السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-02-2013
Minggu lepas, atas beberapa urusan rasmi saya ke Klang. Kami sampai menjelang rembang dan agenda mencari makan adalah sangat best sebab dipandu oleh kawan yang memang sudah menjadi orang Klang.
Singgah di kedai Nasi Padang Kampungku, di tepi jalan (hiway) dalam daerah... hmm daerah apa eh? Rantau Panjang ya? Yang pasti tidak jauh dari Kampung Haji Siraj. Nama tokey kedai ni, dipanggil Pak Long.
Sudah lupa bila kali akhir saya makan Nasi Padang. Dah lama sungguh tak makan. Pegi Bandung & Jakarta pun tak makan Nasi Padang.
Benda pertama yang saya nampak, ialah Kuali Gulai Kawah ini. Wajib cuba nih.
Juga 2 kuali besar menu ini. Apa eh, Masak Kurma? Saya tak tahu nama menu yang tepat, satu daging, satu lagi seperti hati lembu.
Tray yang panjang itu gulai Kaki Lembu, dan yang depan ni Usus. Nampak yang bulat-bulat? Ohh... nampak macam best, tapi saya tak sanggup nak cuba.
Zoom dekat sikit. Nampak tak tapak kaki lembu tuh?
Selain itu, juga barisan menu lauk lain yang sampai tak tau mana satu nak pilih. Kerana waktu sudah melepasi waktu makan tengahari (hampir jam 3.30 petang), sudah tidak ramai pelanggan yang ada.
Hanya ini saja yang saya termampu nak ambil. Kalu pilih banyak, nanti tak termakan. Gulai Kawah tu memang betul sedap. Saya tapau sebungkus bawak balik.
Terimakasih kepada mereka yang terlibat dalam ini cerita. Juga penaja yang bermurah hati.
~...bila tiba malam minggu yang tidak pernah sama antara Kampung Separuh Desa dengan kota yang ditinggalkan, antara meriah pasar malam Up Town dan sepi malam bersulam cengkerik dan katak-ketegar, Mak Utih dan Pak Utih sering pula menjadi penglipur lara membuka cerita termasuk kisah lucu HISYAM tidak kenal mana kuku kambing, mana ketam padi...~
kaki lembu..? usus lembu..?hati lembu..??
ReplyDeleteotak lembu takde ke..org kata sedap..
akak makan daging/tulang lembu je hehe..
Kaki lembu selalunya orang bakar dulu sebelum masak. Tapi saya pun tak pernah rasa.
DeleteUsus yang bulat tu lagi la saya tak pernah tengok sebelum ni.
Perut (babat) tu selalu lah saya masak dan makan.
Sngt2 suka hati lembu....sedapnya....
ReplyDeleteKak Azie suka hati lembu masak kicap...!
DeleteHari tu tengok YB posing kat sign nasi padang tu..ni mesti kes juru kamera pun nak posing jugak.. he he
ReplyDeleteMakchaq peminat nasik padang, dulu masa kerja kat KL selalu gak makan kat Kompleks Pertama. Sekarang ni makan kat Amcorp mall
Ops!
DeleteSaya pernah makan Nasi Padang kat Restoren Sari Ratu tu jer 2 kali. Kedai lain belum pernah cuba. Adehhh.. nak kena cari lain tempat pula nanti.
Cekap mata makchaq.
DeleteKita jenoh nak cover...
DeleteAzie..
ReplyDeleteMmg terniat nak tanya masa nampak gambar tu...
Tq ..
Nak mencari jugak...
Tepi jalan hiway jer. Hiway Klang ke KL la kot... Saya tak reti nak explain lokasi sebenar.
Deletesronok tgk akak pozing kat signboard tu, nampak happy sgt...hehehehe
ReplyDeleteNak makan sedap, tu yang happy tu. hahahaha!
DeleteSalah satu kuali besar yang Azie tunjukkan itu ialah rendang daging minang. Memang perghhh. Cuma dagingnya keras sikit ..... huhu
ReplyDeleteOhhh Rendang Daging Minang. Rugi lak tak rasa. Kena ulang pegi niii... Terimakasih Bang YB.
Deleteok takde jadi masalah
Deletesedapnya nasi padang...dah pandai makan sekarang tau...
ReplyDeleteSedap memang sedap, tapi bagi setengah orang kalu makan lauk yang dimasak awal then terbiar, mudah pula kena sakit perut. Kena pandai pilih kedai juga.
Deletenampak sedap.. gulai kawah tu yang memikat hati..
ReplyDeleteYup. Gulai kawah tu memang memikat hati dan sanubari. Cewahhh!
DeletePeh! Sy suke gak gulai kawah. Tapi mengenangkan isi-isi lemak lembu tu...adoi!
ReplyDeleteSebenarnya lemak tu yang menjadikan Gulai tu pekat, enak dan lazat. Hehehe boleh jer makan dagingnya saja.
Deletealamak bestnyer kasiler alamat... boleh gi..
ReplyDeletesuka kedai cam gini ... amanjer rasa...
Cho, alamat tak tahu la. Tapi dalam kawasan Rantau Panjang, Klang. Batu berapa ntah, tapi kat tepi jalan hiway.. Besar papan tanda dia di tepi jalan tu.
Deletehuwaaaaaaa.....kita puasa nie tau...terliur sgt2 smpai meleleh airliur....
ReplyDeleteHehehe selamat berbuka puasa, nanti.
Deletekalau masakan padang .... munna suka sambal hijau diaorg
ReplyDeleteNasi padang kampungku ini ada ayam kampung goreng panas panas lagi...terbaekk
ReplyDeleteNasi padang kampungku ini ada ayam kampung goreng panas panas lagi...terbaekk
ReplyDelete