Thursday, October 25, 2012

Tan Sri Mr Andy yang bersuara sedap dan romantis...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
24-10-2012


I’m sorry, dua tiga hari ni memang sibuk dan bila balik agak kepenatan nak berintenet segala. Semua respons di setiap entri dibaca, hanya untuk menjawab tu yang tak sempat (baca thru Henpon Cap Itik Jantan, tapi nak menjawab memang payah sikit).

Persiapan AidilAdha adalah sangat ringkas. Biasa-biasa saja. InsyaAllah akan beraya dengan MyBonda di Jinjang.

Masa AidilFitri dulu aku langsung tak amik cuti, sebab ramai staf lain ambik cuti sampai seminggu, so aku rasa aku patut beralah. Standby untuk any project mengejut. Minggu lepas lagi aku dah semak rutin dan schedule. Project dalam tangan cuba diselesaikan sebelum dateline.

Cuma, aku bimbang bila satu project buletin bulanan yang selalu konsistent sudah sebulan lebih tidak dihantar client. Lalu aku menyebut, “nanti kita nak cuti Raya, barulah dia kalut nak email.”

Masin mulut aku!

Semalam, Mr Andy (bukan nama sebenar) dah call, sebahagian journal sudah diemail. Ohh tidak! Dalam tangan aku tengah bergelut dengan Booklet sebuah uni yang kena siap sebelum November. Dah la editor tu menyakitkan hati jer. Setiap amendment nak kena tunggu berjam-jam, tapi bila dah email mintaknya tak menyempat-nyempat! Geram pun ada, tapi... hmmm kenalah buktikan kita boleh. Ya dak?

Sejak semalam aku cuba siapkan job Mr Andy ni, tapi kerana masih ada sebahagian lagi article tidak diemail, so aku letak dateline sendiri. Next Monday lah kasi settle. Aku tahu Mr Andy bukan marah pun, cuma aku yang rasa tak best.

Mr Andy ni, sebenarnya seorang client (dari satu syarikat perkayuan yang besar) yang sangat best! Dia tak pernah marah-marah. Satu perkara yang aku suka tentang dia ialah, suara dia sedap! heheheh betoiiii...! Suara dia sangat lunak romantis gitu! hikhihik!

Masa kali pertama aku “diserah-tangankan” job dia dulu, aku dipesan oleh bekas staf tu, “Job ini selalunya urgent tau, selalunya seminggu mesti ready!” Amboi macam gertak plak. Memang masa tu aku risau giler.

Tapi bila aku study specification dan rentak project, aku berjaya rombak semua teknik job itu mengikut style aku. Dan macam tak percaya, aku dapat kunci mulut staf lama tu, sebab aku siapkan job buletin tu dalam masa 3 hari! Terus final!

And part yang lagi menjadikan benda tu dramatik (cewahhh...!), Mr Andy sendiri yang call aku (sedangkan masa tu staf dia yang incharge job tu), menyatakan rasa terimakasih dan penghargaan dia kerana menerima job yang berbeza dari sebelumnya. Okeh, itu citer lama.

Suara dia memang sedap didengar. Masa mula dengar, aku dok bayang ler cemana la rupa Mr Andy ni. MyBos dan MyManager suka panggil dia “tan sri”, sebab dia panggil MyBos, “datok”. Kali pertama aku melihat Tan Sri Andy ni datang ofis (actually dia memang kerap datang, sebab dia ada banyak project dengan Bos). Hmmmm rupa memang hensem juga, cuma gempal dan boroi. Hahahaha!

Melalut dah...

Berbalik kisah siang tadi, aku terpaksa stayback sampai lewat petang menyiapkan beberapa project dalam tangan. Sementelah tiada siapa yang dapat “diserah-tangan” sepanjang aku cuti. Sehari jer pun. Cuti memang lulus mudah, as long aku boleh handle project mengikut kehendak client. Walaupun aku cuba kejar seberapa banyak job Mr Andy tadi, tetap juga separuh jalan sebab yang diemail pun hanya separuh.

Yang menggembirakan hari ini, seorang Dr penyelidik (tanaman orkid) dari sebuah uni di Serdang, sendiri call, dia happy dengan design brochure tentang orkid dia. Brochure tu akan dibawa ke seminar di luar negara minggu hadapan.

Lagi kisah bebel, hari ini adalah ‘hari tanpa henpon’. Sebab aku tinggal henpon di rumah. Dan berjaya membuatkan MyBuddy gelisah menderetkan banyak sms, termasuk “nyaris nak call polis, bila tak dapat contact”. Hahahaha sudah la ko!

Tayang-tayang:

Sarapan pagi tadi. Berdua lebih baik, sebab ada tukang bayar! hahahaha!

Lunch siang tadi. Lone Ranger, so sendirik bayar!

Perhhhh! lama tak menulis entri panjang camnih!





~...SERI BULAN bukan tidak pernah menyebut hendak pergi sejauh mungkin dari silauan mata HISYAM, dari jangkauan tangan atau setidak-tidak dari jelingan ekor mata tetapi HISYAM bagai memahami pula kerana tanpa amaran pun sudah dapat menyekat seorang kawan baik menjadi kawan yang lupa langkah yang dijejak semalam...~


 




38 comments:

  1. Azie..

    Kakya paling suka baca tentang seseorang itu mengendalikan kerja.. Cekap dan perfect gitu. Client is always right. As long we can do it correct, on time, then we are the one who is right because client happy and satisfied.
    Kita boleh jadi kreatif and productive at the same time. Thumb up to a person like you.

    Suara lunar, org Nya segak.. Extra ordinary tu.. Selalu org kata.. Lelaki suara macho ni tak hensem.. In this part I am wrong.. Keep up your excellent job sister.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Kak Ya. Entri saya bukan memuji diri sendiri atau nak perasan. Saya tulis dari hati saja. Membebel dalam suka dan duka tu.

      Mr Andy tu, boleh la tahan hensem. Sebab dia Chinese, so dia putih cuma gempal dan boroi. Memang tokoh korporat!

      Delete
  2. saya sarapan pagi makan ruti je hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruti pun makan la juga. Ada orang, langsung tak dapat makan tau..

      Delete
    2. ye betuuulll...
      kak daging kalau ada lebih bulih la kirim kat saya brg sekilo dua hehehhee

      Delete
    3. Amboiii... setiap rumah dapat 1 kupon utk 1 kg jer cik abang ooii... hehehhe

      Delete
  3. Haha... rasa nak 8 tangan dan 3biji kepala tak ....keh keh keh ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak juga, tapi kalu tangan banyak mengganggu, dan kepala lebih 2 tu selalu pening, timakasih saja lah. hehehe

      Delete
  4. selamat bcuti dan selmt hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Kak Pah. Selamat menyambut Aidil Adha juga utk Kak Pah sekeluarga.

      Delete
  5. yelah tanggungjawab kerja nie kalau x selesai , kita tak akan selesa , even nak cuti pun risau kan ;)

    selamatr bercuti dan berhari raya ye kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Bila nak cuti, kerja tertangguh, rasa nak tido kat opis jer.

      Delete
  6. Jalan raya lenggang sangat dari Kajang tadi ramai sudah bercuti hari ini. Bestkan kalau orang puas hati dengan kerja kita. Rasa bekobar2 semangat utk job yg seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya kalu jalan dah lengang. Boleh la berjimba 2,3 hari. Tak balik kampung eh Aina?

      Delete
  7. salam sejahtera AA
    Selamat hari raya Aidil Adha.

    Seronok baca AA tulis panjang2.
    Nampak mcm best je keje AA ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keja saya jadi best sebab saya selalu perasan best, dan buat dia jadi best. Heheheh. Saya kawal kerja saya sendiri sebab saya cuma seorang di department saya. Manager hanya guide saja.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Mama Ju sekeluarga.

      Delete
  8. pB pernah berurusan dengan seorang staff petronas Shah ALam.
    Suaranya memang menggoda keimanan .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan? Kalu suara sedap sampai buat kita cair, teringin pulak nak tengok orangnya cemana, kan? hehehehe

      Delete
  9. hahahahahah
    sama dengan kawan sebilik akak..
    lambat balik.. dia pun kata nak talipon polis dah...
    ingat kita luper ke apa jalan balik? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur kawan sebilik saya dah sedia maklum. Sebab dia hantar dan amik saya balik kerja...

      Delete
  10. Suara yg romantik..? Aduhhh..cair saya dengar kak...

    ReplyDelete
  11. sedapnya menu sarapan kak azie..meleleh air liur..tap..tap! haha...okey..tipu...tak bunyi macam tu pun!

    bab2 suara lunak romantik ni yang boleh cair ni...nak marah pun tak jadi..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meleleh ayaq lioq atas kibod? Heeee tak senonoh anak dara nih! hahahaha

      Ohhh Mr Andy ni, tak akan mungkin nak marah dia.!

      Delete
  12. Wah.. mesti Azie ni bos sayang..
    Tapi betuui.. buat kerja kena la sungguh2 dan kreatif..

    Kat ofis makchaq ni ada orang yang bila orang tanya semua tak tau.. kadang2 makchaq rasa orang macam ni pura2 jadi bodoh supaya orang tak suruh buat apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak fikir Bos sayang saya MakChaq. Sebab dia dah sekretari yang berkepit dengan dia dari pagi sampai petang. hehehe

      Kerja saya memang kena kreatif MakChaq, nanti client reject design!

      Delete
  13. kak Azie...mee goreng tu nampak mengancam sungguh la...jom la bawak saya gi breakfast kat situ...keh keh keh..

    ReplyDelete
  14. Amboi, brekpes sedap, lunch sedap, dinner? Kehkeh, kena tunggu satni malam la kan.

    Suara macho, muka ensem, kena guna imaginasi ni nak bayang muka tan sri tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tadi tak masak sebab balik lewat. Toklaki kena masak, dia masak Ayam Masak Lemak CiliPadi. Tapi dia taruh bawang besar bulat! hahahaha!

      Delete
  15. suka entri AA..katanya tulis dari hati eh...

    sy nk belajar cmner tuh.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu belajar. Cara menulis yang sekarang dah ok sangat. Pun dari hati juga. Ikhlas kan?

      Delete
  16. Nak join menu luch tu boleh tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh AMIE, apa salahnya. Kena la mai sebelah sebelah Cheras sini.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails