السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
29-10-2012
AA dah pernah citer dulu, pasal menderma darah di Pusat Tabung Darah Negara, di Jalan Tun Razak. Tapi cubaan untuk menderma darah, gagal.
Sebab kurang zat. Disuruh makan sayur banyak-banyak. (masa tu rasa bengang sangat, takkan lah sebesarrRRR bagak cam aku ni dikata kurang zat? Memang kero sungguh mata misi tuh!)
Kemudian seorang rakan FB posting info pasal darah. Dan jelaslah kini sedikit kekeliruan.
Dapat baca dengan jelas tak?
Cuma, jika kita mendaftar di kempen-kempen derma darah luar, tak kira la di dewan orang ramai ker di supermarket ker... ada tak ujian sebegitu? Nampak macam mudah jer... Masa dengan xtvt sukarelawan dulu pun, kami pernah organise program bersekali dengan kempen derma darah. Ramai jer yang pergi derma, seolah-olah tiada kesulitan langsung. Sebab tu aku melihat DERMA DARAH sangat mudah! Dan bila kena reject, aku tak boleh terima!
Takpa lah, aku belum layak nak menderma. Semangat nak menderma dah merudum pun!
Itulah, walaupun aku suka makan sayur dan dilihat sangat sihat — nampak terlebih sihat — itu bukan jaminan boleh membantu orang yang sakit. Hmmmm....
~...hari yang penat bukan menjanjikan ada orang sudi mengubat atau mengurut urat (or mengurat), tapi bila SERI BULAN sudi menuang Kopi bukan Jantan — walau seperti air telaga keruh — HISYAM terpaksa juga mempamerkan senyum walaupun kelatnya lebih dari Kopi bukan Jantan itu sendiri...~
aku jgn kata derma darah nak ambik darah dihujung jari pun aku rasa nak pengsan beb :(
ReplyDeletekat rumah aku ada set test glukos dlm darah.setiap kali hubby nak cucuk aku jerit dulu kuat2 hahaha :D
alat mcm pen jer letak kat hujung jari pastu tekan.itu pun aku takut.anak aku cakap 'mama ni apa pun tak bole' hohoho mcm tagline pak yus :)
Kalu dah jarum darah yg macam mata pen pun ko dah takut, memang ‘apa pun tak bleh la’ hang ni Combi. hahahaha
DeleteAzie...
ReplyDeletemenderma darah bermakna menyelamatkan nyawa...
akak jika tak pernah sakit teruk yg perlukan darah memang tak tahu pentingnya darah yang didermakan...
Kekurangan darah bagi pesakit boleh mengakibatkan kekurangan oksigen... ALHAMDULILLAH.. dengan darah yang didermakan akak dapat bernafas kembali setelah sebelumnya mengalami kesukaran nak bernafas..(dah sesak nafas).
Akak amat berterima kaseh berjuta-jutanya atas mereka yang menderma darah....
Saya sangat suka nak menderma Kak. Sangat ingin menjadi antara penyumbang darah. Kalu boleh nak derma tiap tahun. Apa kan daya, belum sampai hajat saya....
Deleteciter pasal derma darah .. saya dah jarang derma kak
ReplyDeletex der kesedaran saya nie kak
takuttttttttttt huhuh
Ohh takut juga ya? At least pernah la juga menyumbang darah. Tahniah...!
Deleteniat tu ada, tapi kesungguhan belum datang.. hehe
ReplyDeleteSama ler kita...
Deletesaya takut derma darah. kat ampang point selalu ada kempen ni.
ReplyDeleteKalu dah takut, kempen depan mata pun tak terpegi, kan? Alahai... kalu Kak Azie boleh, memang nak derma selalu!
Deletesaya baru dua kali menderma darah. darah saya kategori "O"
ReplyDeleteKita sama. O juga. Jeles saya awak dah pun menderma 2 kali!
Deletetempat kerja saya setiap ujung tahun ada program derma darah.
Deletejadi para pekerja ada peluang utk menderma :)
Salam kulaan.. Azie Dan Jagau ..
DeleteAkk pun darah jenis 'O'. Sudah berhenti menderma darah bila umur mencecah 55. :)
Insyaallah tiba masanya nanti Azie Ada peluang menderma darah.. :)
Salam kulaan Kak Ya. Banjar juga eh?
DeleteInsyaAllah, saya sangat berharap suatu hari nanti dapat juga saya menderma darah.
Salam. Kalau dah ada niat yang baik tu, insyaAllah tak lama nanti dapatlah menderma darah...
ReplyDeleteSalam. Sila masuk. Terimakasih.
DeleteInsyaAllah. Saya sangat berharap.
Hanya sekali kakcik berpeluang menderma darah...
ReplyDeleteNiat dah ada tu yg terbaik.
ReplyDeleteKakak ni takut AA. Tak pernah pun menderma (kedekut kan)
Nampak jarum pun masya-allah ngilunya tak terkata.
sebelum derma kat PDN, dia mmg check level iron akak ke?
ReplyDeleteSalam sejahtera AA
ReplyDeleteWalauapa pun tahniah, Mama tak pernah, kdg tu teragak2...tua tapi takut!
semlm tampalgigi takut jugak...padahal tak sakit pun!
setakat nie dah banyak kali jugaklah menderma
ReplyDeleteyang tak syok nya .... buku merah tu hilangggggg
dah carik tak jumpa jumpa lagi ...
mana letak , entah
perempuan memang selalunya kurang hemoglobin tu..
ReplyDeletesebab tiap tiap bulan kita buang darah
semangat yang ada tu dah cukup bagus kak azie.. tp mungkin kesihatan akak lebih utama bagi mereka.. takpe kak.. makan aje sayur byk2 lagi biar zat besi akak bertambah dan boleh derma darah nanti.. semoga selepas ni hajat murni akak tu akan dapat tertunai.. saya pulak dah lama tak derma darah.. rasanya last derma darah 5 tahun yang lepas..
ReplyDeleteSaya sangat suka derma darah sejak zaman study lagi. Dah berjaya pengaruh dan pujuk rakan2 seangkatan dan yg terakhir, saya berjaya pujuk hubby da rakan2nya di kilang untuk derma darah. Saya tak guna buku merah pun. Asyik misplaced jer and saya tak kisah sebab saya ikhlas menderma. Niat saya, agar darah saya boleh membantu nyawa seseorang di luar sana. Kita kata kita takut nak derma (alasan majority orang), tapi bila kita berada di ambang maut dan perlukan darah, mungkin kita tahu nilai setitis darah kita.
ReplyDeleteKak Azie, saya sambung sikit yer (macam nak buat blog sendiri plak kan). Keperluan body setiap orang adalah berbeza. Ada yang tak berapa makan sayur, tapi dia cukup zat, ada yang banyak makan sayur, tapi body dia guna banyak zat sampai tak cukup2. Tak apalah kak... yang penting kesihatan akak perlu di utamakan.
ReplyDeleteAina tak pernah derma darah...tak berani langsung!
ReplyDeletedah lama tak menderma.. ;)
ReplyDeleteada je halangan..
Munna pun blm pernah derma darah..... teringin tapi takut
ReplyDeletex pe kak. sy ni dah 2 kali ni kena rijek. dah amik vitamin pun ni ha...kalau berjaya derma hjg mgu ni, alhamdulillah.
ReplyDeletesy mmg selalu ada prob pasal hemoglobin ni. n darah sy mmg cair. penah sekali tu sy kena tahan soh baring atas katil sejam lepas derma sebab cepat sgt, x sampai 5 min. doc kat situ asyik ulang cek sy pening ke x.
mana2 kempen pun sama saja urusan pemeriksaan penderma. bukan apa, kang kalau kita pitam, bahayanya pada kita jugak.
cuba lagi kak, jgn putus asa!