Friday, May 6, 2011

AZIE Membebel Kisah Seminggu...!

Salam Jumaat.
06-05-2011



Terimakasih komen dan sokongan di entri luahan hati sebelum ini. Tidak tahu hendak mencelah di mana, tidak tahu hendak membalas apa — selain terimakasih — dan AA baca semuanya dengan hati yang terbuka dan gumbira.

Semalam online tetapi satu baris pun tak tertaip. Antara penat memasak dengan penat otak, tidak tahu mana yang lebih mempengaruhi.

Yang pasti, mood menulis semalam tidak sampai dan tidak sebanyak yang diharapkan. Dalam kepala terlintas nak menulis tentang pengorbanan sempena Hari Ibu, tetapi tiba-tiba jer jari tak bekerjasama, badan lebih nak landing. So, semalam layan ulangan Maharaja Lawak tapi tak berapa nak gelak.

Novel-novel yang dibeli semua longgok kat ofis, baca time lunch atau bila free. Kat rumah, jangan harap!

Memang terbaekk! Dan memang patut pun novel ini menjadi best-seller!



Orang yang kerjanya dalam “studio” memang tidak dapat dipisahkan dengan majalah-majalah sebegini. Mujur bukan aku yang beli.


CHAK dah nak habis dah buat latihan dari buku rujukan yang baru beli ritu. Excited macam nak peksa esok, tapi result tak mencanak pun. Main jer lebih.

Sekarang ni dia suka benor bercerita pasal cikgu kelas dia yang baik dan sporting itu. Guru lelaki. Ada sahaja cerita pasal cikgu tu dia bawak balik. Seronok jer aku layan. Maklum cikgu tu sungguhlah baik dan tidak garang. Sampaikan dia kata, “Hari ni Cikgu Iwan tu jadi garang. Sebab kawan Chak cabar dia soh jadi garang.” Amboiiii bestnya dapat guru yang sporting camtu. Bleh jer dia layan karenah budak-budak umur 9 tahun!

Since IKA ada di rumah, CHAK paling suka sebab ada orang yang boleh dia “kerah” itu ini. And kain aku yang sebakul penuh haritu dah susut!

Sekarang ni, dah lega skit sebab tak banyak program luar — sebenarnya hujung minggu jer — sebab aku plan nak ajak IKA dan yang lain-lain pegi somewhere Ahad ni. Kalau jadiiiii...

Nak tunggu AMOI baik, alahai minggu depan baru abih exam.

Batuk dan selsema masih ada, dah hujung-hujung.

Henfon aku semakin teruk rupanya, sejak cover luar dia ada yang sudah patah besinya. Ntah bila nak ganti baru. Selagi IKA belum dapat PTPTN dia, aku memang tak berani nak melayan kehendak hati.

Sedar-tak-sedar, IKA dah selesai 1 semester. Tanpa biasiswa, tanpa tajaan selain dari mak ayah. Bila lah PTPTN dia nak masuk nihhhh... IKA siap kira sejak hari pertama belajar sampai habis satu semester, berapa kos dia. Mak aiiii... beribu youuuu! (Bayar balik! hehehehe) Course dia banyak berabih duit untuk buat model projek dan bahan assignment.

Azie, membebel ker....!?



~...HISYAM, bila ada rindu menerjah di hatinya, lalu merungut kepada SERI BULAN dengan harapan membantu dia sama memungut malangnya SERI BULAN merasa kerinduan itu tidak langsung berpihak kepadanya kecuali rasa ketagihan kepada Nasi Lemak Buah Bidara dari dapur kayu Mak Utih...~









23 comments:

  1. selamat pagi AA, SELAMAT PAGI JUMAAT

    walau ini entry di panggil membebel.. ayu rasa. idaklah sangat.. sebab selalu baca entry kak azie yang lebih panjang..

    kak...... mai lah hulur2 sikit majalah nie....hehehehe..

    ayu janji, ayu bayor 20sen..
    LARI!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. membebel? Kalau banding dgn bebel akak ni, bebel Azie tu kira intro baru tu...hehehe

    ReplyDelete
  3. Sebagi ibu, isteri, pekerja, boss dan selagi ia wanita perkara ini tak dapat lari.

    Kakak suka jadikan sebagai pedoman macam mana org yg begitu busy boleh manage semua hal... Salute dgn AA punya style....

    ReplyDelete
  4. pagi2 jumaat x elok membebel he he

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Aduhaiiiii belajar memanglah macam tu. Banyak kena berabis terutama beli buku. Saya yang dah kerja ni pun tetap masih BERHUTANG yuran pengajian. Kalau bayar yuran habis, kena tahan diri beli buku pulak. Jadi, bayar ajelah yuran sikit-sikit tapi beli b uku banyak-banyak.

    Masa pesta buku, hanya nekad nak beli 1 buku sahaja. SATU ya...tapi bula balik..hu hu hu tetap senget bahu. Buku ilmiah sahaja...errr ada jugak novel berat hu hu hu

    Baguslah IKA dok kira...paling tidak dia tahu betapa berharganya izajah nanti. Betapa susahnya nak dapat. bukannya main beli2 bayar 20k macam orang2 kaya tu ya hu hu hu

    ReplyDelete
  6. azie...
    jd ibu ni mmg banyak memikirkan keperluan anak dari keperluan sendiri....
    Insya'Allah Ika, Amoi akan membayar semula 'penat titik peluh' azie yg keluar dgn membawa pulang kejayaan....

    ReplyDelete
  7. Salam hari Jumaat Azie...

    tak bebel aihhhh... bercerita je tu. :)

    Masa anak belajar, memang tak terkira duit yang keluar. Demi masa depan mereka, kita lakukannya dengan rela. :)

    ReplyDelete
  8. Banyak betul promo sal novel tu. teringin lak nak beli.. siap lah.. tak buat keje lain nanti..

    ReplyDelete
  9. mak sy menoreh je kak, masa tu sy study kat uitm, adik sorang kat utm, sorang lagi kat poli, pengorbanan mak ayah nak sekolah kan anak2.

    ReplyDelete
  10. kak azie ni mmg rajin baca novel...sy nak ngaji pun kdg2 termiss sbb budak2 ni dok sibuk ummi2...yg nak duduk kat riba la...tarik2 telekung laaa....(byk betui alasan nak membaca....huhuhu)

    ReplyDelete
  11. Aslkm AA

    Selamat menjalankan tugas...
    Sebagai ibu mcm2 keje kita kena buat.
    Oh anak belajar kat mana?

    ReplyDelete
  12. saya suka baca bebelan kak azie..
    penuh info dan menarik..terasa dok depan kak azie apabila baca n3 ni..hehe

    ReplyDelete
  13. Azie tanam benih hari ini esok menuai pula.Kak Zai tinggal 2 orang lagi insyaAllah tahun depan sorang aje lagi. Sekarang hasil dari yang 2 orang alhamdulillah boleh guna untuk shopping.

    ReplyDelete
  14. salam, anak che mid si farhan tu sem 3.. pun takde ptptn.. sabo je le..

    ReplyDelete
  15. Kalau dulu Nida baca novel bila time budak sedang peksa.. ank murid jawab kertas, cikgu baca novel...hehe

    ReplyDelete
  16. jadi mak mesti ngomel... kalau tak .. tak best, sesekali je la


    hari ni kita menanam harap2 esok2 dapat menuai hasilnya, saya pun tengah, menanam, meracun, menyiram bagai ni... memang sering kontang

    ReplyDelete
  17. AYU:
    Lain kali Kak Azie buat sewa majalah jer lah. Sejam 20 sen. :)



    HANI:
    Intro? Ahaa... kalu masuk contents sekali, mau berjela jadinya.



    KAK ZAKIE:
    Terimakasih.
    Adakala tewas juga dengan keadaan diri.

    ReplyDelete
  18. CALUK:
    Apa agaknya yang elok di pagi Jumaat eh?



    ANYSS:
    Salam.
    Betullah. Untuk belajar, memang tak leh ngelak berhutang.
    Harap-harap ada ler ingatan depa di hari berjaya nanti.

    ReplyDelete
  19. AKAK:
    InsyaAllah KAK. Moga-moga begitulah. AKAK sihat?


    KAKCIK:
    Rela memang rela Kakcik. Saja jer nak bebel jugak tu.



    YAN:
    Boleh lah nak cuba. Pada saya, berbaloi. Buku yang ada mesej yang sangat dalam. Tentang cinta kita terhadap NYA melebihi cinta semasa manusia.

    ReplyDelete
  20. GC:
    Sama juga ler kita. Mak ayah Kak Azie, kerja sawah saja. Tapi abang sulung dapat juga masuk Uni Malaya. Time tu, 70-an, mestilah bangga.


    AZIAN:
    Sama ler kita.
    Sebab tu anak-anak mengaji dengan orang yang lebih arif dan mahir.


    MAMA JU:
    Anak yg sulung di S Alam, kak.
    Ika di Seri Iskandar Perak.

    ReplyDelete
  21. MEK SARAH:
    Nak Kak Azie membebel lagi tak? hehehehe


    KAK ZAITUN:
    Wahhh seronoknya jadi macam Kak ZAI. Jeles saya. hehehehe


    CHE MID:
    Ohh... anak Kak Azie tunggu giliran, application dah lulus.

    ReplyDelete
  22. NIDA:
    Ehhh ok gak cara tu. Curi masa kata orang.



    IBU INTAN:
    Betul tu.
    Kita ni menanam sambil berdoa, Kak. Moga hasilnya subur. heheheh



    NAA:
    Terimakasih NAA.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails