA...:)
ReplyDeleteTAHNIAH ALONG dan KAK AA, tumpang gumbira ... harap anak anak saya pun begini. Insya ALLAH :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteyang lebih cerah unt
Tahniah untuk Along dan Mak dan Abah Along. Moga-moga ini beri peluang yang lebih cerah untuk Along mencapai cita-cita. Dah boleh sambung master tu ;)
ACIK MLMW > Terimakasihhh.. aminnn
ReplyDeleteANYSS > Tu baru Diploma jer. Baru habis Degree 1 sem jerrr.. Jauh lagi nak buat Master...
tahniah buat ALONG..IX pun macam AA, ibu mana tak rasa bangga melihat kejayaan anak2 kan.kalau kita tak bercerita siapa pulak nak bercerita.hehe.tahniah jua buat EMAK ALONG
ReplyDeletewah..bagus nye...
ReplyDeletetahniah utk anak kak azie
Salam,
ReplyDeleteHarapan tetap ada. Biasanya kalau cemerlang dari awal, boleh teruskan hingga peringkat tertinggi...sama2 kita doakan.
Opsssss lupa lak nak ucap tahniah untuk mak Along yang dapat keja baru ya. Selamat berkerja dengan semangat baru ;)