السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
13-10-2012
Memang hari tak keja. Tapi tak bermakna takda kerja untuk dibuat.
Selongkar. Kasi ‘ringan’ rumah.
Jumpa beberapa paper lama yg ada artikel berkaitan peribadi, yang disimpan sebagai kenangan. Konon. Tapi aku dah malas nak simpan. So baik snap gambar, simpan kat sini jer. Then paper tu bleh buang.
Antara artikel yang ditemui:
Masa aktif sangat baca puisi di Rumah Pena. Skang dah lama tak pegi, sebab takda geng sekepala nak dibuat teman. *BHarian, Jun 2008. Dah lama sangat.
Sinar Harian, 2007 Disember
Grup Geng Jurnal buat majlis anugerah mengiktiraf blogger. Aku jadi pengacara majlis untuk majlis anugerah kali ketujuh itu. Ramai blogger baru yang aku kenal masa ni, tapi skang ni ntah ler kat mana semua ni. Ada juga yang dah tak aktif. Yang tak pernah putus hubungan dengan aku adalah penganjur program ini, Atokz yang hingga hari ini aktif dalam seni sastera dan penulisan.
Rupanya program blogger sudah lama aku join, tapi aku tak pernah pun jadi blogger hebat. Hahahaha...!
Aku pernah tulis pasal program ini dalam entri tahun 2007 dulu, tapi gambar cilok orang punya:
Ini lebih jelas. Boleh kenal mana satu aku?
Masa program sebeginilah aku kenal dengan orang-orang yang aktif tapi ‘low profile’. Aku rasa pasti ada blogger yang kenal dengan nama Geng Sol-Jah. Mereka ini pun sangat aktif dalam penulisan puisi dan buku, yang pada aku, kalu tak faham memang taknak baca.
Sekarang ada lagi tak pihak yang menganjurkan majlis anugerah blogger? Setahu aku, ada satu majlis besar dulu di PWTC, yang mana BapakGula-Gula pernah memenangi satu kategori.
Ada beberapa lagi paper yang ada artikel tentang xtvt bersama kawan-kawan sukarelawan dulu. Yang tu tak yah simpanlah.
Selain tu, aku juga jumpa gambar ini. Gambar ini besar sebenarnya, saiz A4, tapi aku tak frame pun.
Masa ni, ntah berapa la umur dia. 4 tahun kot. Masih pakai gaun.
Ini gambar dia sekarang. Tak ler besar mana jugak pun. Compare dengan ALIA yang baru 14 tahun, dia masih lebih rendah dari ALIA.
Sekian cerita selongkar-selongkar. Mujur tak jumpa cicak putus ekor!
ehehehe "kasi ringan rumah!"...
ReplyDeletebetullah tu Azie...kdg2 rasanya rumah kita lebih berat ngan barang2 yg perlu dibuang tp sayang nak buang...atas alasan ada sentimental value...
akak pun byk simpan suratkhaabr lama yg ada resepi bagus2 padahal satu pun tak pernah dicuba, hari2 dok menambah satu resepi, lama2 dah membukit jadinya!..ntah bila nak dikemaskan balik...takder masa...kalau jual kat 'suratkabar lama" rasanya boleh beli beskal hasilnya hahahaha...
Bila baca perkataan sentimental value tu la yang buat saya pun berat hati nak buang begitu saja. Mujur juga saya jenis tak pandai masak, so bab-bab resipi ni saya kurang sket (patut simpan resipi untuk belajar masak, kan?). Dulu saya suka simpan article puisi, sajak dan cerpen. Sajak-sajak saya yang pernah tersiar, lagi la sibuk nak simpan. Sampai kuning dah paper tuh..
DeleteJom kita beli beskal baru!
Jangan buang Azie!! Simpan dalam album. Kakak rasa sayanglah kalau buang walau dah masukkan dalam blog. Article penuhnya tak aa kalau sekadar masuk sini. Simpan bukan utk bangga tapi utk anak-cucu jadikan sebagai khazanah...
ReplyDeleteMasalahnya, nak buat album tu yang tak berapa nak rajin tuh. Adehh! Kenangan itu tetap menjadi kenangan manis. Kena selongkar blog la pulak kot...
Deletecadangan kakzakie tu bagus jugak... simpan dlm album... lain kali boleh baca artikel dia.... anak2 pun boleh baca jugak next time...
ReplyDeletehehe...
Salam Awe.
DeleteSuatu idea yang disokong. Nak buat album tu yang tak berapa nak rajin ni. Kalu blog dijadikan album pun ok gak kot...
"Ini gambar dia sekarang. Tak ler besar mana jugak pun. Compare dengan ALIA yang baru 14 tahun, dia masih lebih rendah dari ALIA."
ReplyDeleteaku rasa dia dah beso sket kot..pasai gambar nih dah nengok 2 tahun lepas kat blog nih ..
Takda beza mana pun. Tetap juga lebih rendah dari Alia...
DeleteKak Azie potong masuk frame lebih selamat...lepas tu suka hati le nak gantung kat mana...hikhikkk...
ReplyDeleteTudiaaa... baru lah jadi macam kedai gambaq la nanti.
DeleteHahaha ....betul tu.CA baru ni mengemas...baru sedar , 10 koyak dari 12 kotak adalah barang lama yg tak terpakai ....
ReplyDelete10 kotak tu kalu dijual, kompom bleh beli beskal baru macam kata Kak Queenie. Hehehehe!
Deletehehehe...telur cicak ada jumpa tak..arr...ngeri kalau punggah barang2 lama terjumpa yang tak ingin kita jumpa.
ReplyDeleteaktif sungguh kak azie dalam bidang kesusasteraan ni ye...;-) tumpang seronok tengok...
Mujur tak jumpa sebarang benda yang menyerupai cicak. Heheheh!
DeleteDulu jer rajin bab sajak ni, skang ni dah penyegan!