Saturday, February 16, 2013

Bila blog & blogger tidak lagi public...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
15-02-2013


Agak ralat juga bila, sejak akhir-akhir ini ada 2,3 blogger yang mengambil keputusan untuk mem“private”kan blog mereka. Yakni, mereka hanya mengizinkan blogger-blogger tertentu sahaja (atau langsung tiada) yang boleh masuk membaca blog mereka.

Apapun alasan, apapun sebab mereka, secara peribadi saya menghormati. Saya sendiri tidak berminat hendak tanya, hendak tahu tetapi keputusan tanpa notis, keputusan tanpa signal itu membuatkan saya sedikit kecewa. Saya suka blog mereka. Saya suka baca cerita mereka. Saya suka tengok gambar-gambar mereka. Saya suka baca kisah pengalaman mereka, lawak mereka, gurau senda dan jawapan mesra mereka di ruangan komen.

Saya tak pernah jumpa mereka (tiada isu untuk pertikai soal kena jumpa pun...) tetapi saya rasa dekat dengan mereka, rasa mesra dengan mereka. Rasa macam kawan rapat, rasa macam duduk sebelah bercerita bila saling jawab menjawab di dalam komen....

Yeahhh... kita tidak berhak bertanya, tidak berhak pertikai apalagi untuk menunjukkan rasa prasangka.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk mereka.



Kalu kena kes Madu Tiga cenggini, saya rasa harus saya sendiri pun tak berani nak jalan-jalan kat public, takut ada yang tanya, kenapa saya izinkan suami menikah lagi, sedangkan saya bagi duit soh Toklaki buat kerja kahwin 7 hari 7 malam...! hahahahah....!




 ~...melihat wajah kelat-masam-tak-cuka Pak Utih tengahari tadi, HISYAM sudah gementar untuk menerima pelawaan makan malam pula sedangkan Mak Utih begitu bersungguh dan dia sendiri tahu SERI BULAN lebih lagi hendak mengajak kerana selain dapat mengusik sakat-tak-manja dapat juga bergaduh-balah-tak-salah tentang lauk mana terlebih garam, kuah mana terlebih cair...~




29 comments:

  1. kak Azie kalau private kan blog ni, jgn lupa invite saya tahu! Saya sentiasa nak baca kisah Hisyam & Seri Bulan ni...:P

    ReplyDelete
  2. .Kalau public saya boleh tumpang singgah tu aje. Blog saya pula akan sentiasa public sebab saya tak ada apa nak sorok pun..blog biasa biasa jer. Azie pun akak harap stay as you are k.

    ReplyDelete
  3. susah nak cakap kan.. all this hak individu..

    ReplyDelete
  4. terpulang.. ikut suka masing-masing..

    ReplyDelete
  5. Salam Madam Azie, saya lagi suka orang masuk rumah saya. Kalau bleh hidang makanan, saya mesti nak hidang. Hehe..

    ReplyDelete
  6. betuiii laa... walaupun tidak bersua hanya membaca cerita dan komen, membuatkan kita rasa dekat dan dikenali seperti rakan rapat.
    yang penting... blog nie jgn 'private'kan yer : )... suka singgah sini

    ReplyDelete
  7. saya pun ada jugak blog yg saya suka singgah, tup2 dah tak boleh masuk..dah di prvatekan....nak buat macm manakan....hak masing2...

    ReplyDelete
  8. ya .. tentu mereka ada alasan tersendiri yang kuat sehihgga mereka ambil tindakan begitu. mahu tak mahu kita terpaksa terima.

    ReplyDelete
  9. sahabat alam maya , walaupun sekadar menyapa diudara tetapi terasa akrabnya silaturahim .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Nieda, saya masih tak dapat nak cari url blog anda. Boleh beri tak...? Thank you.

      *saya belum sempat nak tulis tentang masalah Google+ ni.

      Delete
  10. Salam kak..sy pun terperasan 2 3 menjak ni ada yg privatekan blog mereka...x pelah mereka x sudi kasi kita baca...

    Blog sy biasa2 je x de pa nak di privatekan pasal sy tak tulis untuk kacau orang... apapun sy harap akk tak jadi macam mereka pasal sy suka baca blog akk walaupun jarang tgglkan komen.

    Sy ikuti perkembangan akak setiap hari !!

    ReplyDelete
  11. Mungkin ada sebab tertentu kenapa di privatekan..mungkin mahu menyepikan diri seketika ke..hihi, pandai je saya ni..

    ReplyDelete
  12. pasal somtam tu kan kak, semua bahan yang saya nyatakan tu ditumbuk skali, tapi tak le tumbuk sampai halus, tumbuk manja2 aje kasi semua bahan tu sebati. yup kacang panjang pun ditumbuk sekali, tapi tumbuk sekejap aje pun. saya terlupa nak tulis kena perah air limau biar masam baru sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mamasyaza. Menarik SomTam tu kan? Nak kena try juga la nanti. Betik muda bersepah je kat pasar tu...

      Delete
  13. Replies
    1. Tidak.
      Saya baru mengomen di beberapa entri tadi, selepas beberapa hari tak menjengah!

      Delete
  14. makcik ada juga sekali meletak solex kat pintu rumah utk beberapa bulan.Bukan apa..sdg berubat.Maaf ya tutup pintu sementara.Sekarang dah ok sikit,so bolehlah hidang air kat pelawat.( ada ke yang sudi melawat)hehe.

    ReplyDelete
  15. tak perlu semua itu, tp ada rasa ralat sikit bila nk balas kunjung dah privet plk..

    ReplyDelete
  16. Pernah terfikir nak 'private' ... tapi sokmo tak sampai hati.

    ReplyDelete
  17. Mereka merajuklah tu agaknya .... huhu

    ReplyDelete
  18. X de apa nak sorok pun....huhuhu....klau private....baik tulis diary..buh dalam laci....:-)

    ReplyDelete
  19. huh.. setuju sgt ngan kak azie... atleast bg la pesanan kan... :-)

    ReplyDelete
  20. blog saya insyaallah tidak akan diswastakan. sentiasa utk umum.
    senang nak sohorkan hasil jahitan merapu saya tu.. voley?? hihihi!!

    ReplyDelete
  21. Mungkin ada alasan tersendiri, tak pa kalau tak suka blognya dibaca kita tak baca,hehe...

    ReplyDelete
  22. Kalau privatekan blog... alangkah terhadnya komunikasi dengan pengunjung, tapi mungkin ada alasan sendirilah tu....

    ReplyDelete
  23. Salam kak..betul tu, ada jugak yg tk bole nk xplore blog mereka. Tak apalah kak, datang rumah sy je siang malam pintu terbukak. nak makan minum ambik je kat dapur tu...hahahaha

    ReplyDelete
  24. takpe la..kalau org tak mau buka pintu..kita pun tak nak datang bertandang lagi..:(

    ReplyDelete
  25. haah.. kadang2 terkilan.. tapi lagi sakit hati kalau ofis block..

    ReplyDelete
  26. yela kak..tu da hak masing2 kan..kite tak leh nak halang mereka...
    so..kite kena la beralih kepada yg sudi dilawati...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails