Wednesday, October 17, 2012

I want to be a good fighter...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
16-10-2012


Dah nak dekat akhir tahun. Apa yang belum selesai? Apa yang belum tercapai? Secara peribadi ada banyak yang aku belum capai tetapi takper lah, tak perlu kesal pun. 

Aku sudah bersedia menerima bahawa memang sesuatu yang aku inginkan amat perlahan perjalanannya... agak lewat kuterima berbanding orang lain. Mana ada orang yang sama saja kehidupannya. 

Keluarga? Tidak banyak beza. Anak-anak semakin besar. Semakin matang. Means aku semakin awet muda tua (wpun AMOI kata aku tak ler nampak tua sangat.. hahahaha!)

Kerjaya. Aku tidak berkerjaya hebat, tetapi aku tetap suka kerja aku. Aku sentiasa komited dengan kerja aku.

Mensibukkan diri dengan kerja-kerja luar dan bergaul dengan ramai orang di luar sana, sebenarnya banyak mengubat beberapa kekecewaan aku, serta memberikan kekuatan dan semangat. 

Dalam tempoh setahun aku kembali yakin bahawa aku bukan orang yang gagal, aku bukan orang yang tidak berguna, aku bukan orang yang tidak berjasa... Hari ini, apapun yang aku pandang, apapun yang aku dengar di sini sudah tidak banyak memberi makna. Sudah tidak lagi lekat di dalam kepala. Aku menjalankan kerja aku sebaik mungkin, malah lebih baik dari mereka, lebih baik dari dulu. Bukan sedikit pengorbanan. Aku semakin menerima bahawa sesuatu keadaan itu akan berubah menjadi lebih baik. 

Bukan selamanya kita harus percaya dengan semua yang kita lihat. Sebaliknya apa yang kita lihat, bukan semuanya benar. Keyakinan adalah kunci. Aku yakin bahawa kehidupan adalah perjuangan. Aku cuba untuk menjadi seorang pejuang yang berani. I want to be a good fighter... Yes...!

Tayang-tayang:


Hampir seminggu CHAK bawak balik barang untuk buat kotak harta karun nih, tapi punya la seksa nak buat supaya kotak tu bercantum atas bawah. Rupanya senang saja, cuma kena gigih lebih.


Bila dah siap, lawa la pulak.


*Tetiba jer aku rasa nak undi Kelantan untuk jadi Juara Piala Malaysia tahun nih!



~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan, SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA!...~



 




23 comments:

  1. wah...sebijik macam peti harta karun, cantik unik la pulak. pandai chak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kotak cikgu bagi. Ensel dan paku pun cikgu yang supply. Kami tolong paku saja. Warna dia sendiri cat, manik dan sequen tu dia gam sendiri. Keje skulah!

      Delete
  2. Jom kita sokong kelantan walaupun saya orang Johor, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy! nampak gaya tahun ini Kelantan begitu banyak sokongan dan promosinya berbanding ATM, kan?

      Delete
  3. Assalamualaikum Azie

    kotak tu untuk simpan emas ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ATUK,
      nak juga, tapi emasnya plak takder. hehehehe

      Delete
  4. salam sejahtera,
    hebatnya kerjjje skolah dia....
    wah, jauh melayang kata2 AA buat mama terfikir apa yg mama dah buat!#
    hehe tupparware mak saya byk yg dimakan tikus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMA JU, kerja skulah budak sekarang bukan main canggih, tapi banyak pula modalnya.
      Saya rasa semua tikus memang suka makan tepawer, Kak.

      Delete
  5. setuju ngan apa yg ditulis..

    komen dari jejari yg dah lenguh sgt hehe
    nite to you sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Q,
      kalu tak lengoh, gerenti boleh komen panjang, kan? I like!

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    Masih lagi berjuang walaupun dah nak habis tahun...hidup itu sendiri adalah perjuangan, jom kita terus berjuang walaupun orang kata kita manusia gagal. Asal kita tahu apa kita buat...tu dah memadai

    ReplyDelete
  7. As salam Kak Zie,

    We are all a good fighter since we were in unborn world! So, keep fighting till the end...insya'ALLAH :)

    Menarik tgk offer ke korea tu... kalau sy di Msia maybe saya pun nak join jugak...hiks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain pula corak pengorbanan dan perjuangannnya. Berada di negara orang pun kena jadi good fighter, maklum tidak ramai orang tersayang berada bersama kita di sana. Chaiyok! Chaiyok!

      Delete
  8. Kakcik selalu kalah sebelum melangkah (belum lagi berjuang)... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lah begitu Kakcik. Jom kita pegi kursus Kem bina Semangat! hehehe

      Delete
  9. Kdg2, sy suka dgn smgt Kak zie yg sememangnya sentiasa.....bersemangat. Haih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat yang turut disokong oleh kawan-kawan blogger!

      Delete
  10. Orang menilai kita dari mata mereka tetapi kita lebih tahu kemampuan kita.

    Nak tempah satu boleh nak letak koleksi harta karun Aina...hehehe...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails