Thursday, February 28, 2013

Lorong Melayu yang dah tak Melayu...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
27-02-2013


Semalam saya reeke jalan untuk beberapa urusan. Kerana lokasi agak jauh, saya terpaksa survey 2 kali pusing. Memang penat, tapi tabah lah juga hati. Maklum ke lokasi yang kita tak pernah sampai, kenalah memulakan langkah “membiasakan diri”.

Sambil singgah sana singgah sini, melihat pergerakan nadi kota. Mengambil masa sepuasnya, kerana tahu esok lusa, mungkin masa sebegitu susah hendak direbut lagi.


Singgah Pasar Seni untuk pinjam toilet jer, bukan nak meronda pun. Sebab saya dah mula kenal Pasar Seni sejak tahun 1988 lagi. Banyak perubahan tetapi kesal bila ramai peniaga adalah bukan lagi orang tempatan kita. Pekerja majoriti adalah pekerja asing.

Lorong Melayu?



Biasanya bila di tempat sendiri jarang kita nak ambik pot.

Dulu Central Market ni, antara tempat lepak saya juga sebab saya ada beberapa orang kawan pelukis di sini (selain pegi tengok teater DBKL kat rumah Warisan tepi Bus Stand Klang tuh). Saya suka tengok depa duduk atas kerusi kecil, sepanjang dinding melukis potret. Masa tu kedai belum banyak malah bangunan tu belum maju macam sekarang. Ntah di mana rakan-rakan pelukis dan penyajak saya...




 ~...bila hidup dirasakan terlalu banyak pilihan ramai warga Kampung Separuh Desa menjadi pelik apabila HISYAM memilih untuk berbakti di sini dan lebih meragukan kenapa pula SERI BULAN juga memilih untuk ikut serta...~




21 comments:

  1. bukan CM je Azie, kawasan2 lain pun dah dikuasai org asing...

    ReplyDelete
  2. Melayu ni dah berkembang...merangkumi pakistan,indon,myammar,nepali.Jadi kalau nama Lorong Melayu tu mmg Melayula.Bukan Afrika.haha..Teringat kawan kawan masa sekolah thn 60 puluhan...ada pakistan tapi la ni dah jadi melayu agaknya.

    ReplyDelete
  3. dulu mmg kira ramai gak melayu, skrg dah lain ya? sedihnya..
    saya dah lebih 10thn tak jejak CM.

    ReplyDelete
  4. Kakak rasa mana-mana pun dah ramai bukan warga M'sia yg menguasai. Pasar malam tempat kakak rasanya 90% bukan warganegara..

    ReplyDelete
  5. salam azie..tksh sudi singgah ke teratak usang KN (kak N)..KN dh lame sgt tak pergi CM...

    ReplyDelete
  6. Kalau saya turun KL sorang..saya takut nak ke CM tu...takut dengan orang2 tu lah:-)

    ReplyDelete
  7. semua dah dikuasai orang asing...
    nak masuk CM dah takut....
    mana pergi taukeh melayu nih ha..ha..

    ReplyDelete
  8. Benar, kita melayu dah jadi asing di kota sendiri, cuba AA pergi Chow Kit sekarang...kita terpinggir sama sekali di sini

    ReplyDelete
  9. mana2 tmpat pun dah rmai warga asing kan..

    ReplyDelete
  10. Kadang2 bila geram dan marah sebab asyik nampak orang asing nie, saya tertanya2 mana perginya Imigresen? Polis buat apa? Banyak sangat ker dapat sampai dah tak nampak mereka ni semua?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ... mmg dah x melayu klu nampak bangla jer

    ReplyDelete
  12. kenapa tak amik pic pintu toilet CM tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weyyyy ada laaaa! Kok macam tahu? Memang spesel kan pintu toilet tu. Memang ada snap, tapi tunggu entri lain la.

      Delete
  13. Tak pernah masuk pun pasar seni ni..pernah lalu kat tepi je..hihi..sekarang ni malaysia especially kl dah x nmpk byk melayunya lagi lagi dihujung minggu

    ReplyDelete
  14. MMg dh banyak berubah. kalo tak silap, kt blkg psr seni ada satu lg bangunan, kt situ ada la beberapa pelukis, may be kwn akk ada kt situ

    ReplyDelete
  15. dah lama tak pergi CM...dulu-dulu masa dok PJ rajin setiap minggu pergi walk kat sana...

    ReplyDelete
  16. Kata kata Hang Tuah "Takkan melayu hilang di dunia" tu, pada saya dah tak relevan. Melayu sendiri yg lenyapkan identiti Melayu.

    ReplyDelete
  17. kalo kat kerinchi tu, tah pape nama. KL Gateaway, Bangsar South, Boulevard, the sphere, pape tah lagi.

    ReplyDelete
  18. Salam AA,

    pada tahun lepas 2012 bulannya 5/May Ratna pulang sekejap dan gambaran pertama ketika baru sahaja tiba ialah disepanjang jalanan dikawasan Bukit Bintang bertembung hanya dengan orang luar terutamanya species "China mari" dan yang hairan sehairannya tidak ada seorang pun dijalanan terserempak dengan orang Melayu, dan yang menakjubkan sekali ialah caranya orang luar itu berpakaian, kus semangat... kok gitu !!! terus Ratna berkata kepada CintaJL yang sedang tersenyum tatkala melihat airmuka Ratna yang keruh "mana perginya orang-orang Melayu tanahtumpahdarahku..." sebak serasa hati dan seakan tidak percaya dengan apa yang sedang Ratna saksikan...

    rupanya sedikit demi sedikit kita ditindas secara terang tanpa catuan pemasukan rakyat asing yang bermaharajalela dengan galaknya dan sikap perangai mereka tanpa kesopanan apatah lagi mereka seakan tidak tahu atau miskin dari didikan bertatasusila/pengetahuan civics bermasyarakatan yang harmoni dimana mengamalkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lainnya...

    Terkilan sehingga kini...

    p/s: tersentak bagai disentap ragut nadi Ratna pabila melihat banyak terdapat pusat-pusat maksiat yang menggunakan petanda "Massage itu&ini untuk kesihatan" sebagai angkara putar belitnya dengan nama yang bukan-bukan seolah berada di Thailand !!! ada kah benar negara kita berugama Islam dimana Islamnya nyata sudah pun ter...songsang?

    ReplyDelete
  19. SAYA SENTIASA SUKA MEMBACA PENDAPAT ANDA SEKALIAN, WALAUPUN SAYA RASA TIDAK PERLU RESPONS, TAPI SAYA HARGAI.

    PENDAPAT DAN PENGALAMAN ANDA SEMUA SANGAT MEMBERI MAKNA KEPADA SAYA, DAN PERKONGSIAN ITU SANGAT BERNILAI KEPADA SEMUA PEMBACA...

    TERIMAKASIHHHH...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails