السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
29-10-2012
Semalam, pagi Ahad yang terang benderang. Seperti biasa, lepas balik dari pasar — atas urusan melengkapkan bumbu utk Rendang Daging Korban — kami duduk minum di Restoren Mamak Kaya (bukan nama sebenar).
Aku singgah sebentar di pasaraya sebelah untuk beli tepung dengan niat di hati nak buat Goreng Pisang untuk sarapan pagi Senin (tadi, dah siap untuk bebudak pegi skulah).
Kembali ke dalam restoren, MyToklaki tengah sembang dengan seseorang. Muka biasa tengok, maklum setaman tapi nama aku tak tahu.
Selesai depa borak, sambil si bini sibuk order untuk tekak sendiri, aku pun tanya sekadar mengisi ruang waktu jangan sunyi sangat. Maklum bini lebih riuh dari si suami.
Aku: “Siapa tu?”
“Alahh... orang UMNO.” *ayat ni adalah biasa disebut di mana-mana pun.
“Huh? nak apa?”
“Takda apa. Biasalah, berbaik-baiklah dengan orang.”
“So? U rasa cemana?” >> ayat provoke aku, sedangkan rasanya dalam banyak hal, pangkahan kami selalunya seiring dan sejalan. Cewahhh...!
“Entah... tapi dengar citer depa nak calonkan MA (nama bekas wakil rakyat yang kalah sebelum ini).” MyToklaki niii.. macam nak rahsia pulak.
“I tak kisah sapa. Yang penting, I nak air free lagi tahun depan. Depa boleh bagi ker?” Soklan bini pun macam nak nyakitkan hati jer. Hahahaha!
MyToklaki terdiam beberapa minit. Then,
“Najib pun tak boleh nak buat camtu...” Bunyi suara memang sangat lemah. Takut silap. Hahahaha!
“I tak kira la sapa pun orangnya. Yang penting, I nak air free lagi tahun depan. Means, untuk 5 tahun lagi.”
Bila tak berjawab, so perbualan tamat tanpa ada kesimpulan.
Selalunya, kami order tak pernah sama, tapi air tetap segelas dikongsi.
Air suam sebagai pelengkap drama.
Air suam sebagai pelengkap drama.
~...lumrah bila bertemu walau tidak duduk semeja dan tidak sepangkin, samada HISYAM yang membayar atau SERI BULAN yang hanya pandai order dan makan, tetapi biasanya pelayan dari Myanmar itu selalu jeling-jeling pandang-pandang kerana hairan dua pasangan yang makan tidak bercakap tapi mata berbicara... cemana tuh?...~
Awat lambat sangat pilihan raya kan? bendera yang dipacak dah lusuh koyak2 dah pun..
ReplyDeleteMakchaq suka pau makanan pakchaq pasai dia makan sikit.. tapi makchaq punya makchaq makan sorang... punya kuat makan kan...
Sama ler kita MakChaq. Tang ayaq boleh lagi kongsi. Tapi tang Roti Telor, kalu boleh nak 2 lapis! hahaha!
DeleteBanyak bab Aina dan Pak Tuan sehaluan termasuk syer segelas air semasa makan, masih sehaluan bila kami sama2 lebih suka minuman panas. Kalau tengahari toke kedai lagi bengang, sepinggan syer 2 org...hahaaaaa...
ReplyDeletePolitik...apa yg terbaik buat le pilihan memasing.
Amboiii mana tokey kedai tak bengang. Tak untung dia kalu dok order sepinggan makan berkongsi... ahahahaha
Deletemoga pilihan kali ini adil dan saksama......
ReplyDeletetak sabar nak mengundi he..he..
skrg saya pun sama order air kongsi bersama....
Wahhhh.. gunakan hak anda, ya tak?
Deletetak sabo nak pangkah ni kak.
ReplyDeleteSabo... sabo! Calon pun belum start apa pun lagi.
DeleteMenyelerakan...
ReplyDeleteMinum share?
Bagusnya...
Org yg patut share,(mcm akak yg kena kurangkan minum...) rasa mcm tak cukup tu....
Sekali sedut, separuh gelas abis....
Sebenarnya saya pun kuat minum air Kak. Tapi kalu sebelah pagi, masih sejuk cuaca tak sebanyak minum di tengahari.
DeletePangkah memang hak semua orang, tapi betul, kita kena bijak. Usah mudah dimanipulasikan dengan media. Oppss!!
ReplyDeleteHehehehe... sekarang orang kita semakin berani meluahkan pendapat masing-masing.
DeletePangkahan biasa memang seiring-sejalan baru harmoni. Johor entah bila nak dapat air free...banyak yg karat biru di sini Azie hahaha...
ReplyDeleteSy tak hrpkan air free tp tolong improve jln2 kmpg kat Johor ni. Hampeh sgt2. Agaknye sbb dacing dah manja sgt kat negeri ni kot?
DeleteKarat biru tu cemana eh Kakzakie?
DeleteSekali fikir, kalu masih di takuk lama, ada yang kena diubah. kan?
Tak kisahlah kak. Air free ke, lambang keris ke...janji, hak msg2kan?
ReplyDeleteKali ni Akak nak kene kisah juga! Sebab dah seronok sangat dapat air free. Dah lebih setahun dah tak bayar air ni. Tambahan kami memang ramai, so rasa sangat berbaloi! hehehehe!
Deletedah tau ker bila boleh pangkah azie?
ReplyDeletehehe ni bukan bz body kan zie?
Belum lagi la Kakkkk... Kalu dah umum, kompom la riuh sana sini. Kedai kopi yang buka sekerat hari pun boleh jadi kedai 24 jam, kak!
DeleteSaya tulis terang terang lah ya. Saya tak akan undi BN. ~hahaha..
ReplyDeleteCukuplah 55 tahun negara di manipulasi.
Hahahahaha! nak sambung gelak.
Deletewhoaaa.. undi sudah tidak rahsiaaa.. kekkekeke....
ReplyDeleteKekekekekekekeh!
Deletesekarang ni pukul 630 dah terang kan kak?
ReplyDeleteYup. Kul 7.00pm dah Maghrib...
DeleteWakakaka Faizie... btw, manipulasi tu aperrr...? Ahaks!
ReplyDeletesaya x enjoy air free tp saya suka kalau tersenarai dlm org2 yg dpt air free..ingat nak undi PAS tp PAS pulak tak bertanding di kawasan saya..utk info..kawasan saya hot2 seat..mcm seat AirAsia je..sy undi lebih kepada siapa calonnya..bukan parti yang diwakili..sy juga selalu ubah2 undi saya..
ReplyDeletedari saya pengundi Lembah Pantai kali ke 5 utk pilihanraya akan datang..hot seat tak?
Hehehe... betul. Sokong. Kita tidak melihat apa parti atau apa logonya. Tapi siapa calonnya.
DeleteWahhh Lembah Pantai memang la hot seat!
SMTI-siap-siap jelah tahun depan ni.
ReplyDeleteSaya cuma nak siapkan kira-kira utk bajet kot la kena bayar bil air semula tahun depan! ohhh tidakkkk!
Delete