Friday, February 22, 2013

Saya baru perasan ada yang mungkin tersalah faham...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
22-02-2013


Sori Berlori sebab saya rasa mungkin ada yang tersalah faham tentang entri sebelum — yang kendian disebut pula saya tidak update blog 2 hari...!

Teguran yang saya kongsikan tentang entri jangan terlalu ‘sama’ itu hanya sebagai contoh sahaja. Dan bukanlah saya sentap pun pasal teguran itu. Saya memang tak pernah tulis pasal kucing pun. Hehehehe...

Mari kita kongsi membaca komen mereka dan jawapan saya. (yang biru adalah jawapan saya)


zonaku — February 20, 2013 at 9:09 PM
noted! sbb sy sekarang mmg terdorong ke arah ini.
~ Tidak salah untuk beralih arah

zie marziah — February 20, 2013 at 9:38 PM
Entri2 k.azie sgt menarik..x pernah mis baca walaupun kdg2 terrrmis untuk komen hehe
~ Terimakasih Zie

Nurulhuda Abdul Latip — February 20, 2013 at 9:48 PM
Saya tak bosan baca entry akak tau...penuh maksud tersirat dan bahasa yang cantik..
~ Mujur cuma bahasa saja yang cantik, tak ler risau kot orang mai mengorat! hahaha!  

mama maman aka yana — February 20, 2013 at 10:02 PM
pulak... apa yg 'sama'nya kak...??? rasanya lain2 la...
~ Teguran itu bukanlah kepada blog KakAzie, tetapi blog yang lain. Agaknya. 

diana – February 20, 2013 at 10:40 PM
sama ke??rasanya tak la..
risau nye dapat pembaca macam tu/..
saya pun selalu tulis benda yang smaa..heheh
~ Jangan risau, selera pembaca kan tidak pernah sama. 

Uncle Lee – February 20, 2013 at 11:54 PM
Hi Azieazah, I suka makan ni. Luckily we can get this at the Chinese supermarkets where I am.
Your this peria dish looks really delicious. Suaka tu chilli merah.
May I have your kind consent copy the picture? Boleh?
Bila saya naik angin post about food instead of sex, I will display it, credit you of course.
Ok, outang you teh tarek lambong tinggi.
Lee.
~  Uncle Lee, saya suka jika Uncle berminat dengan pic tersebut. Silakan...
Ayoooo utang teh tarek lambong tinggi? Berapa tinggi Uncle? Heheheh 

QueenieFebruary 21, 2013 at 12:05 AM
pahit pun tidak selamanya sis...
matinya semut kerana gula...
apa nak dikata?
~ Memang tak boleh nak kata apa dah Kak Q.

Granny Hani – February 21, 2013 at 5:53 AM
Pahit itu lah yg selalu menjadi penawar tapi yg manis bergula itu racun sebenar yg menyebabkan penyakit kronik-kencing manis..heheheeh
~ Itu la juga yang kita selalu tak sedar, Kak Hani.  

IndaMarya – February 21, 2013 at 6:12 AM
Dear Aziezah ,dah blog kita ikut suka kita la nk tulis apa kan? awat la org tu particular sgt.kan kan kan?
~ Sekali sekala saya suka juga hendak mendengar pandangan orang lain. Kalu pun tidak dapat mengikut semuanya, setidak-tidaknya saya fikirkannya. 

KamsiahFebruary 21, 2013 at 6:16 AM
yg pahit tu la penawar...takpe lah..ambil sisi positif setiap teguran tu...
~ Sebaiknya kita sama-sama melihat sudut positif, dan saling menegur.  

Ibu n Abah – February 21, 2013 at 7:47 AM
Peria goreng dengan udang hidup dan cili hidup pun sedap...
~ Ohhh lain kali saya kena boh udang hidup lah.  

Asyifa Mustaffa – February 21, 2013 at 8:15 AM
Pahit...? Walaupun pahit...ku telan jua......seperti sedapnya lauk itu....hehe....
~ Masa kecik dulu pun Kak Azie pun tak suka, skang dah tua gemar la pulak.  

nea lopah – February 21, 2013 at 8:33 AM
Blog kita kan..suka hati lah nk cite pasal apa. hahahahaha boleh gitew??? sy suke peria msk mcm ni. yummy!
~ Masak Lemak Cili Padi pun sedap kan? 

Seri Kandi Tanah Jauhar – February 21, 2013 at 8:59 AM
mak saya kalau goreng peria pun macam tulah juga gayanya... sedap!
~ Rasanya resipi goreng peria dengan telor ni memang resipi orang kampung.  

Zana – February 21, 2013 at 9:36 AM
Salam Madam Azie
Gula tu manis tapi yang manis tu penyakit. Eloklah yang pahit, pahit itu penawar. Hidup pun gitu gak kan... Manis sangat pun tak syok gak, kena lah ada banyak kaler, barulah fun hidup ini..
Saya suka peria goreng dihiris nipis. Sedap.
~ Hidup warna warni, kata orang.  

mokjadeandell – February 21, 2013 at 9:47 AM
Saya minat sgt tengok dan baca cerita kucing dari cerita handbag...kesukaan orang lain lain .Nak buat camana.You choose and pick.
Pahit peria
Ada baiknya
Manis gulaSakit jua akhirnya.
~ Yeaaa Mamason memang peminat kucing. Saya pun banyak baca blog pemelihara kucing. Meriah!

Hanis AzlaFebruary 21, 2013 at 9:55 AM
pahit akan manis akhirnya.. macam peria tu.. bila dah jadi lauk macam masakan kak azie tu, tentu jadi hilang pahitnya bila makan dengan senyuman yang manis..
~ Ahaa makan memang kena senyum, jangan muka masam di meja makan.  

Yunus Badawi– February 21, 2013 at 10:17 AM
saya kenal ke blogger tu? .... ngeeee
oh ya. Kirim salam saya kpd Hisyam .... hehehe
~ Nak kenal ker? Hehehe.. HISYAM? HISYAM?


Aziela – February 21, 2013 at 10:20 AM
Kenapa dia nak tegur entri Kak Azie? Kami setia kerana kami suka stail Kak Azie. Kami suka entri2 kat sini. Ada jer yang nak take over blog kita kan?
P/S : Saya baru sembuh dari trauma teguran di blog nie. 
~ Kak Azie tak rasa dia tegur blog Kak Azie, mungkin merujuk secara umum saja tu.  

Mon MonaLea – February 21, 2013 at 11:46 AM
peria walaupun pahit tetappi sedap...
~ Kannnn....?  

Marya Yusof – February 21, 2013 at 12:17 PM
As salam Kak Azie,
Good afternoon! :)) Peria always my favorite! Hubby yg tak mamam peria pun kena paksa & terus suka mamam...hikhik... Kat sini pun ada jual peria tau! Tapi kena beli kat tempat2 tertentu lah, mcm kat chinatown... Buat masak gulai dgn udang pun sodap! hehehehe...
Hidup sepahit & sesedap peria! Waaalahhh..
~ Betul, masak gulai dengan udang. Wahhh sekurang-kurang ada ler juga dijual di sana yer.  

atuk – February 21, 2013 at 3:31 PM
Assalamualaikum Azie
saya suka peria
~ Tak ramai orang suka, mungkin kerana pahit tu.

[PCL] – February 21, 2013 at 5:11 PM
peria...buatlah camana pon masaknya ..pahit akan tetap orang kata pahit walau terlebih gula atau garamnya *(rasa/makan dulu dengan nikmat.. baru tau !)
entri...buatlah camana pon menariknya cerita...bosan akan tetap orang kata bosan walau ceritanya menarik pada pembaca lainnya. *(baca dulu dgn ikhlas..baru tau!)
~ Sekali fikir, yang pahit itulah kesedapan sebenar peria itu. Sekali baca memang rasa bosan, tetapi jika menghayati dan faham pula maksud cerita, saya pun yakin tak terasa bosan. 

Dinas Aldi – February 21, 2013 at 5:43 PM
Mungkin orang tu rasa dia ada hak untuk menegoq. Tapi kita pun ada hak untuk mengekalkan blog kita mengikut cara kita sendiri kan :)
~ Kita pun sentiasa membuka ruang untuk orang lain memberikan pandangan dan ruang untuk diri kita pula menerima pendapat.
 kasihilmar.com – February 21, 2013 at 7:14 PM
Citarasa manusia berbeza. Kalau sama kain di kedai tak laku....hehe
~ Mempelbagaikan pilihan memberikan banyak orang dapat menepati selera dan minat pembaca.

Amie – February 21, 2013 at 9:20 PM
Pahit itu sebenarnya penawar... suka makan peria sebab peria zaman sekarang tak sepahit peria dulu he he ehh.. agaknya baja punya pasal ni.
Azie,
orang ada mulut, dia boleh kata apa nak kata... tulah pasal dah resminya manusia, kalau tak masakan orang tua2 kita ada menyebut pepatah: mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia....
~ Kalu lah ada nyiru besar, mungkin muat untuk tutup mulut tempayan tu, kan?

inche hlovate – February 22, 2013 at 4:57 PM
pahit tu la yg buat ubat
*yang kat ats ni sya panggil kambas. kalo peria yg kecik2 tu. peria katak. perhhh sedap kak kalo digoreng mcm gmbr tu
~ Kambas? Ohhh di Sabah memang disebut gitu ya? Saya baru pertama kali dengar. Menarik.

*Maaf jika ada lagi komen selepas itu yang saya tak masukkan.


******

Tayang-tayang:


Pernah tak masak Labu Manis dengan Jagung Manis? Cuba la, memang sedap!

Jagung tu jagung manis biasa, rebus dulu sampai lembut baru masukkan labu pula. Ingat, labu manis tu cepat empuk, rebus 2-3 minit jer dah lembut.






 ~...pernah suatu malam yang berbulan penuh, SERI BULAN menangis tersedu di jenang tingkap sambil membiar kain tutup tingkap berkibar lembut memukul muka dan rambut memukul pipi kerana HISYAM datang angin baik romantis memetik gitar mendendang lagu mereka...~




16 comments:

  1. Replies
    1. Mama Ju ‘ter’guna akaun anak ya? hehehe
      ok, sebab apa tabik tadi tu?

      Delete
  2. Macam tu rupanya. Okeh. Paham.

    Seri Bulan, nah tisu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tisu tak reti pakai. Nak saputangan ada sulam kat bucu, boleh?

      Delete
  3. Labu masak lemak memang selalu masak tapi ini memang pertama kali nampak campur dengan jagung rebus, menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time jika ada jagung, cuba masak lemak dgn labu manis. Ada setongkol jagung pun dah cukup. Kalu tambah udang hidup, lagi best!

      Delete
  4. Ramai yg risau selepas membaca entri Azie semalam. Itu tandanya ramai peminat Azie kerana gaya tulisan yg bersahaja tetapi menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meminjam kata-kata Daktu: "agak-agak la nak jek pun!" hahaha

      Delete
  5. sayoq lemak labu..., kena gu dia ngan sambai belacan buat cicah ikan temenung goreng...walawei sedapnyaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaaaa menu orang kampung. Tapi boleh pegi 3 pinggan tuh!

      Delete
  6. asalkan labu, masak apa pun akak suka! hehe

    ooops dah azan Subuh, chiow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pernah cuba buat Kerepek Labu? Masa di kampung dulu, labu terlalu banyak, lalu kami buat kerepek banyak-banyak. Sedap. Sekarang mana ada orang buat lagi. Labu pun dah mahal!

      Delete
  7. Kena tengok niat tuan punys blog, ada yang niat isnes niaga, kawan, dan niat diari, diari kenangan anak, kenangan untuk arwah, atau buat memori bini,,hak masing masing..kita perlu tegur,,elok komen tegur,,yang serong dari JAKIM salah di sisi Islam dapat jugak saham,,jika komen bab perangai dan topik entry,,memambazir. Masa, dah nak letak banner dan politik itu hak dia,,sekian,tak elok dengki dan jelezz..
    Hari ini kucing saya tidur di atas Toto..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur saya takda bela kucing, kalu tidak habis la toto saya....

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails