السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
19-10-2012
Dah lama tak makan-makan kat luar dengan kawan, kat port paberet. Aku ada 3,4 port paberet kalu bab makan Ikan Bakar.
Hari ini, plan mengejut (sebab kalu plan awal-awal asyik tak jadi jer...) nak makan kat luar. Ke port ni pun, decide last minit.
Dah lama tak makan di sini.
Kuchai Lama. Kawan aku yang sorang ni, dah lama jadi regular customer sini, dari anak makcik tu sunti dulu, sampai budak tu dah ada anak 3.
Mungkin ramai dah tahu port ni.
Setengah orang mungkin tak gemar makan Ikan Bakar Basah macam ni. Sos/sambalnya dibakar (sampai mendidih) bersekali dengan ikannya. Memang tak akan jumpa ikan garing, sebab ikan dah macam ikan rebus. Apa pun memang enak! (kadang-kadang kami makan Patin Tempoyak yang dimasak dalam kertas aluminium)
Tayang-tayang:
Kerana ada yang dah amik Talapia, aku ambik Cencaru. Kurang minat, tapi banding dengan Kembung dan Keli, baiklah Cencaru.
Kenapa semua tulang longgok dalam pinggan aku nih? cissss! (tak jadi nak marah, nanti dia tak bayar jenoh aku...). Walaupun depa bukan blogger, depa sangat sporting bila aku yang beriya-iya nak snap itu ini.
Snap pondok polis ni. Medan selera tu betul-betul di belakang pondok polis Kuchai Entrepreneurs Park.
Sungguh berbaloi walaupun balik semula ke opis dalam hujan lebat di tengahari.
Terimakasih kepada mereka yang terlibat dalam ini cerita...!
~...ketika seorang bernama DotDot ditangkap kerana cuba mengendap SERI BULAN, ramai sekali termasuk Tok Ketua terkejut melihat HISYAM yang lebih dulu melompat hendak mencekiknya, tak pasal-pasal kantoi kerana tiada yang menduga siapa selama ini pengirim surat bawah tempurung di ujung ampaian lalu terpaksa pula SERI BULAN mencari akal mengelak gelak...~
alamak Azie, dia campur semua jenis ikan tu sekali ker.....ni yg tak jadi nak try nih, nampak sedap sangat, tp akak tak makan keli, so air dia pun akak taknak campur dalam ikan lain...dasar cerewet hehehe
ReplyDeleteapa pun terimakasih kerana berkongsi..
Kak Q, memang agak berbeza cara bakarnya. Kat mana pun saya tak pernah lagi jumpa. Cuma ini satu yg saya nampak.
DeleteKuah sambalnya disiram panas-panas di atas ikan berlapik daun pisang yg wangi semasa dihidang.
mengancam betul ikan bakar nih...
ReplyDeleteChik Na,
Deletejika dibanding dengan ikan bakar dibakar garing atas api arang, ikan yang saya tunjuk ni sebenarnya kalah.
saya baru beberapa tahun ini pandai makan ikan pari bakar. kawan ajar .. dulu nengoknya pun takut..
ReplyDeleteWahh gitu? rugi la Bang Hamzah. Saya masa kecik lagi dah pandai makan Ikan Pari Bakar. Memang sedap, tapi harus pandai cara siang dan cara masaknya.
DeleteBtw, apa yang ditakutkan sebenarnya tuh?
Tak penah mkn ikan bakar camni...klu lembik sgttak lalu la plak...
ReplyDeleteBiasanya tak la lembik sangat. Sebab yang dah masak, diasing ke tepi. Tapi since ia bukan dibakar, tetaplah lembut. Kena pilih ikan juga, kalu keli memang jadi macam Keli Kukus. Heheheh for me, Talapia lah yang paling sedap!
Deletekalau camni dicampurnya, sy x brani nk makan kak....
ReplyDeletewalau nmpak sedap....
sebab sy x blh mkn pari, even kuahnya pun sy x berani dah. gatalnya nanti.... x sempat habis sepinggan nasik!
syukur since kecik dah penah mkn n dah penah puas mkn ikan pari. skrg, dengar ikan pari pun sy terbayang kegatalan yang sakit.... kalau dia asingkan sejenis ikan setempat, mungkin lebih seswai untuk y x blh mkn mcm sy.
Ohhh alkisahnya. Memang takleh jamin lah. Kalu pegi juga, kenalah ambik lauk yang lain, sebab situ pun ada juga Nasi Campur, Laksa dll.
Delete