Tuesday, October 16, 2012

Catatan Perjalanan: kegigihan memburu Nasi Kandar...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
 15-10-2012


Selepas menziarah, sambil beramah mesra dengan teman-teman dari komuniti AnakPerlis.com yang lain — sampai penuh bilik Kelas 1 Wad 3A tu — kami bergerak untuk cari makan. Sebab kami bergerak dari KL tanpa berhenti makan tengahari.

Cuaca panas terik di Pulau Pinang.

*kisah kawan di Hospital ini, di entri sebelum.

Usaha mencari makan agak mencabar juga, kerana hajat masing-masing hendakkan Nasi Kandar juga, so cadangan pasembor or rojak di Padang Kota tidak mendapat sambutan.

Bergerak dengan bantuan GPS — yang kadang-kadang tak berapa bijak nak baca koordinat — memusing berkali-kali dalam town Georgetown mencari kedai nasi kandar yang diinginkan. Disebutlah mereka beberapa nama restoren Nasi Kandar yang pernah depa makan, tapi usaha menjejak mengambil masa juga. Aku cuma tahu Restoren Kapitan saja, sebab aku pernah makan di situ dulu.

Masa tu jam dah pun kul 5.30 petang dah.  Punya la lewat nak cari lunch!


Masjid Kapitan Keling, solat di sini.


Di sebelah pagar Masjid Kapitan Keling itu ada Restoren Nasi Kandar Beratur, yang pernah masuk JJCM TV3 (or Majalah 3?)  tentang pelanggan sanggup beratur panjang setiap malam nak beli Nasi Kandar. Tengok kedai ni jer dah terlior (tengah lapar, kan?) tapi kedai tu akan mula beroperasi pada jam 10.00 malam.



Akhirnya kawan kami bawa ke Kapitan juga, sebab beberapa kedai yang disebut depa macam tak kelih di mana-mana pun. Hehehe.. tapi,

Mujur tak sempat order air lagi...


..sebab periuk Kari Ikan pun dah tonggeng sebelah. Lauk lain pun tinggal serdak!

Kami yang dah duduk elok kat meja, bangun bergerak lagi mencari kedai Nasi Kandar lain. Punya la gigih...!

Jumpa yang ini. Campbell Street. Ini lot yang asal.


Ini lot yang baru, selang 2,3 pintu dari yang mula tadi. Kami masuk di sini, ada aircond. Tetapi setiap menu yang diorder dibawa dari kedai yang asal tadi.


Murtabak Telur, sebagai appetizer, konon. Sedap sangat!

Lunch yang dicari, menjadi dinner sebab kami mula makan kul 6.30 petang...!
Lapaq tak hengga, kata depa.

Nampak dasat dan ganas, kan? Sedap sangat!

Terimakasih buat teman-teman AP.com.
(jangan tanya aku asal dari mana, dan cemana aku bleh join orang Perlih bertahun-tahun...)


Sebelum balik, aku nampak kedai emas Habib Jewels, agak buruk lot kedainya. Rasanya di sinilah bermulanya empayar Habib Jewels tu...

Kami bergerak balik semula ke KL kira-kira 8.00 malam dan sepanjang jalan selepas bridge, hujan renyai.


Singgah R&R Tapah untuk minum kopi panas, sambil layan Kacang Rebus. Memang sejak dulu, jika ke Utara, kami suka beli Kacang Rebus RnR Tapah. Sekarang sudah naik harga RM3.00 per 250gm. Sudah tak berapa sedap macam dulu-dulu lagi...

Catatan perjalanan, cuma sehari. Tak sempat pun nak shopping apa pun sebab pergi hari Ahad, banyak kedai yang tutup. Kalu terjemuh dengan Chow Rasta (pusat jeruk tu), haruslah singgah, tapi tak ternampak la pula.




 ~...antara Barat dan Timur, SERI BULAN sudah tidak kisah semua ramuan bertembung di dalam Periuk Kawah, tetapi adakah yang Laksa Kuah Belut boleh berganding dengan Laksa Pekat Bersantan Sambal Belacan dari Selatan yang sentiasa menjadi kegemaran HISYAM?...~


 




25 comments:

  1. next time kak AA cari Nasi kandar Deen pulak noh....kat Jelutong.jatuh cinta punya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan sebut Restoren Line Clear, tapi dah malam-malam susah nak cari...

      Delete
  2. Tak kira berapa banyak restoran nasi kandaq yg ada, saya tetap chenta dengan Hameediyah dari dulu sampai la ni. I LIKE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betullah. Sedap sangat kari-karinya. Dimakan bercampur 2,3 kari; Kari Ikan, Kari Ayam, Kari Paru/Limpa. Juga ada kuah Rasem bersama Cili Hijau Jeruk yg pedas... perhhhh!

      Delete
  3. Loooo...sampai ke Penang dah?

    betullah tu Azie....kdg akak pelik tau, kat Penang tu terkenal ngan nasi kandar tp bila nak cari sampai terpusing2 satu town tak jumpa! akak pun pernah makan kat hameediyah tu hehe....pernah jugak makan kat restoren makbul, kat bukit jambul...sedap gak ar...makan malam2.. sampai esok pagi tgn masih bau kari! hahaha

    tak sabar na tunggu november ni....nak ke sana lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi pagi Ahad, secara mengejut Kak.
      Yang menyebabkan kami memusim-musing seab kebanyakan kedai makan di sini, dalam lot kedai yang kecil, jalan yang hanya 2 lane, sesak dek banyak keta lagi, nak cari parking lagi.

      Yaa... tangan masih berbau kari!

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Pernah pekena line clear...first time mkn nasi kandaQ hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... sebab kami memusing-musing, saya sms tanyakan kawan-kawan di KL. Salah sorang memang rekmen Kedai Line Clear, tapi kami tak jumpa.

      Delete
  5. Makchaq anak beranak pun balik penang sabtu lepas semata2 nak makan nasik kandaq. sampai penang pukui 1 pagi, hari ahad pagi2 pimakan nasik kandaq kampung melayu.. favourite kami sekeluarga.. siap beli bungkuih lagi bawak balik. lepas makan teruih balik semula ke KL.

    Hamediyah pun favourite kami jugak dulu2, tapi semenjak tukang masak baru dah kurang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Kampung Melayu. Tak puas saya menjelajah Penang. One day saya harus juga ke Penang secara santai dan melihat keindahan pulau ini. Saya suka Penang.

      Delete
  6. salah satu negeri yg paling suka saya lawati ni...macam2 ada.nak kena cuba nasi kandar beratur jugak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun teringin nak cuba beratur Nasi Kandar Beratur tu suatu hari nanti. Rasa seronok jer nak beratur kan?

      Delete
  7. salam sejahtera Azie

    Seronoknya....dlm masa singkat boleh ke sana sini? tabiklah..
    kak teringin juga nak mkn nasi kandar!
    memasak? alah azie pun apa kurang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMA JU, saya ke sana urusan melawat kawan di spital. Memang plan hanya pegi pagi balik petang. Dah masuk town, tu yang cuba juga la nak cari Nasi Kandar. Hehehe

      Delete
  8. Kalau di Gurney Drive (betul ke namanya begitu?), kakcik makan di Nasi Kandar Khaleel. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti di nama Gurney Drive, tapi kalu Jalan Gurney saya tahu la juga. Kalu nak hala ke Teluk Bahang/Bt Feringghi, memang lalu Jalan Gurney. Ada bazar jual kasut dan handbag yang besar kat area sini.

      Delete
  9. Alaa Azie ....Hamediyah .... jalan kaki ke depan sikit ...kona kiri ...chowrosta ....

    Tapi the best jeruk sekarang ... Jeruk pak Ali lah .... lagi pun org kita yang buat. Kalau kat chowrosta ... banyak cha ya nun alif ... ada la ..satu kedai kot org kita punya.

    Hamediyah ... CA suka .. beriyani dia ... mabeles...... tip topppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni CA ya? TERsalah masuk akaun lain ker ni?
      Jeruk Pak Ali tu yang dekat Bukit Mertajam tu ker? Ke kat Seberang Perai, lupa plak dah. Pernah dah pegi sekali dua dulu. Memang best sangat memborong jeruk di situ. Saya pernah buat entri pun.

      Delete
  10. Wah azie..
    JJCM ke Penang pulak...
    kat Penang memang banyak nasi kandar...
    yang sedap semuanya bukak awal.. macam 9pagi dan habis awal 1tengahari...
    dan ada yang bukak tengahmalam...
    Kira Hameediyah tu sentiasa ada.... Oraitlah buat orang yang tak cukup masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JJCM ke Penang secara mengejut, Kak. hehehe
      Penang memang popular Nasi Kandar, sangatlah sedap! Restoren ada banyak, cuma nak cari yang vetul-vetul enak la, kan?

      Delete
  11. haishhh.... tak sabar nak ke penang

    ReplyDelete
  12. Hahhhh...cam ner kita tertinggal ini cerita...ekekeee...

    Kalau tau pun memang tak leh le nak ikut ekor banyak sangat...ehehee...

    ReplyDelete
  13. sy masih suka kok joo punya jeruk.. kedai di sungai ara. jeruk pak ali kurang umph.. n sy still akan batuk lepas mkn, sama mcm jeruk y lain.

    bukan x nk sokong org kita, sygnya, kualiti tetap berbeza.

    dah sampai hameediyah tu, dah sampai la chowrasta.. lenkali try ayam piru pulak di situ, sedapppp... n murtabak dia mmg x pernah mengecewakan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails