Sekadar menyimpan kenangan buat diri sendiri.
Kenangan dulu, yang sangat ingin aku ulangi lagi... dan lagi.
Pantai Cahaya Bulan
Pantai yang sama, best jer tengok Pesta Layang-layang tu.
Bandar Kota Bharu. Pintu gerbang yang cantik seni ukirnya.
Kuala Terengganu. Orang lain sibuk perabih duit dalam Pasar Kepayang, aku jer hayun kaki tengah town di panas buta, semata-mata nak amik gambo kenangan.
Itu semua kenangan lama, beberapa tahun dulu. Dah lama tak pegi.
Tetapi ternyata beberapa perkhabaran yang datang sejak semalam, membuatkan aku tidak pasti sama ada berselera atau tidak. Hilang minat terus. Bagi setengah orang mungkin suka, tapi aku hanya mampu tumpang bersuka.
Andai seleraku kembali normal, pasti aku bercerita lagi di sini. Sungguh besar maknanya mesyuarat tergempar sebentar tadi. Sungguh besar perubahan yang bakal berlaku pada setiap orang tidak terkecuali aku. Seorang Kerani Karat yang lebih suka bergelak dari melawak...
~...HISYAM, SERI BULAN ini sentiasa yakin dan percaya, hanya dia seorang yang memahami dan sudi meminjamkan telinganya buat SERI BULAN meluahkan lahar jingga...~
Salam Azie..
ReplyDeleteperkhabaran apakah itu agaknya??
(Pasar Payang ke Pasar Kepayang??)
Kita manusia, mesti akan berubah - ke depan atau mengundur...
ReplyDeleteRindu pandai, rindu air laut..sgt jeles di sini
nape kak?
ReplyDeleteSalam KAK CIK SEROJA > Ada orang sebut Pasar Payang, ada orang sebut Pasar Kepayang. Pada saya, sama saja.
ReplyDeleteKAK KUJIE > Sama, rindu gak..
ACU > nanti entri seterusnya (probably Monday) baru Kak Azie dapat citerkan. Sekarang ni, semuanya masih samar-samar lagi...
ReplyDeleteazie,
ReplyDeletesetiap kita akan di uji...
redha terima dan bersyukurlah dengan kurniaanNya...
harap-harap semuanya ok ye kak :)
ReplyDeletetapi kan..bila saya tengok gambar2 tu..
posing #1 sama dgn #4
posing #2 sama dgn #3
hehehe..oh btw, sempat juga singgah pasar payang masa pegi K.T tempoh hari..shopping byk!
gulp! tak jadi gi kelantan ke??huhu
ReplyDeleteGambar ini juga mengimbas kembali detik perjalanan dulu...dah lama juga tak keterengganu kelantan...
ReplyDeletetentu bertambah best laa ni kan...
p/s- rasanya kak Azie kena tinggalkan beg tangan tu...semua gambar tak dapat berdiri tegak laa..
mesti bawa duit banyak tu...
ntah2 duit syiling emas pee..?
hahahah... from the news cakap gitu... baru perasan.. particular juga ye hangpa ni.
ReplyDeleteKak Azie... perubahan yg besar mmg kadang2 boleh merencatkan semangat dan suasana harmoni. Semanjak tukar bos jepun baru ni, suasana ofis vic pun dah tak sedamai dulu.
AKAK > benar, saya menerima ini sebagai suatu ujian dalam kerjaya saya...
ReplyDeleteFROM THE NEWS > amboiii mata.. Bleh buat kajian macam tu plak ek? harharhar!
IKIN > program tetap on seperti yang dirancang. Dont worry dear..!
ReplyDeleteBang LANABULU > ya benar, saya tidak lagi membawa beg tangan sekarang ni, sebab duit dah abih buat belanja... hikhikhik!
salam ziarah. saya tak faham apa ceritanya .. apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat awak !
ReplyDeletenak pegi pantai timur la ni tak brapa sesuoiii... tunggu jun nanti ada projek kat sana kot
ReplyDeleteBANG HAMZAH AL-LAVENDARI > terimakasih atas kata2 semangat itu. I really need that..!
ReplyDeleteCEMOMOI > takdak chance ler nak tumpang makan Kepok Lekor ek?