Monday, October 22, 2012

“U ingat I tolong U ker? Saya tolong company saja!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
22-10-2012


Kat tempat kerja aku, ada sorang pekerja (bahagian factory, bukan Melayu) yang dikategorikan sebagai sangat biadap dan kurang ajar. Perempuan, dah age 26 tapi kekadang perangai lebih budak dari budak.

Hampir tiap bulan, ada saja kes gadoh mulut dengan dia. Kerana lain-lain orang dalam bahagian dia tu semua lebih tua dari dia, so semua orang akan beralah dengan dia. Dia suka menjawab arahan atau cakap orang dengan jawapan yang menyakitkan hati.

Berkali-kali juga dia kena panggil dek Bos sebab kes gadoh mulut dan “berkira” pasal kerja. Sampai satu tahap, Lady Bos ugut nak buang dia, kalu dengar sekali lagi kes dia bergaduh dengan senior staf.

Kerana aku tak sama bahagian dengan dia, jaranglah aku ni bercakap or berbincang apa pun. Tapi bila datang angin rajin aku, turun jugak menolong pada musim-musim depa memang sangat banyak kerja. Production, kan? Kadang tu, sekali nak kuar barang bukan sikit-sikit. Form kena lipat sampai beribu-ribu keping dan lipat manual. Ada katalog yang kena lipat sampai berpuluh ribu.

Aku tengok/dengar sendiri si Minah ni memang la jenis pandai curi tulang kalu ada yg menolong. Bila senior staf tegur, “cepatlah sikit.”

dia akan jawab, “Suka hati saya la nak cepat ka lambat.”

Kadang-kadang dia jawab, “You bayar gaji saya kah?” Amboiiii...! Kalu dah kerja tak boleh nak cooperate, takbleh nak tolak ansur, U bukak company sendirik lah!

Yang kadang buat aku bengang, setiap kali aku turun menolong hasil aku lebih banyak dari dia!

Pernah sekali dia kata, “Tak perlu laju laju laaa... U tolong saja, kan?”

Dan jawapan aku “U ingat I tolong U ker? Saya tolong company saja!”

Moral: Jangan berkira sangatlah nak buat kerja tu.

Gambar lama. MySupervisor yang juga rakan sekerja. 
Kami sebumbung lebih 15 tahun. 
Tapi dia dah pencen. Aku jer yang tak reti-reti nak pencen!





~...setelah berhari-hari berjauhan dari HISYAM kerana tanah leluhurnya sejak azali tidak pernah dekat dengan SERI BULAN, mengeluh pun tak bermakna, kerana memang tiada posmen yang bekerja menjelang hari raya untuk mengirim khabar berita; tentulah tidak wajar seorang gadis berdayung sendiri meninjau kampung halaman orang yang sangat jauh di mata lagi sunyi di telinga...~



 




15 comments:

  1. teringat akak masa zaman 9-5 dulu...sorg pekerja cha tu, mmg besaq kepala! tapi dia lagak ngan orang lain...ngan akak ok plak hehe...

    tp dlm ok ok pueh gak akak bantai dia...on request! hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya orang camni, memang akan terkedu dengan orang yang bertemu ruas. Memang patut pun.

      Delete
  2. Kat tempat makchaq ada yg suka elak2 kerja.. Klu minta tolong semua tak reti.. Nak ajaq tak mau pulak.. Last2 bos asyik bagi kat kita..
    Esok unit makchaq kena handle seminar.. Tadi dpt arahan, esok akak dtg awal sikit ye, tolong letak air & gula2 utk peserta, caterer x boleh dtg awal pagi..... hai nak tergelak rasa.. macam2 kerja makchaq ni..dah la sekerat hari kena tunggu depa seminar, tak boleh masuk pulak tu.. Tunggu luaq dewan saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya orang yang tak biasa says NO ni memang selalu kena buli camtuh. Redha je lah MakChaqqqqq....

      Delete
  3. Amboi mulut dia kemain lagi. Kesabaran kena tinggi la kalau ada orang macam tu kerja setempat. Saya dulu ada jugak yg dok membuli. Semua kena sedap tang dia saja, yg tak sedap dia bagi kat kita. Maklumla ada kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang budak ni bukan ada kuasa pun. Tak beza pun dgn kami. Staf juga. Malahan dia dulu, diambil sebagai maid Bos, tapi kemudian diberi peluang memajukan diri lalu jadi la staf tetap. Tapi bukan main eksyen lagi. Saya tak layan sangat orang camnih.

      Delete
  4. Heran kan, specis mcm dia tu ada di mana2..kat tempat kerja akak pun ada..eluk kumpulkan saja mereka bawah satu bumbung, camna lah agak nya nanti..

    ReplyDelete
  5. Harap2 dia akan sedar diri sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  6. mn2 pn mmg ada staf yg br problem....bkn nya nak mngaku yg sy bgs sgt...tp heran bin ajaib. ..bila ada pekerja yg lngsung tak memahami apa fungsi dia dlm jabatan tu....bkn stkt kerani2 tp level yg educated ada degree...tak kn la kta nak mngajar dia satu2....nm nya mkn gaji...amanah dan tnggungjwb pd kerja tu bsr...tak bole main2...tak berkat hidup kta..lg satu bila kta br dpn dgn staf yg kaki kipas...dah la x pndai bt krja tp bos bole x nmpk org tu pnya perangai mcm mn...kira mcm pelakon yg hebat la. ..pjg lbr plk mngomen psl peel dlm krja nie..hihi

    ReplyDelete
  7. dia tak tahu rezeki dia halal ke haram. tu yg jadi cam tu. pulau kan saja smp dia sendiri berhenti kerja. hihi boleh gitu.

    ReplyDelete
  8. Haaaaaaaaaaaa? Ade jugak mcm tu? Adoi!

    ReplyDelete
  9. Banyak pengalaman dah ingat2 lupa tapi 5 tahun kebelakangan ini hanya sekali ada masalah dgn kawan opis. Setakat ni alhamdulillah terutama bila kita satu2 bunga di antara kumbang! Hahahaa...

    ReplyDelete
  10. Biaselah ade jenih cenggitu... Wahh bile nak pencen tu? Saya pun dah 14 tahun keje, tahun depan nak pencen! Tak larat! Thee...
    My latest Entry :)
    Berhati-hati membeli secara online

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails