Saturday, May 22, 2010

Sungguh 1Malaysia... Ada orang kata kempen tu tak berkesan?

Sungguh 1Malaysia!


Kenangan bersama sebahagian kawan-kawan sekerja aku dulu. Lihat, semua bangsa ada, dan ada kawan Cina aku pakai baju kurung tu.

Kami serasi bertahun-tahun lamanya. Saling respect walaupun ada beberapa perkara memang tak leh kompromi. Contohnya, peti ais di pantry atas tidak dibenarkan disimpan sebarang makanan mentah kecuali sayur atau air minuman.

Kalu semua orang respect orang lain (yang bukan seagama) tiada masalah pun nak untuk bekerja di bawah satu bumbung untuk bertahun-tahun. Malah, mereka sedia faham tentang giliran kami harus ke surau pada waktu tertentu.

Aku pasti rindukan depa semua, walaupun nanti aku akan bekerja dengan kumpulan yang lain pula.

Pengalaman itu sangat mahal.

Jangan kerana isu agama dan bangsa, kita turut menjadikan itu sebagai penghalang untuk berbahagia dan gembira dengan kerjaya kita.

Ada orang kata kempen tu tak berkesan. Ya aku tahu, bersatupadu serasi bukan hanya pada pakaian, bukan hanya pada bahasa... tapi ada yang lebih dari itu.


~...SERI BULAN nak masak Bihun Goreng hari ini, setelah dikata gagal menumbuk sambal belacan...~


7 comments:

  1. wahh...ini dah membuktikan 1 Malaysia

    ReplyDelete
  2. Kak Azie sorang je Malayu? Uiyooo.... mmg salute!

    ReplyDelete
  3. salam...
    menda ni kalau tak der slogan 1 malaysia pun dah ada..dan wajib ada..kan dalam islam ada digariskan adab berjiran,berkawan dengan semua bangsa...ISLAM ITU MELIPUTI SEMUANYA.

    ReplyDelete
  4. EELOBOR > Ini suatu contoh sahaja...


    V.I.C > tidak juga. Ada lagi 2,3 orang Melayu, tapi kuar masuk kuar masuk. Tapi memang tak pernah lebih dari 5 orang dalam staf yang pernah menjangkau 66 orang.
    tapi yang pasti, Kak Azie adalah yang paling lama dan menjadi paling senior.

    ReplyDelete
  5. PAKLONG > Benar tu. Saya rasa kempen tu sebagai mengingatkan kita.. Yang kadang2 lupa..

    Kan kita ni mudah lupa...? hehehe

    ReplyDelete
  6. Tanpa kempen pun kita dah terbiasa hidup bercampul gaul tanpa mengira bangsa dan agama, kan? :)

    ReplyDelete
  7. Aslmkm.
    Haha ... jgn mudah terbuai dgn slogan & manifesto politik! Saja gah2 supaya nampak macam depa buat perubahah!
    Seingat Kak G dr kecik lg ... Melayu, Cina & India dah hidup bertoleransi ... depa yg berkepentingan tu yg p cucuk sana cucuk sini & buat abis haru biru! ... pastu tunjuk depa jaguh pulak!!! Ala-ala drama2 Melayu Indon tu. :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails