Sunday, February 24, 2013

Musim kata-mengata ~ Ekor keli pun nak berebut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
24-02-2013


Geramnya. Sungguh-sungguh plan nak BW malam ni, tapi bila dah buka itu, baca ini terus berjangkit buat kerja lain pulak.

Mula-mula send mesej kepada beberapa orang friends tentang jemputan walimatulurus anak seorang sahabat. Pastu ternampak la pulak beberapa nama Friends yang ‘berganda’ (lebih dari satu akaun tapi orang yang sama) serta beberapa Friends yang saya tak kenal langsung. Lalu sibuk la meng‘unfriend’ pulak.

Then konon nak reply komen di blog, tetapi datang mood nak buat header baru untuk March pulak. Lalu ralit la ejas header ‘perasan cantik’ tu.

Masa berjalan. Lalu BW tu tertangguh la lagi. Adehhh...

*****

Sekarang ni rasa macam “musim mengata” eh? Buka tv jer, ada saja orang itu mengata orang ini. Ada saja yang tak kena, sampai ke isu agama, isu kutuk golongan sana puak sini. Aduhai lemas makcik!

Mentang-mentang la puak yang dikata-kutuk tu tak boleh langsung keluar tv. Sebab itu saya tak suka nak baca (apa lagi nak beli) akhbar-akhbar tabloid yang menjadi milik dan saluran pihak tertentu pula untuk menyalurkan maklumat atau matlamat. Or... can I say ‘manifesto’?

Dalam rumah saya sendiri pula, isu ekor Keli pun jadi bahan bertekak. Letih makcik!

Setiap kali Keli digoreng (memang goreng jer pun, takbleh buat lain dah...) bahagian ekor selalu menjadi isu. CHAK memang akan chop ekor saja. Part lain dia tak layan. Pun ALIA suka ekor. Lalu kena sediakan 2 bahagian untuk adil. Sekali sekala bila cuma tinggal satu, si Omak akan pening sebab masing-masing kata itu ekor dia. Sekali lagi, makcik lemas!



Bahagian kepala tu selalunya untuk orang yang tak memilih, belasah semua.

Okey.... nak sambung mengemas semak di kepala otak.

*Shamsiah (Kuwait), boleh saya jadi blog reader awak? Sori Berlori, saya tak tahu bila blog awak diprivatekan.






 ~...jalan denai menuju baruh semakin meninggi lalangnya tetapi HISYAM melarang ditebas kerana asyik melihat angin membuai hujung lalang yang hampir sama tinggi dengan lututnya yang pernah kena bedah dek dilanyak musuh ragbi dulu dan SERI BULAN boleh dilihat tenggelam timbul di celahan lalang yang menjulang...~




39 comments:

  1. Anak2 kat rumah ni pun suka keli goreng tapi nasib baik tak berebut nak ekor. Saya tak jalan kalau keli ini ..... ngeeeee

    ReplyDelete
  2. 'panas' je skrg ni... sama2 tggu dan lihat.

    eh, smbg BW balik. *sambil gonggong ekor keli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops! Bawak larik ekor keli? Memang cari pasal tu. Hehehe

      Delete
  3. assalam AA..nasib baik dirumah acik ni acik sorang je yang suka memilih bahagian ekor..yang lain belasah semua he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya Acik. Takda isu berebut ekor kepala badan kaki. hahahaha

      Delete
  4. Azie, I tk brapa gemor ikan keli, tapi I nak comment yr new header..nuka nampak tirus. cantikkkkkkk. I like.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. kalu nak tirus muka, kena posing sambil tidor. Heh heh heh.

      Delete
  5. Kalau keli ni mmg saya sorang je pun yg makan...baik dari kepala sampai ke ekor hehe..sedap diratah kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ratah memang layan lah! Mujur Keli ni tak mahal sangat.

      Delete
  6. Bru jd goreng keli semlm....:-)

    Malas nak tgk berita....da lama pun sbnrnrya x lyan berita.....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ni boleh kata, tiap minggu kena ada Keli.

      Delete
  7. AsSalam AA,

    Kepala keli tak ujud sebab awal2 dah di pancung buang, anak2 bising jika hidang keli berkepala, macam kepala ulor kata mereka..Ishhh akak belasah jer, tak ada masaalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita makan tanpa masalah, sebab taknak membazir kan Auntie.

      Delete
  8. ekor ikan keli ranggup kak ekeke ;)
    akk header cantik .. comel je akak pic mcm tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rangup dan sedap tu la ekor selalu menjadi rebutan.

      Delete
  9. saya pn sama dgn akak, dh naik lemas + rimas + menyampah nak dngar berita n baca s.khabar...risau bila si kecil boleh tnya "ibu kenapa pakcik2 kt TV tu suka ejek2 org macam nak gaduh"...huhuhu.....

    hehehe..kt rumah pn sama jugak, kalau goreng ikan keli msg2 berebut nk bahagian ekor...at last saya goreng sekor2 n paksa mrk mkn smpai habis...trpaksa la si ayah beli ikan keli brsaiz agak kecil sikit....hehehe...

    cantik header baru akak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya keli ni kalu utk goreng, memang elok yang sederhana besar jer. Kalu yang besar sangat, tak sesuai utk goreng. Kalu nak buat Masak Lemak Cili Padi ker, ok yang besar, isi banyak.

      Delete
  10. Dosa dengan manusia, antara syarat wajib taubat nya kena ' mintak maaf dengan manusia yg di buat salah tu, dan nyatakan kesalahan kita apa'.

    Itu tentang taubat yg saya dengar Jumaat lepas di radio IKIM.
    Jadi igt lah, dosa dengan tuhan, 'lebih mudah' nak bertaubat..

    Peringatan utk diri saya juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mudah saja lupa bila kita dok mengata ke orang.

      Delete
  11. As salam Kak Azie,

    Alahai... saya kalau ikan keli pun akan patahkan tenguk ikan, takmo tgk kepala... macam ulor! ngeee~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang suka meratah ikan, bab kepala pun dia kokak semua.

      Delete
  12. Saya pun suka ekoq. TAPI kalau ikan keli, dari kepala sampai ekoq semua saya punya, mahahahhhh! Buruk lantak sungguh saya ni. Mahahahahhh! Sabaq jalah na.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita. Kalu dapat sekor keli, memang ratah semua.

      Delete
  13. Salam kak..Sy Suke keli goreng berlado garing2. Dr kepala smpai ke ekor utk Sy sorang jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam rumah ni Keli ni hanya laku bila digoreng jer. Kalu masak lain, tak dilayan.

      Delete
  14. as salam...

    hehe..part isu kata mgata tuh saya mampu lihat dan senyum sahaja. tapi part ekor keli saya nak masuk jarum..saya pun suka rebutkan ekor keli tau! hihi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh sorang lagi nak jadi kaki rebut. Hahahah nanti semua orang tercabut ekor.

      Delete
  15. saya nak kome tang ikan keli je....tu kalau masak sambal tu sedaaaappp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa typo pulak...komen...bukan kome hehehe

      Delete
    2. Kalu kat kampung dulu memang masak sambal, tapi anak-anak ni tak suka pula.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails