السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
18-10-2012
Zaman moden sekarang, banyak dah panggilan yang kita dengar dalam hubungan suami isteri. Sayang, Bi, Darling, Kanda-Dinda...
Zaman dulu-dulu, panggilan sangat ringkas. Paling-paling pun panggil “Awak-Saya”, “Abang” atau “Mak Hang-Pak Hang” (macam MyBonda dan arwah Ayah).
...atau juga dipanggil “Mak Eh”, “Pak Eh” atau “Mak si Ros”, or “Pak si Ros” (mengambil nama anak si Roseyatimah tuuu....)
Yang tak tahan, belum kahwin masa tengah couple dah panggil “Mama-Papa”. Adehhh...
Tengah sayang, panggilan semua sedap-sedap belaka. Kalu time marah? Siap panggil nama penuh! hehehehe!
Di kalangan beberapa orang kawan rapat, aku ada panggilan khas yang hanya kami-kami saja yang guna tapi jarang orang tahu. Hahahaha...!
Me and TOKLAKI? Sampai la ni susah nak tukar. Dok asyik I-You, I-You jer dari dulu. Kadang-kadang Abang-Saya... kadang-kadang Saya-Awak... banyak benor kadang-kadangnya!
CMYK: Jika C untuk Cyan, M untuk Magenta dan Y untuk Yellow, kenapa Black tidak dipanggil B? Adakah Black tidak semanja CMY lalu ia dipanggil K? Kenapa tak terus panggil Dato’ K jer? Ahaks!
~...suatu ketika dulu, antara SERI BULAN dan HISYAM ada nama panggilan manja yang manis di telinga tetapi sekarang tidak lagi kerana langsung tidak berpeluang bermanja-manjaan, melainkan selalu berselisih pendapat dan bergaduh semata-mata berebut buaian di dahan ketapang, di pinggir sungai Menghijau Lumut...~
saya ikut mood haaaaaa...
ReplyDeleteChik Att
Aina dari mula2 kawen husband dah panggil Yang tak apa rahsianya...sayang ke kak yang macam semua family panggil..hahahaaa...
ReplyDeletetaktau nak cakap apa....heheh
ReplyDeleteba/ma utk bahasakan kpd anak2....dah kebiasaan dan terikut jgk kita ni...dari dulu pn ber aii yuu jgk tapi bila teringat sblm kawen dulu lah..hehe.
ReplyDeleteBila emak Adam panggil saya 'abang' di depan Adam, dia (Adam) akan tegur, "Itu ayahlah bukan abang!"
ReplyDeletekuang kuang kuang
akak azie.. kami nih ikut mood.. tp skrg cam lekat ngan panggilan "papa-mama" psl dulu nak bg maman panggil kami gitu.. hahaha
ReplyDeletemacam geli geleman pula kalau dgr mama papa masa sedang bercinta hoho :p
ReplyDeletetapi kalau dah kawin ok la sbb dah ada anak,kalau tak nnt jadi mcm YB ckp pulak.
masa anak aku kecik dulu,bila aku panggil hubby 'abg'...dia pun panggil abg pastu atomatik kena tukar panggil abah :)
I - you je.. simple.. senanG
ReplyDeletetak pernah pun suami panggil sayang...huhuhu...
ReplyDeleteakak orang kedah noooo?
ReplyDeleteAA-CD tu dari kaset lama-lama dulu, pastu adalah kawan aku yang rajin buatkan CDnya. kalau nak aku buat salinan cdnya...nak tak?
ReplyDeleteCMYK: Jika C untuk Cyan, M untuk Magenta dan Y untuk Yellow, kenapa Black tidak dipanggil B?
HP tak namakan 'B', sebab banyak warna lain yang mula dengan huruf B, contohnya
brown
blue
beige
beet red
berry
blaze orange
buff - kekuningan, sakit kuning, sebab itu ada orang tulis Happy Bufday, aku gelak guling guling
baby blue
brick red
Wasalam
ada kawan opis lama saya bahasakan diri dengan isteri aku kau jer...lepas tu saya tanya wife panggil apa kat dia..sama kau aku jugak...eee mcm tak sopan jer kan...bagi saya la kan..tak mesra langsung...
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeletepepagi nan dingin sudah menguji Ratna dengan coretan yang mengusik cuit sianak hati... mon mari/suami ku sedari zjaman proses berkenal-kenalan begitu trigin kepingin dipanggil dengan panggilan yang bermula dengan "cinta" hanya karena kawan sekerjanya (semasa di KL) bersaran kepadanya yang Ratna semestinya memanggilnya bermula dengan "cinta" walhal kawan sekerjanya itu orang Peranchis ! oh... rupa-rupanya baru pulang bekerja di Solo Indonesia... maka itu CintaJL berkenan sangat bangat ...! namun Ratna tidak guna kan karena berbunyi mengada-ngada dan semasa itu tidak tahu apa kesudahan perkenalan itu, juga hairan sekali dengan karenahnya dimana tiada petanda cinta darinya kok mahu dipanggil "cinta"... sesudah berkahwin, terus dipinta mohon dipanggil sedemikian... meski pun berbunyi pathetic (bagi Ratna) namun harus diakur dengan taatnya... tidak kah begitu wahai AA ???
Gimana pun, apa sahaja panggilan tersebut terhadap isteri dan suami terpulang lah kepada gerak hati memasing... akan tetapi Ratna setuju sekali mengenai tatkala hati sedang membakar marah kok bertukar itu nama panggilan menjadi biasa begitu selamba bunyinya...
Salam manis semanis madu.
hehehe.. ;)
ReplyDeletetengah marah 'saya-awak'
tengah gembira 'biarlah rahsia..' kihkihkih..
hai awak! ;D
ReplyDeleteSalam ziarah dari Kuwait..
ReplyDeleteMe.. kitaorg kalau tengah "sand-storm".. dah takda panggil "sayang" dah..
Tak panggil pape pun, sendri mcm faham dialog masing2..
mula awak..lama2 wak....wak...wak..cam burung wak2 la plk... hehe
ReplyDeleteermm mcm adik sy la,,pggl mama papa,,pas kawin abg,yg adik ipar lgsg tk dgr pggl apa,,,hehe,,,neway jenjalan sini dn follow skali,,akak agen travel ek?bestnye klu leh gi korea tu,,;)
ReplyDeletepak hang ngan mak hang ja...
ReplyDelete