Saturday, October 20, 2012

Pailang yang nak kena sailang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
20-10-2012


Malam tadi, kan malam minggu? Malam lepak samada kat rumah atau kat kedai mamak. Sembang dan borak-borak.

Me & MyTOKLAKI borak kat bilik rumah jer semalam sebab hari hujan. (kat mana lagi, ya tak?)

So, dia citer pasal beberapa hal yang berlaku 2,3 hari sebelum. Citer yang tak berapa penting, tapi dilihat sebagai mengisi masa senggang kami dan juga hiburan semata-mata.

Suatu hari, dia (MyTOKLAKI) terjumpa dan terdengar, seorang budak age sekitar 18 tahun memanggil seorang tua yang sedang berjalan “hoi orang tua!” (budak ini berniaga buah potong di depan bank di taman kami bersama abangnya).

So, MyTOKLAKI tegur dia, “Ko ni, jangan lah panggil orang macam tu. Respek la, tu kan orang tua.” > gaya tegur pun macam santai, sebab dia kenal budak itu, selalu tengok cuma taktau nama.

Budak Kena Tegur tu tak puas hati, “Ko apa hal? Suka hati aku la nak panggil apa pun!”

So MyTOKLAKI tak layan. Dah tahu ni jawapan orang tak cukup akal, budak-budak. Dia terus la duduk borak dengan beberapa orang kawan.

Tup-tup Budak Kena Tegur datang dengan abang dia. Macam serang la konon. *Cara MyTOKLAKI citer pun dah macam drama Roda-Roda KL plak.

“Kau sound apa kat adik aku?” Wahhh Abang Nak Jadi Hero.!

“Sound apa plak. Kau tanya la adik kau aku tegur apa.” MyTOKLAKI main psikologi plak dahhh...

Tapi takda apa pun berlaku. Walaupun Abang Nak Jadi Hero tu bukan main kuat mengaku dialah ‘pailang’! Menurut citer, rupanya budak 2 beradik tu baru saja setahun dok setaman sini, dan baru 3 bulan masuk group yang depa sebut “3 LINE”.

MyTOKLAKI: “kalu setakat baru 3 bulan, jangan lah nak berkokok kuat sangat kat sini.”

MyTOKLAKI wpun tak pernah join mana-mana Line — waima LineClear sekalipun — tapi dia kenal ramai orang dari grup itu. Malah sebagai anak polis, dia kenal ramai polis juga. Sebab kami dah tinggal di sini lebih 25 tahun! Ramai generasi setaman yang dikenal dan mengenali.

So bila cerita sound-sound tak puas hati dibawa orang, ada ler Sorang yang dihormati dalam grup 3 LINE tu yang dengar, lalu budak dua beradik pulak kena sound.

“Ko berdua, jangan usik abang ini (merujuk MyTOKLAKI). Dia orang lama sini.”

Mujur tak jadi apa-apa, walaupun 3,4 orang kawan MyTOKLAKI macam sukarela jer nak pegi “skulahkan” bebudak tu. Sorang polis pun sanggup, tapi MyTOKLAKI tak sanggup la nanti kena sabit 306!

Sebenarnya, kisah camni bukan kali pertama terjadi. Aku cuma takut, suatu hari akan ada budak yang lembik macam sayur kena terajang kalu dah terlalu kurang ajar. Dah lama MyTOKLAKI tak praktiskan TaliPinggang Hitam Taekwando dia!

1987 — harus dah berkarat skill depa nih!




~...samada kerana aura terlalu lama menjadi teman tapi mesra atau memang ditakdirkan seKEPALA, tiap kali makan Nasi Lemak Kedai Orang, SERI BULAN mesti tambah Sotong sama banyak seperti di pinggan HISYAM cuma masih tidak berani untuk setanding Teh Mamak ditarik sama panjang dan gelas sama tinggi...~




 




19 comments:

  1. Salam AA,

    Memang budak2 sekarang suka tunjuk samseng tak bertempat.
    Didikan yang kurangatau pencampuran sekeliling, wallahualam

    ReplyDelete
  2. Itu yang nak kena sekolahkan balik tu, Auntie.

    ReplyDelete
  3. Skrip iklan di tv tentang budak sekolah yang panggil 'nenek tua' tu, Azie yang tulis ke? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iklan tv nenek tua? Ohhh yang budak sekolah kat bustand tu ya? ahaaa tu pun contoh budak-budak biadap, kan?

      Delete
  4. Kat skolah ngn cikgu pon depa tak heran. Tp abg taman neh bukan calang2 wooo.. Kesal ngn sikap sesetgh org muda skang neh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau mungkin cikgu pun kena ada karate, kungfu segala?

      Delete
    2. Lambat tuh nak blaja martial art. Pakai ilmu itam terus.. Adesss! Terlebey suda.. Har3

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Sampai tang ni, saya rasa macam nak dok kampung, tapi kalau kat kampung saya...terlebih sopan lah pulak. Kita ni pulak "dilihat kurang ajar"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni, kat kampung-kampung dah tak berapa murni lagi dah. Bebudaknya, ada tu lebih ganas lagi dari orang bandar.

      Delete
  6. bahasa menunjukkan keperibadian diri juga....
    geram dengan orang macam ni tapi takutkan kita pula yg diajar.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bukan sebarang juga nak ajar-ajar orang ni. Kena ada ilmu di dada, kata orang...

      Delete
  7. budak sekarang ni banyak wayar dah putus. kesian...

    asben akak TUDM eh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wayar hijau kuning dah luntur warna ler tu.
      Yes dear. Air-Force. Dulu.

      Delete
  8. susah budak2 zaman sekarang ni...huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang tua dan orang lama jadi susah juga.

      Delete
  9. Hari2 jumpa budak2 kuangjaq di tempat keja. Kagum jugak tak kena tekanan darah tinggi atau sakit jantung. Memintak janganla kena, na'uzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kena betul-betul ada talipinggang macam-macam kaler nih!

      Delete
  10. budak bodoh tak boleh diajar... silap2 kita yg tensionkan...

    asben kak rose pun ada black belt, karate. tp takut dah berkarat jugak... camner nak ajar budak camni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah. Dah lama tinggal, haruslah berkarat. Silap-silap baru nak pasang kuda-kuda, dah pitam dulu. hehehehe

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails