السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
30-10-2012
Cerita jalan-jalan, kawad kaki lenggang tangan. 4 orang anak dara dengan diketuai oleh seorang makcik sebagai pemantau juga mentor. Mentor apa? Ntah!
Memang plan nak lunch di restoren ini. KLCC. Orang punyalah ramai. Daftar nama dulu. Mujur cuma kena tunggu 20 minit. Sempat la meronda farmasi cari barang, then naik balik ke 3rd Floor.
Aku lebih nak masuk ke Ben’s sebenarnya, tapi takda sokongan.
Agak gelap, nak snap cili besar kat belakang tuh!
Sebahagian pilihan atas cadangan Dak AMOI. Sebab ni restaurant paberet dia. Yang best, kat sini air boleh di‘refill’ macam kat Mekdi. Malah jika order Nachos pun boleh refill, tapi kami tak order. Jagung tu tak sedap. Ayam goreng rasa manis sebab ada madu. Not my taste. Mashed Potatoes tu lazat!
AMOI komplen, cawangan sini tak sedap macam dia makan di cawangan Chili’s area sebelah Damansara.
KLCC sebenarnya bukan tempat orang macam kami, wpun dekat saja dengan rumah. Anak-anak dara aku biasanya datang sini hanya untuk wayang, tapi cadangan wayang hari itu tak dapat sambutan sebab takda citer best!
Masuk kedai buku Konikuniya adalah acara wajib.
Pastu boring taktau nak pegi mana. Orang sangat ramai macam beli barang tak perlu bayar. So apa nak buat? Masing-masing boring! KLCC boring!
Kami akhirnya pergi AEon yang paling hampir dengan rumah. Taman Maluri. Tu memang ‘tempat’ aku. Senang nak pilih barang.
AMOI: “KLCC tu boring untuk orang yang takda duit. Orang kaya tak boring punya.”
~...mungkin ramai tidak tahu, malah hampir seluruh rakyat Kampung Separuh Desa tidak pernah tahu bahawa sebelum HISYAM tiba serentak munculnya SERI BULAN, mereka ibarat musuh yang bakal mengebom kubu masing-masing, akan menembak kepala andai tersalah jengul, tetapi kebun getah menyelamatkan mereka, lalu kubu tidak lagi dimusuhi, malah menjadi laman kenangan...~
Betul kata amoi. Sy pun rasa klcc tu boring sebb takde yg boleh dishopping. Huhuhu
ReplyDeleteKLCC tu popular adalah tempat makan dan wayang saja. Kalu barangan, memang banyak pilihan di tempat lain.
Deletedtg sini pun sbb nak pergi taman...nak masuk dlm fikir 2 x sbb ramai betul orang...lagipun anak2 kecil lagi hilang susah pulak....
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteSteak kat Chilis lagi sedap dari Ben's.
Auntie pulak suka shopping kat KLCC..dah tuh santai makan2/minum
kat luar perkarangan Dome nengok orang yang bermacam2 ragam..hik3x
KLCC boring bila weekend sebab:
ReplyDelete- sendat dan manusia
- rasa macam pergi shopping complex kat Bangladesh..tak pun Nepal
Dah lama gile tak g KLCC. Chilis? Entahlah. Sy mkn kat Citta Mall, euwww! Ke mmg tak kena dgn tekak sy? entah. Sy kena try yg kat OU kot sbb rmi kate situ sedap.
ReplyDeleteBetter Fridays than Chilis.
klu ke klcc cuma pergi taman air dan petrosains je....
ReplyDeletebukan KLCC jer boring utk org yg tak ada duit, kalau tak ada duit, pergi manapun boring!!!
ReplyDeleteKLCC tu letih kaki nak menapak kak azie weyyyy... Aina kalau tak de hal tobat tak pi.
ReplyDeleteElla pun kdg2 malas gi KLCC. Too pack. Nak parking susah. Nak naik escalator pun jem.
ReplyDeleteWalaupun kerja di KL, tapi dah lama x berselera nak berpeleseran kat KLCC. True, AEON lebih 'sedap'
ReplyDeleteAeon..
ReplyDeletememang happening dari KLCC...
hehehehehe....
saya makan KLCC gak..
ReplyDeleteKeropok Lekor Cecah Cili
saya lebih rajin pusing jusco maluri dari klcc. klcc tu buat tembak2 dari luor je...hihihi~
ReplyDeleteyg pnting dpt outing dgn anak2......
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya jugak mati kutu kalau ke KLCC. 2 tempat je yg best: Wayang & kinokuniya...lain2 kalau nak lepak buang masa bolehlah.
Mungkin bukan taraf daku kot ;)
salam sis aa.
ReplyDeleteEkeke siannya.sabar2
Kalau ada kedai "hardware", kedai kamera, dan kedai barangan elektrik, walau di mana pun, saya akan berasa gumbira. Tak akan jadi boring. Walaupun, seperti selalu, tak beli apa-apa pun. Cuci mata pun dapat kepuasan, tambah-tambah sebab "free of charge".
ReplyDeletemasuk klcc ada 5k pun bleh habis kalo btol2 sopping
ReplyDeleteada berkoyan-koyan duit pi mana pun tak boring.aku setuju sgt dgn dak amoi hehe ;)
ReplyDeletekakcik setiap hari lalu KLCC - lalu je laaaa... :)
ReplyDeletedah lama tak pi KLCC.. huhu
ReplyDeleteKLCC mmg bukan tempat kita..
ReplyDelete