Monday, February 25, 2013

Kau tempat ku meminta, Kau beri ku bahagia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-02-2013



Ada jenis orang yang hanya mahu perkara yang baik-baik sahaja. Nak tengok benda yang dia nak tengok saja. Dan yang paling saya rimas, mereka nak dengar benda yang depa nak dengar saja.

Bila dia bekerja dia mahu kerja dia sempurna saja. Well... baguih. Bila dia bekeluarga dia hanya mahu orang nampak yang baik-baik saja. Kalu boleh mahu pujian sepanjang masa. Hanya mahu disebut yang baik-baik saja. Macam la setiap rumah takda tabir, takda langsir. Macam-macam benda boleh sorok di belakang langsir tu.

Sedangkan kita tidak boleh terlalu meminta, terlalu mengharap. Ada ketika cuaca memang mendung berminggu dan hujan sebulan. Lalu kain baju ada yang lembap berulang, kering selang-selang.

Bila matahari bersinar terik, tak bersyukur juga.

Macam Fareez yang sombong angkuh dengan isteri sendiri. Mentang-mentang pilihan orang tua. Ada girlfriend cantik, tapi angkuh juga. Kahwin terpaksa demi harta dan kedudukan.

Lalu DIA balikkan hati, sat saja. Tak sampai pun 3 bulan. Baru terbuka mata, isteri jauh lebih baik dari kekasih yang kaki clubbing.

Kalu lah hidup macam drama-drama yang indah macam rama-rama...

Tayang-tayang:


Sayur dari CH hari tu. Kasi perabis semua.





 ~...Mak Utih tiba-tiba datang angin baik hendak menurunkan semua kain tutup tingkap yang belum kusam dan SERI BULAN masih ingin berlindung di sebaliknya setiap kali HISYAM melintas petang sambil cuba membuang pandang paling tidak menjeling kerling...~




8 comments:


  1. "Ada jenis orang yang hanya mahu perkara yang baik-baik sahaja"

    ada kah orang yang tidak begitu ?

    ReplyDelete
  2. betul jugak pertanyaan Tuan Hj tu kan Azie? hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    semua orang "nak yang baik-baik aje", tapi Allah sentiasa beri "yang Terbaik" untuk kita supaya kita jadi lebih baik lagi ;)

    PsssT: itu sayur kegemaran hamba hu hu h uhu

    ReplyDelete
  4. Drama tu fantasi kak. Mmg best klu realiti tu seindah imaginasi. Tapi, apa salahnya klu kite optimis, kan?

    ReplyDelete
  5. As salam Kak Zie,

    Saya suka ayat yg atas sekali tu! Dr segi psikologi kita panggil selective listening! -Tidak "dengar" apa yang org lain ingin katakan, tetapi "dengar" apa yang diri sendiri ingin dengar.

    Saya doktor tak jadi dulu :p

    Have a nice day kak!

    ReplyDelete
  6. Sayur beli kat CH ni best kan...manis dan rangup aja bila di goreng...terasa fresh nya

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails