Friday, February 15, 2013

Kembali ke taman tidak berlaman...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
15-02-2013


Malam tadi sudah balik semula ke taman sendiri, rumah sendiri — setelah 5 hari berada di rumah MyBonda.

Walaupun bebudak masih bercuti sekolah, tetapi saya harus pula memikirkan beberapa perkara penting. Beberapa persediaan harus dilakukan untuk memulakan sesuatu yang baru menjelang minggu hadapan.

Saya sedang dalam proses mengubah rutin, mengubah cara bekerja untuk memulakan sesuatu yang baru yang saya yakin sangat sesuai dengan gaya saya selama ini.

Harap sangat akan dapat dimulakan seawal minggu hadapan. Mungkin saya boleh sebut ini satu perubahan, satu transformasi.

Saya harap saya akan terus positif walaupun tidak mudah untuk saya lalu saat-saat sebegini. Doakan saya.



Tengah belajar nak masak Nasi Tomato nih...! — gambar sendiri punya, tapi menu dimasak oleh adik ipar.

*beri saya sedikit masa untuk kembali rancak BW.




 ~...bila SERI BULAN mula menyelak kembali kain tutup tingkap yang sudah berubah corak diganti dek Mak Utih, HISYAM pula yang keliru antara juntai rambut atau renda kain sedangkan yang berkibar hanyalah reja kain semata yang menjulai hampir mencucuk mata...~




35 comments:

  1. Macam menarik apakah transformasi tu yea? Saya kan sampai sekarang tak reti masak nasi tomato tau..Ntah bila lah nak reti ni dahlah tu fav nasi suami saya..memang nak kena belajar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, bila dah kompom nanti pasti akan dikongsikan ceritanya.
      Ada banyak versi Nasi Tomato ni. Lain orang memang lain caranya. Kak Azie pun tengah belajar ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum..kalau malas nak pikir lauk, knah akan masak nasi tomato ni =)n anak2 memang fav nasi tomato..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh Kak Nah mesti handal masak nasi tomato ya? Bleh rasa sket?

      Delete
  3. perh...sedap betul gambo tu. malas nak masak, nak cari dekat kedai je. mane jual nasi tomato sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kat restoren ada jual Nasi tomato pada hari Jumaat. Hari biasa, memang payah sikit.

      Delete
  4. Azie, just one question , you getting back to work again? best wishes to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin... belum lagi tapi doa saya begitulah.

      Delete
  5. suka nota kaki tu.. ish...mcm addicted pulak nak membacanya... sabar jelaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... benda merapu tu pula yang diminat nya. hehehe

      Delete
  6. kak azie dah dapat keje baru ke?harap semuanya berjalan dengan baik:)

    ReplyDelete
  7. Boleh i teka?....ni mesti nak ber bisnes secara fulltime kot?
    Apa2 pun all the best to you...jgn lupa confirm kan ya...

    ReplyDelete
  8. sesekali kita harus bertransformasi .....

    ReplyDelete
  9. Kakak pula tertanya-tanya jadinya. Kalau business makan kakak rasa airtangan Azie boleh diterima ramai. Apa-apapun kakak doakan yg terbaik dan moga perancangan berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Kakak Zakie.
      Saya pun sentiasa mengharapkan yang baik baik juga, bila bila masa pun.

      Delete
  10. Sedap nampak...
    Share resepi ya, azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ipar yang buat, saya tak reti nak agak sukatan resipinya. Akak kena Google la nampaknya.

      Delete
  11. selamat bertranformasi n all the best in whatever you do. usaha yang baik2, Insyaallah akan dipermudahkan jalannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinnn... semoga saya mendapat kerja yang baik juga. Terimakasih.

      Delete
  12. Replies
    1. Alahaiii... sayang, Google la dari chef chef yang lain ya. hehehe

      Delete
  13. wah nasi tomato hari jumaat mmg sesuai sejak zaman dok hostel skulah lg...memang ni lah menu yg dinanti...blh jmpt kami mkn2 bila dh sedia nt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang biasanya hari Jumaat selalu ada Nasi Tomato, di restoren dan juga di hostel.
      Alaa nak tunggu saya pandai masak, lambat la PCL. hahaha!

      Delete
  14. next week kak azie dah start keja baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm belum lagi la. Harap-harap begitulah. Aamiiinnn....

      Delete
  15. baru pernah masak sekali je nasi tomato... itupun tak berapa menjadi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu baru sekali, kurang menjadi kena la buat lagi berkali-kali. Hehehe

      Delete
  16. i like nasi tomato dan pandai masak...cewahh...puji diri...hihihi...

    bab nasi lauk boleh la...kalo kek, biskut x minat nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh terer tu. Kak Azie baru merangkak-rangkak nak belajar.
      Sama la, kek biskut pun Kak Azie tak pandai buat gak.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails