السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
31-10-2012
Sebenarnya 2,3 hari ini saya sedang mengalami suatu keadaan yang tidak menentu. Sekejap rasa semangat, sekejap jadi malas. Yang pasti saya malas menaip. Ini gagahkan diri, sementara nak pegi kija. Ohhh malasnya nak sebut pasal kija, sebab sedang melalui minggu-minggu yang sibuk...
Harian Metro hari ini muka depan: “Lemas cinta...” baru kenal sebulan serah RM40,000?
Copy paste: KUALA LUMPUR: Cinta mendalam, apatah lagi selepas dijanji untuk dijadikan isteri menyebabkan seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya teman lelaki yang baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.
Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada teman lelakinya.
Sumber polis berkata, selain wang tunai, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an itu. “Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.
Copy paste: KUALA LUMPUR: Cinta mendalam, apatah lagi selepas dijanji untuk dijadikan isteri menyebabkan seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya teman lelaki yang baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.
Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada teman lelakinya.
Sumber polis berkata, selain wang tunai, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an itu. “Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.
MHI, TV3. Dalam ramai-ramai host aku paling suka dengan Ally Iskandar dan Ahmad Fedtri Yahya. Mereka bukan sahaja tenang, berilmu, bijak mengawal keadaan juga bijak berkata-kata.
Kenapa telipok tidak pernah lemas walau arus kuat di bawahnya?
~....meski ramai tidak tahu asal-usul HISYAM dari keluarga yang disebut “mampu pakai cincin berlian”, SERI BULAN tetap menjaga kejap rahsia kerana mahu membuka ruang serta memberi peluang jika ada pihak yang “hanya ada cincin tembaga” berani masuk bertanya atau mengendeng nak buat menantu...~
panah cinta sanggup bergadai harta..inilah padahnya..
ReplyDeletetelipok kuat akarnya :)
Sanggup gadai harta ok lagi la. Harta boleh cari lagi. Gadai body kalu?
Deletetelipok nama sejenis pokok? ....d cni telipok nama pekan kecil yg x jauh dr KK...baru tau....
ReplyDeleteYa saya pernah dengar ada nama tempat Telipok. Saya masa kecik sebut bunga teratai ni telipok. Tapi sebenarnya telipok adalah pokok air yang warna hijau bunga putih tu. Adik beradik teratai la juga. Yang dalam gambar di atas, adalah teratai disebut orang.
Delete40 ribu..
ReplyDeleteviva sebijik boleh dapat tu..
Kalau saya, harus ulang alik pi Bandung shopping sakan-sakan!
DeleteAlly dan Fedtri itu sentiasa kelihatan muda! :)
ReplyDeleteSebab depa cool!
DeleteKita pun suka ally ngan fedtri, bijak dan tenang, agree!
ReplyDeleteMasa depa masih bujang dulu, kami dok tunggu, bila la depa ni nak kahwin! hehehe
DeleteTentu ayat jantan tu power tahap ultraman!
ReplyDeletesaya pun suka kat dia orang berdua tu.
Batang telipok memang kuat dan liat..memang tak boleh patah.
Oh ya. Betul. Saya lupa pasal akar telipok tu. *apa url blog Kak Haizan ya? Banyak kali saya cuba tak jumpa
Deleteassalam azie..tak terkata..macam mana la boleh jadi macam tu
ReplyDeleteYang kita dok heran cemana terjadi, itulah yang telah terjadi.
DeleteKakak pun suka Fedtri Yahya. Bait-bait kata yg ditutur padat dan sedap didengar telinga.
ReplyDeleteFedtri juga seorang penulis lirik lagu.
DeleteKenapa telipok tidak pernah lemas walau arus kuat di bawahnya?
ReplyDeletelemas tidak , layu mungkin...teratai layu di tasik madu agaknya.., eh teratai.. telipok tu sama ja kan AA ?
Kat mana agaknya Tasik Madu tu ya?
DeleteJangan pelik. Orang zaman sekarang sudah balik seperti zaman dulu yang suka guna benda pelik2 utk gunakan org lain.
ReplyDeleteHati perlu kuat.
Kekuatan hati jika tanpa ilmu pun mudah kena tipu juga...
DeleteDi kata bodoh nanti, tersentap pula wanita sebegini. Tapi tak pernah nak ambil pengajaran dgn kes kes sebelum ini yang banyak terjadi.
ReplyDeleteTeralpa dek asyik masyuk.
Deleteitulah dia lelaki, manis kata-katanya buatkan kita leka.......
ReplyDeletesuka juga ally dan fedtri....berstail
Manis kata-kata jika ditujukan utk tujuan baik, alangkah baiknya.
DeleteMmmm....mmmm.....power betul ayat jantan tu.
ReplyDeleteBukan ayat saja power, otak menipu pun power jugak.
Deletepasal berita ni td ada orang komen yg berunsur pertanyaan
ReplyDelete"perempuan yang bodoh or lelaki yang tak guna??"
errm, tak tau nak jawab pe. mungkin perempuan tu bodoh sebab percaya pd lelaki yg tak guna seperti tu..
Dalam kebijakan ada kebodohan juga.
Deletesukar nak baca apa yg dicari dlm hidup.. kalu ambo.. toklaki nak pinjam pun ambo tanya sebab musababnyer.. itu kan hak kita.. nih lg kalu yg takde mengena ngan idup.. sukar nak caya.. :(
ReplyDeleteYa lah kan? Mudah benor percaya pada orang yang belum ada ikatan apa-apa... heran.
Deletesalam kak azie azah.
ReplyDeletesama. saya juga suka ally iskandar dan fedtri yahya. kalau fedtri, ayat2 yang keluar dari mulut dia semua yang boombastik.
telipok nama lain bagi teratai ye?
Telipok dan teratai tu adik beradik. Kami di kampung dulu dok sebut telipok. Tapi bentuk daunnya bulat dan bunganya kaler putih
DeleteMahal betul pengajaran yang perlu di bayatr oleh wanita itu. Syukurlah maruahnya belum tergadai.
ReplyDeleteSaya suka mereka juga. Bijak mengendali situasi dan padat isi bicara sebab berilmu dan fokus. Tidak mudah melencong. Sayangnya tak ramai yang seperti mereka.
telipok tu teratai ke.. (sambil tutup kepala takut kena ketok).. ngeee..
DeleteGambar atas tu disebut orang teratai. Saya sebut telipok
DeleteYa Allah..tak suka la baca berita-berita macam ni.
ReplyDeletelelaki zaman la ni kalau tak menipu perempuan tak boleh ka..?? cemuih sungguh! i fed-up u know...all the tipu daya...haisy..tak bleh blah la berita macam ni.
Yaa... sampai naik meluat kan?
DeleteSedangkan lautan sanggup direnangi. ...
ReplyDeleteHuhu.
Inilah kuasa memperdaya, kdg2 org berilmu pun terpedaya.
Orang yang berilmu kena tipu sebab orang yang menipu lebih berilmu dari dia. Ilmu menipu. hehehe
Deletesalah kah kalau mudah mempercayai orang ? atau elok kah tidak percaya pada orang ?
ReplyDeletesaya jawab - entah !
Bergantung keadaan. Kita masing-masing ada kelebihan untuk menilai dan menapis.
Deletesaya antaranya... dah lama sangat hilang mood nak update blog. bermula bila pindah ke rumah baru awal tahun nih... sampai skrg tak dtg2 mood tuh
ReplyDeleteBetul. Kak Azie kadang takda cerita nak tulis. Lama lama jadi malas sendiri.
DeleteHi Azieazah, I guess we all will have our off days, or times. But sometimes out of nowhere something or someone comes along and either inspires us or motivates.
ReplyDeleteI often get my inspirations from friend's blogs....
You stay easy, have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.
lelaki macam ni patut dikenakan tindakan yg berat. saya pun dah terkena dgn seorang army bertugas di pulada. jalan cerita lebih kurang je di atas. setakat ni dalam pemerhatian utk tindakan pegawai komandannya.
ReplyDelete