Saturday, October 27, 2012

Daging korban: mulalah semua menu pun nak taruh daging!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
27-10-2012


Bila tiba Raya korban, part dapat daging tu antara yang best.

Di surau taman kami, kupon diberi untuk menuntut agihan daging korban. Kerana Raya jatuh pada hari Jumaat, acara sembelihan dimulakan pada hari ini. Tetapi di Jinjang semalam, surau di belakang rumah MyBonda tetap mengadakan sembelihan juga. Khabarnya, 7 ekor lembu, tapi mungkin surau cuma menyebelih sebahagian sahaja, kerana kesuntukan masa sebelah pagi. Itupun, menjelang tengahari, masih juga terdengar pengumuman (beberapa pengumuman dibuat untuk mengambil daging secara berpringkat). 

As MyBonda said, “itu yang Ustaz-ustaz marah, solat sunat Raya nak buat, tapi solat Jumaat yang wajib tu ditinggal.” Mungkin kerja melapah daging belum selesai. Kami dapat melihat aktiviti di surau melalui tingkap bilik.

MyBonda dapat 2 bungkus, so dia bagi aku bawak balik sebungkus. Pagi ini buat Mihun Goreng sama daging korban.

Goreng “bodo” kata orang, sebab takda sayur. Tetaplah sedap, kata bebudak lapar! 


Biasanya, dari surau kami sendiri pula kami akan dapat 2 bungkus (walaupun kupon cuma 1), sebab orang-orang lelaki rajin menolong, ada la habuan lebih. Masa tu penuh la esbox dengan daging. Mula la 3,4 hari berturut asyik ada daging. Sampai jemu!




~...bergayut setiap hari, tanpa peduli kerusi meja dan kolek pendayung yang ada telinga, lupa pada daun meranti yang bagai ada mata tidak berkelip, langsung tidak sedar tentang sabut tempurung yang boleh bergesek ada bunyi, tidak menghalang untuk SERI BULAN mengadu kepada HISYAM, hari ini dia masak Mee Goreng Basah..!...~



 




11 comments:

  1. tulah hari ni kat tempat saya pun baru buat korban, tapi dagingnya belum sampai rumah lagi...nak makan sup tulang petang ni, hehe

    ReplyDelete
  2. Slamat hari raya Azie... yes, minggu ni menu berdaging

    salai daging2 tu Azie.. buek masak lomak cili api pasti sodap

    ReplyDelete
  3. saya pun suka kak goreng bihun takdak sayo. ermmm sedap tu kak

    ReplyDelete
  4. Rumah Ella ada 4kg ni kak. Tak tau lagi nak masak apa.

    ReplyDelete
  5. Kat rumah kakcik pun banyak daging dan tulang. Kakcik dah buat kari dan sup tapi masih banyak yang belum pasti yang nak dibuat apa...

    ReplyDelete
  6. orang cakap dagigng qurban ni macamana pun tetap akan lembut.. betul ke...

    ReplyDelete
  7. Azie..
    Daging baru, masak apa pun sedappppp....
    Duduk2 dgn sepupu... Dpt resepi mcm2 nak buat dgn daging, hati...

    ReplyDelete
  8. Rata rata majoriti buat sembelihan hari sabtu. ..tapi dgr ceramah kat ikim, yg terbaik ialah perlaksanaannya pada pagi selepas solat raya..tapi sebab kita solat raya pun dah lambat,mmg tak terkejar nak siapkan before solat fardu jumaat..kata ustaz tu lagi,macam di mekah,mereka solat raya awal pagi sekitar jam 7..so boleh cepat buat acara sembelihan..

    ReplyDelete
  9. Kami buat korban kat kampung, tapi tak bawak balik pun..

    ReplyDelete

  10. dah mula pening coz makan daging banyak sangat....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails