السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-02-2013
Sabtu lepas, kami hadir ke Mesyuarat Agung PIBG sekolah CHAK. Kali ke-18.
Perasmian dijayakan oleh orang politik. Dan ucapan pembukaan oleh YDP pun ada sikit-sikit politik juga. Ehhh bukan sikit, rasa saya banyak juga dia dok sebut pasal pilihanraya, pasal kerajaan yang wajar kita pilih.. Hmmm...
Sepanjang bertahun-tahun 4 orang anak saya bersekolah di sini (Dak Amoi dan Ika sekolah lain, sebab masa tu sekolah ni lum siap), saya tidak pernah ada masalah dengan sekolah ini. Walaupun hubungan saya tidaklah rapat dengan mana-mana guru (sampai nak kena bagi hadiah, nak kena belanja, nak kena calling sembang bukan pasal pelajaran), tetapi setiap kali ada keperluan melibatkan guru, saya sedaya upaya beri kerjasama.
Saya memang simpan no hp setiap guru kelas anak-anak untuk dihubungi bagi keperluan tertentu. Walaupun jarang dipraktikkan, saya tidak pernah ambil mudah soal hubungan guru dan ibubapa.
Agaknya sebab saya tak begitu mesra alam dengan para guru, dalam erti kata lain “saya tak popular glamer pun” di kalangan guru, anak-anak saya TIDAK pernah seorang pun menjadi senarai ‘target’ untuk mana-mana result. Masa sekolah rendah dulu, Dak Amoi & Ika pun, tak pernah tersenarai dalam senarai pelajar harapan. Tapi alhamdulillah UPSR 5A berjaya meletakkan nama mereka dalam majalah sekolah.
Biasanya bila anak Tahun Enam, parents dijemput aktif dalam suatu komuniti khas. Banyak program dibuat utk mereka menghadapi UPSR dan memerlukan sokongan parents. Ini perkara biasa. Tahun ini saya ‘off’ sebab CHAK baru Tahun Lima.
Dalam urusan surat-menyurat dengan pihak sekolah, isi borang hantar sana sini MyToklaki rajin. Saya memang serah ke dia jer bab ni. Kalu bab kena pegi sekolah, nak duduk berjam-jam dengar itu ini, tunggu giliran ambil report card sambil sembang dengan cikgu, itu bahagian saya. Toklaki memang tak rajin.
Saya tahu ramai para bapa tak rajin nak duduk dalam bilik ceramah dengar ucapan demi ucapan. Kenapa eh?
Puan Guru Besar berucap, ada parents yang call guru komplen “kenapa masa cuti sekolah banyak sangat kerja sekolah?” Saya pun hairan kenapa sampai komplen?
Sepanjang ingatan saya, belum pernah saya terfikir nak komplen apa sahaja yang datang dari guru. Dapat buku teks koyak lunyai pun saya diam, komplen kat blog saja. Saya yakin, cikgu ada banyak benda lain nak handle, nak fikir, nak buat. Kerja guru memang tak mudah.
Mungkin saya terbiasa sekolah kampung, sekolah yang agak kekurangan lalu pembelajaran hari ini wajar sekali disyukuri. Menjadi pandai bukan hanya pada buku cantik semata tetapi biar berpada. Bandingkan sekolah yang jauh di pedalaman? Kipas siling pun takda, padang becak, sekolah buruk? Tak mustahil boleh melahirkan bijak pandai yang boleh jadi doktor? (contoh)
Yang penting, jangan prasangka dengan para guru. Walaupun saya yakin para guru sekolah anak saya tak pernah tahu pun nama saya, tapi saya sentiasa berterimakasih pada mereka.
Saya memang tak mahu jadi guru. Jujur saya kata, itu tak pernah jadi cita-cita saya. Saya rasa kerja sebegitu kurang sesuai dgn saya yang mudah bosan dan mungkin jadi garang tak bertempat. So biarlah mereka yang layak dan berjiwa lembut-tegas yang meneruskannya.
~...sekolah beratap rembia pun tidak pernah menjadi sangkaan SERI BULAN tetapi apabila hanya itu yang mampu dijadikan tempat bermula mengenal mana ayam jantan mana rama-rama, semangat yang walau dipinjam sesama mereka menjadikan HISYAM tak gentar bergumpal dan SERI BULAN terus berjiwa kental...~
kebanyakan sumai (termasuk suami saya) tak minat dgr ceramah kat sekolah...amik buku laporan,bersembang dgn cikgu pasal disiplin anak2...
ReplyDeleteDepa malas nak fikir yang remeh. Tahu semua ready dan siap saja.
Deletekak saya x pernah hadir kalau ada mesyuarat mcam nie
ReplyDeleteselalu mereka buat hari ahad dan mlm jumaat huhu
Jarang pula saya dengar Mesyuarat Agung dibuat malam hari. Agak remeh, mesti ramai letih maklum parents bekerja di siang hari.
Deletemasa saya sekolah dulu pun mek jer yang pegi mesyuarat PIBG..bosan kut nak kena dgr ceramah yang kadang orang tak dengar pun:-)
ReplyDeleteTapi dah jadi tanggungjawab pihak sekolah untuk menerangkan segala perkembangan akademik dan sekolah sepanjang setahun sebelum.
DeleteTerbayang Kak Azie jadi cikgu, jalan2 keliling sekolah sambil tangan pegang rotan panjang! hahahaha
ReplyDeleteSistem persekolahn kita, masih tidak berubah..ini yg saya faham.
Pelajar buang masa( dan guru2) asyik setiap minggu nak dengar ucapan demi ucapan oleh guru besar, guru disiplin semasa perhimpunan mingguan...yg sedihnya, ada yg kena berdiri di tgh2 terik panas matahari! Sistem sebegini dah tidak dipraktikkan di negara maju. Di Australia umpamanya, anak saudara saya semasa perhimpunan sekolahnya, murid2 yg di jemput berucap, utk tambahkan keyakinan diri mereka..parents di jemput hadir dlm perhimpunan mingguan yg santai...takde headmaster nya nak berucap pot pet pot pet...Dan kanak2 ini, tak sabar2 nak kembali ke sekolah setelah cuti panjang...ambience di sekolah itu menarik. Saya harap, benda yg baik dari negara luar ini, kita ambil contoh tauladan...bukan bermaksud saya sengaja nak agung agungkan negara luar, tidak.
Ahaa baru la aku jadi macam Cikgu Adibah dalam filem Adik Manja... hahaha!
DeleteKak Azie baca kisah blogger Nida & Hanafi di New Zealand, pun lebih kurang juga persekolahan anak-anak mereka. Sangat best dan exciting!
Salam singgah Azie.
ReplyDeletemmg macam dah jadi lumrah...ada mesyuarat skolah, ambik buku laporan..mak yg slalu sampai, bapak jarang2 sgt ikut
makcik dulu masa anak2 masih skolah pun selalu jugak pi bila ada aktivity..skolah dlm taman perumahan so most cikgu kenal...bila PIBG, jarang hadir sbb takut kena lantik..hahaha perasan kan.
those were the days....anak2 tak skolah dah..
Yup, Makcik. Antara sebab ramai parents tak pi sebab takut kena lantik pegang jawatan. Ada yang tak sanggup dengan komitmen sebegitu. Ada yang anggap tu semua kerja pihak sekolah semata-mata.
Deletehi azie, 1st time masuk blog ni...
ReplyDeletelast saturday esben noe pun ada g mesyuarat PIBG, ada gak parents komplen keje sekolah banyak sangat...parents tu komplen may be sebab malam2 ada tuisyen..kelas ngaji la...so memang la x sempat nk siapkan keje sekolah...ini lah masanya tuk ajar anak2 tu manage time diaorg...apa2 pun klu pasal keje sekolah banyak...x pernah lak nk komplen... hehehe..bagus keje sek banyak tu... :)
Salam Noe, sila masuk.
DeleteYup, memang ada juga dibincangkan tentang pengurusan masa anak-anak. Sebab cabaran budak hari ini, masa tak cukup nak buat terlalu banyak benda dalam sehari.
kalau hal-hal sekolah saya ler yang kena (wajib) pergi...nak harapkan my hubby memang tak der ler...even meeting PIBG, hari quality , anak amik hadiah, hari sukan, banyak lagi aktiviti sekolah semua kaum ibu yg ramai...komplen takder ler tapi ada gak geram kat cikgu nie...banyak latihan dalam buku tak dihabiskan oleh pelajar...rugi wooo kalau tak buat habis, dulu zaman saya ...saya suka buat latihan sampai tak tahu nak wat apa...
ReplyDeleteucapan di depan buatkan saya tertidur...he he he..
tapi cikgu zaman sekarang bz sangat...nasib baik saya tak jadi cikgu...(tak minat)....
Memang kerja perguruan ni kena orang yang betul-betul minat saja. Jika kena paksa tu yang ada kes asyik nak pukul budak saja.
Deletetakde pengalaman lagi kak... anak baru je tadika.... tapi kalau ada mana2 program ... munna lah selalunya yg pergi
ReplyDeletePara bapa hanya uruskan cari duit. Apa yang cikgu minta, depa bayar jer.
Deletesbg seorang guru pun sy x pernah gi mesyuarat PIBG di sek rendah anak sy..heheheh..asyik2 kena dgr ceramah politik seround...bosan la! dah la di sek sendiri kena dgr..gi sek anak pun kena sama? no way! anak sy selalu dpt hadiah masa exam..bila hari ucapan saya gi lewat..sempat2 sampai b4 anak terima hadiah utk snap pic dia...oklah tu sbb sek dia sebelah sek sy..hehehhehe
ReplyDeleteAgaknya sebab sekarang musim pilihanraya tu yang ucapan pun kena tempias kempen juga. Jika hari biasa biasa tu, ok jer ucapan.
DeleteCemuih la bila kena duduk dengaq ceramah. Kalau yg ada diselit lawak jenaka tu ok la jugak tapi kalau yg jenis satu nada atau yg jenis jerit2 angkat tangan tergawang2 tu lagi la terseksa jiwa nak habes seround.
ReplyDeleteKadang-kadang ada jenis orang yang bila dapat mikrofon mula syok sendiri tak sedar masa berlaku berjam-jam. Kita yang letih nak dengar.
Deletemakcik dah tamat bab PIBG,kerja sekolah dan isu isu guru.Dah pencen dan tiada lagi anak mengaji..sekolah atau U. Enjoice.Tapi terfikir juga ,masa makcik berucap agaknya berapa banyaklah ibubapa dok lena .Kena kena syok sendiri.Alahai.
ReplyDeleteBekas pengetua la ni ya?
DeleteMesti sekarang terfikir cemana la orang yang duk dalam dewan dok dengar kita pot pet eh? hehehe
Saya dah lama tak pergi sekolah anak2 almaklumlah anak2 dah tua, hehe... Sekarang ni bila cuti sekolah pun tak tahu.. :)
ReplyDeleteWahhh seronok juga eh bila anak-anak dah tamat sekolah semua. Boleh la relax dari mengadap sekolah dan mesorat PIBG.
DeletePun baru je buat mesorat PIBG jemahat lepas..tapi tak p pun sebab tumbang BP naik..
ReplyDeleteSebenaqnya masa mesorat ni la nak tanya apa atau komplen apa2 pun.. Tapi mungkin sebab sekolah kg mak bapak tak berapa berani atau berminat (mungkin) nak tanya lebih2 pasai skolah.. Main ikut je..
Kat sekolah anak2 saya, pelajar target 5A di pilih berdasarkan Take Of Point(TOF) alaaaa markah akhir masa pereksa ujung tahun darjah 5. So far 3 anak saya masuk list tp blm ade yg dapar 5A lagi. hu hu hu . thn ni no 3 plak nak duduk upsr. konon buat tak risau tp dlm hati tetap gundah gulana boleh ke dia dapat A terutama untuk subjek BI. Saya pun jadik ajk pibg. Rapat sangat dengan cikgu tu tak ler. tp bila dah jadi ajk kena lah gak ambik tau apa apa aktiviti bebudak di sek. kalau ada kesempatan jengukkan muka bila bebudak ada sukan , nak nak sekarang tengah sebok MSSD dah bermula.Sek anak saya kecik, murid tak ramai. tiap darjah ada 2 kelas je. darjah 1, 2,3 cuma ada 1 kelas jer, saya suka sebab cikgu dapat beri perhatian pd semua murid, tp yang tak bestnya peruntukan untuk sek memang sikitlah. pibg memang kena usaha cari dana tuk buat aktibiti memurid. cikgu skrang memang bz. sib baik saya tak jadi cikgu psl saya memang dah dpat panggilan masuk maktab dah.
ReplyDeleteTerimakasih Zaity Zaliza. Sila masuk.
DeleteSaya suka dengan perkongsian pengalaman itu.