Thursday, April 7, 2011

Aduhai... RABBIT CARD punya kes lagi...

Salam.
06-04-2011
Lewat malam (sebelum tidor, of course).


Tadi jam 8.30, aku hadir perjumpaan ringkas berkaitan dengan beberapa tugasan luar. Tak rasmi tapi penting kerana ada orang penting.

Naik bas lagi kali ini. Destinasi yang sama macam hari tu. U40 RapidKL menuju Kajang (tapi takla sampai Kajang).

Naik dari Maluri jer. Masa naik tu, pemandu muda sedang sibuk tekan-tekan mesin baru untuk “bip bip” tu. Yeahhh RABBIT CARD lagi.

Seorang wanita berusia (50-an), sedang menanti. Beli kad baru. Ye lah, nak mudah. Pemandu cuba masuk note RM10, berulang kali tapi duit tu asyik reject. Masuk, keluar balik. Beberapa minit dia mencuba. Gagal.

Aku dah geleng kepala. Nasib kau lah card. Asyik ler kau nak menyusahkan pengguna pengangkutan awam. Dalam kepala bercakap sendiri, belum reda kisah aku bengang Ahad lalu pasal tak leh top-up, ini depan mata nampak lagi kes tak leh beli kad baru plak!

Aduhaiii... aduhaiii.

Last, makcik tu terpaksa bayar manual. Sepanjang kejadian itu makcik tu diam jer, langsung tak cakap apa, dia berdiri tengok jer pemandu tu mencuba dan mencuba.

Dah bayar, dia bergerak masuk dan bercakap dengan anak perempuan.

“Mmtak aarr.” > maksudnya “Tak boleh lar..”

Anak: “Timkai?” > kenapa?
*Lama bekerja dengan orang Cina, bahasa semudah/simple macam tu, memang aku faham jer.

Taktau la nak kata apa lagi dah.

2 kejadian depan mata yang membuatkan aku yakin, masih ramai pemandu/staf sendiri kurang mahir dengan alat/sistem baru. Bila timbul masalah, terkial-kial.

Aduhai... aduhaii.

Tetiba aku teringin benor nak makan durian lagi... dan lagi.
Tadi mesorat sambil makan Nasi Goreng Pattaya, tapi tekak rasa kesat. Pelik aih.



~...HISYAM, andaipun tidak berani menyatakan sayang dalam sebutan, tapi sungguh bijak mempamerkan rasa hati melalui perbuatan...~








15 comments:

  1. salam..
    naper tak bawak keter sendiri, kan senang...

    ReplyDelete
  2. Salam PAKLONG:
    My TOKLAKI pun ada hal pada masa yang sama.

    ReplyDelete
  3. Semalam tengok orang makan deghoyan kat TV... huhuhu... tetiba rasa macam nak makan deghoyan masa tu juga!

    CDM kat bank pun kengkadang mengong. Kita baru keluarkan duit tu dari ATM, tapi bila dimasukkan ke CDM, mesin tu boleh reject pulak! Berkali-kali - sampai sudah tak boleh masuk. Gilo apo? :(

    ReplyDelete
  4. saya pun pernah tengok minggu lepas..org cina jugak! serupa kes macam AA citer ni..

    nak sampai cepat jadi lambat sebab mesin punya pasal..grrrrrr

    ReplyDelete
  5. Amy semalam kena kat bank , baru draw dan nak depositkan tak leh guna buat sakit hati je..pernah juga jumpa dengan org macam nie , elok2 boleh sampai cepat jadi lambat...

    ReplyDelete
  6. alahai .... bukan lagi menyenagkan .... menyusahkan ada.... kalau macam tu baik bayaq manual ja...

    ReplyDelete
  7. patutnya pemandu bas kene diberi kursus utk kendalikan peralatan dalam bas, baru la lancar sikit.

    ReplyDelete
  8. kak azie...
    hehehhee...tak tahan tgok derian kat blog sy keeee???hehehhehe...meh join GA sy...

    ReplyDelete
  9. dah lama dah tak naik bas pengangkutan awam kak... kat sini klu ada pun masih pakai mesin masuk duit syiling tu je

    ReplyDelete
  10. sila bebel kat drebar tu, "nang botinang kui botikui" (basa cine versi apek madu tiga)

    ReplyDelete
  11. sodappnyerr dorian kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  12. sayangnya saya tak berapa gemar makan durian...

    ReplyDelete
  13. Salam singgah.. jemput melawat blog saya ye ;)


    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  14. sistem baru, mesti susah sikit awl2 kan. takpe, bg masa utk driver2 ni blaja.

    ReplyDelete
  15. tak sempat nak berkursus kot staf2 tu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails