Friday, February 15, 2013

Limau Kasturi: kenapa mesti Kasturi, bukan Tuah bukan Jebat?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
15-02-2013


Saya sentiasa ada stok Limau Kasturi di rumah, bersaing dengan Asam Boi. Sebab saya suka buat Air Limau Asam Boi. Dingin. Memang boleh menghilangkan dahaga.

5 hari berada di rumah MyBonda di Jinjang, 5 hari tidak buat air paberet saya. Ohhh ketagih sudah!

Pagi tadi, ke Pasar Pudu agak terkejut ada beberapa jenis barang yang tetiba jadi mahal. Paling geram, Limau Kasturi yang biasa saya boleh dapat sekilo RM3.00 kadang-kadang cuma RM2.50, hari ini tup-tup jadi RM6.50 sekilo...! Mak aiii... awat lepas CNY jadi mehai? Drebar lori limau tak masuk kija lagi kar..?

Mujor stok masih ada sket lagi, wpun dah kecik kecut. Takpa, janji ada rasa.


Ulangtayang pic lama, tak kisah janji sendirik punya.

CHAK selalu marah bila saya buat air ni, sebab dia tak minat dan tak boleh nak tumpang sedut. Hahahaha...! mak dia jaaahhhaaattt...!

*ulang: beri saya sedikit masa untuk kembali rancak BW, juga bagi teman baru yang mengomen, pun mohon tunggu untuk saya membalas kunjungan.





 ~...ketika singgah untuk makan tengahari atas jemputan khas di Teratak Nyatuh, HISYAM sangat berharap dia dapat mengusik-sakat-tak-manja akan masakan SERI BULAN yang selalunya susah hendak mendapat pujiannya, tetapi melihat mata jegil Mak Utih dan kelat-masam-cuka wajah Pak Utih, pujian tidak tersebut, sakat terus tersekat...~




25 comments:

  1. waaaa... sedapnyer... mengalir kat tekak... nyaman rasanya.. :D

    ReplyDelete
  2. Salam AA,

    Mehai sebab kaum depa nak buat duit balik setelah bagi angpow kiri kanan depan belakang..kih3x

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. rindunya nak minum air limau asam boi kak azie yg sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai.. rindu juga nak bergathering lagi, dan lagi.

      Delete
  4. JB hari ni panas terik, kak Azie. Mintak segelas, boleh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu jug pun boleh, tapi kene bancuh sendiri. hahaha

      Delete
  5. Assalam..

    Kalau panas-panas..sejuk jer mengalir di anak tekak..terus ke kerongkong..zupp..masuk ke perut..alahai........

    ReplyDelete
  6. Tuah dah ada Taming Sari, Jebat pula dah dicop penderhaka... jadi untuk Kasturi diabadikanlah sebagai limau hye he he hehh...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Azie

    saya tak berupa suka limau....he he

    ReplyDelete
  8. Dah la kepala saya tengah meoongg dan rasa mcm nak terbelahak sebab tak cukup tidur nie kak. Dan saya sangat2 perlukan air limau kasturi tu ... uwaa...Kak Azie mendera

    ReplyDelete
  9. saya suka air ni. selalu beli kat kedai jek. kalau beli limau alamat kecut dan busuk je nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni kena la rajin rajin buat. Rugi jer biar limau tu kecut.

      Delete
  10. amboiii...mentang2la kat sini cuaca panas, awak tayang air tu huhuhu
    berdegup2 akak telan airliur...semua barang tgh nak hargaa ni sis, pi pasar mcm bawak duit rupiah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Q. Ada ketika seronok jer beli belah di pasar bila harga sayur mayur murah gila. Tapi bila ada yang naik harga, alahaiiii rasa ralat nak beli.

      Delete
  11. Yup. Lebih kurang gitu la rasa ketagihannya.

    ReplyDelete
  12. Azie, di rumah saya ada 2 pokok limau kasturi, buah banyak.smpai kena selalu bagi jiran.tak habis makan, I pun selalu minum.kalau wktu tengahari memang sejuk masuk dlam perut, tapi org kata tk boleh selalu sgt nanti dpt penyakit drah rendah.betul ke? kwan saya dah kena, dia yg cakap.

    ReplyDelete
  13. Mungkin Hang Kasturi tu paling wangi kot..hahahaha..Akak tanam lah pokok tu lepas ni diorg yg beli dari akak pulak. hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails