السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
28-10-2012
Kata orang, luka di jari nampak di mata, luka di hati tak nampak. Betullah tu. Tidak berkias langsung. Jelas.
Tapi maksud orang lagi, sebenarnya hati sedang terluka dan jari tak luka langsung pun. Pandai sungguh orang dulu membuat peribahasa, dan terus digunapakai sehingga ke hari ini.
Orang dulu-dulu juga pernah berbahasa, ‘usah diharap kasihnya orang, entah sudi entahkan tidak’. Tapi kalu tak harap kasih, nak harap apa lagi? Takkan nak harapkan kasihan? Atau nak harapkan harta orang? Choooiiiiii...!
Sebab itu, kawan sekerja aku dulu pernah berpesan, “kalu boleh, harta suami pun kita jangan dok harap.” Kebetulan masa tu, dia ada kes laki dia dok menggila dengan sorang pompuan kerani mana ntah.
Subjektif la kes macam dia. Mana boleh kita tak harap harta pasangan kita, kalu dah sama-sama dulu dok janji ‘baik punyer’ susah senang bersama. Harta dicari bersama, dikongsi bersama. Maksud yang lebih jelas ramai pasangan yang beli apa pun berkongsi. Duit you, duit I juga... and vice-versa.
Kecuali, kalu laki awak gaji cecah RM15–20 ribu sebulan... bolehlah awak buat tak heran jer.
Dulu ada sorang kawan sekerja aku, dia kerja just nak pass time jer kata orang. Sebab takda anak, gaji laki dia plak RM9,000 sebulan. So, dia tak pernah bersungguh nak kerja. Buat kerja macam cincai! Bagi aku orang camni, ada ketika menyusahkan pihak lain saja. Sesekali dia tidak begitu komited dengan tugasan sendiri sebab dia bukan bekerja untuk mencari duit. Gaji dia masuk bank, berkepuk!
Kalu aku jadi dia, baik aku duduk rumah jaga suami baik-baik, buat aktiviti sampingan sekali sekala dan tak perlu nak susah-payah tempuh jem datang kerja. Cewahhh....! tapi kita tidak berada di tempat dia, mungkin kesunyian menyebabkan dia keluar bekerja.
Ada orang, suami tak bagi dia kerja dan semua duit gaji diurus oleh isteri di rumah. Konsep camtu pun sangat best. Macam sangat tulus. Kepercayaan dan keyakinan. Suami balik tahu semua ready. Kepala pun tak pening. Give and take.
Tapi, aku sangat yakin, ramai para isteri di luar sana adalah sangat berdikari. Bekerja untuk merasa duit di tangan sendiri dan menyumbang untuk keluarga tanpa rasa kedekut atau rasa bersalah.
Berbalik pada luka di tangan:
Sebenarnya di lengan. Dua hari lalu, terpercik minyak waktu menggoreng Keli. Sejak azali dah tahu, goreng Keli jer memang akan meletup-letup. Dah nasib nak kena. Memang kompom-kompom la luka yang nampak.
Yeahhh lengan tu memang besar, so jangan dok sangka itu adalah kaki. ^_^
Rasa? sedap....!
Yeahhh lengan tu memang besar, so jangan dok sangka itu adalah kaki. ^_^
Rasa? sedap....!
~...meratapi sebuah kesakitan, berhujah tentang pengubatan, sehingga membawa kepada balah, dengan disaksi beberapa batang pokok pisang dan pohon meranti tua, berakhir bila kematian menjadi jawapan dan hingga tiba detik itu HISYAM hanya mampu memandang SERI BULAN tiada kata, bukan sebab kalah, tetapi kerana lelah...~
Bekerja - dapat gaji, tapi duit tak merasa nak buat pandai-pandai sendiri sampai tak larat nak makan hati! ;-)
ReplyDeleteKita ni hidup berkeluarga, sudah tentu ada hati yang kita kena jaga. Jadi tentulah kita tak akan tergamak nak pandai-pandai sendiri. :)
Deletebesar jugak kesan luka tu ya...saya dah fobia nak goreng ikan keli.....takut meletup..
ReplyDeleteHmm... rasa macam lambat jer nak baik tu.
DeleteKata orang kalu taknak meletup, tabur sikit garam dalam minyak. Tapi kadang2, mana nak ingat tu semua dah.
Pedih tu. Tapi luka di lutut saya ni, dah masuk tahap "pedih sedap" gitu, pedih2 gatai. Peh tu tangan gatai nak korek keruping dia tu. Maklumlah budak tua macam saya ni, dah lama tak luka berdarah2 camtu, kehkeh. Sabaq jalah baca komen sewel saya ni :D
ReplyDeleteMemang tengok sabaq baca komen sewel hang tuh DA. Dah tua-tua pun dok ada luka kudey tang lutut, memang la buaih sunggoh! Mujoq tang lutut, kalu tang jari, alahaiiii... cemana la nak sarung cincin nanti! Ahaks!
DeleteMemang konpem cek buaih, okeh. Tapi tang jari kena jaga bagi lawooo, kahkah!
DeleteSudah semestinya la cheq oiiiii...
Deleteadui..teringt luka kat tgn kiri sy sbb kena minyk panas dulu..parut besar tk hilg...huduh sungguh...huhu
ReplyDeleteTakpa aih kalu kat tangan kiri jer huduh skit. Cincin disarung di jari kanan. heheheeh asal budi pekerti tak huduh, kan Misi?
Deletesalam, dah lama tak menjenguk...gaji laki adalah gaji bini dan gaji bini adalah gaji bini..." konsep betullah tu" Namun luka yang berdarah tu kesakitanya tanggunglah sendiri. Tak ada suami nak tunjuk berduka lagi waktu dah tua tua ni, lai lah yang muda kut ....he he he
ReplyDeletehahahaha... biasa kita dengar gaji laki gaji bini juga. Berbalik kepada konsep tanggungjawab la kan Bang DIN? Dan biasanya juga, jarang ada bini nak serah bulat-bulat gaji dia kepada suami, kecuali kongsi beli barang.
DeleteOrang lelaki, bila tua cara bermanjanya lain macam sikit!
saya memang dah lama amalkan konsep macam tuu kak
ReplyDeleterasanya betul lah kan ..
kalau gaji laki , gaji dia .. gaji bini gaji dia ..
soo anak2 macam mana pula .. boleh pula kongsi !
ngehx2
Mana boleh kita mengelak untuk berkongsi, kan? Kalu dah tinggal sebumbung dan sebilik. Hehehehe
Deletebahahahaha....kaki!
ReplyDeleteeh, lain kali tiru macam saya, goreng telur pun saya shiled muka & tangan dgn penutup periuk..so minyak terpercik pun tak kena tangan..ekekekeke
Hahaha!
Deletekalu masak air tutup muka jugak ker? Ahaks!
hadoi!!!!
ReplyDeletenampak pun dah tau sakit...
jika ada minyak gamat tu.... taklah melarat sakitnya....
Memang dok siram minyak gamat jer kak... Pedih bila kena air, tapi terpaksalah tahan juga.
Deletesetuju...sbgai isteri walaupun suami xpernah usik duit gaji kita ttp kita sntiasa kena bringat2 utk masa depan...kita xtahu takdir kita dimasa dpn kan.......
ReplyDeleteteruk juga melecet tu......mesti pedih kan...take care.
Tentulah kita mempunyai sumbangan yang tertentu untuk keluarga, kan?
Delete