Friday, April 23, 2010

Sekadar pemberitahuan....

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai trip percutian seperti Langkawi itu, ada satu lagi trip di bawah kelolaan Puan JAMILAH iaitu pada 2–5 Julai akan datang.

Dengan RM230 seorang, bayaran adalah termasuk bas pergi-balik dari KL ke Jeti Kuala Perlis, tambang feri pergi–balik, sewa bas sepanjang berada di pulau dan sewa hotel (2 hari 2 malam).

Manakala bayaran tiket untuk ke tempat-tempat lawatan yang dikenakan bayaran (seperti bot, atau cable car) tidak termasuk kerana ini bergantung kepada diri sendiri. Ada yang berhajat dengan pakej tersebut, ada juga yang lebih selesa bergerak sendiri. Sewa kereta di Langkawi untuk sehari adalah dari RM80. Makan pula adalah sendiri.


Sesiapa yang berhajat, boleh mula mendaftar sekarang. Email pada AA pun boleh.

Manakala trip ke Kelantan~Terengganu pada 21 Mei akan datang sudah penuh.


11 comments:

  1. salam biat AA...
    amboi jadi agen pelancungan pulak ker..?

    ReplyDelete
  2. azie,
    yer la.. kalau dah takda kerja nanti, sementara menanti kerja lain tiba.. bolehlah jadi 'perancang perjalanan'.. okay juga rasanya...

    ReplyDelete
  3. sis

    dah lama tak ikut rombongan Cik Kiah ke mana mana, yang terakhir pada tahun 1986 masa cuti penggal 3 sekolah sebelum kena buang negara

    ha ha ha

    HISYAM cuba call SRIBULAN, tapi credit dia dah habis, nak beli top-up, faham faham je lah... kena tunggu cukup bulan

    ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Salam PAKLONG > tak la... tolong carikan peluang bercuti jer utk kengkawan. Sebenarnya dah lama kenal dengan kakak Ketua Rombongan tu, sejak 2001 lagi...

    Sudah lebih 30 tahun Pn JAMILAH ni kendalikan trip sebegini. Memang best laaa..

    ReplyDelete
  5. AKAK > ye la. Boleh juga tu kan?

    ReplyDelete
  6. ALID > nanti bila-bila kita buat trip sendiri jer kat area KL or Bangsar. Makan steak or chickenchop... Ahaaaa... "utang" Ayam Kampung belum ditunaikan lagi nihhhh...

    Esok lusa mesti HISYAM dah loaded bleh topup kredit, kan? kan?

    ReplyDelete
  7. amboi kak...bercuti aje skrg nie ek...
    eh..apa keputusan perpindahan akak aritu?
    akak pegi ke x?

    ReplyDelete
  8. salam azieazah,
    apa kabo?
    wahh dah lama x g langkawi nih
    soping2 maaa heheh
    next week nak balik tganu dah
    lalalala

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah...

    Naik bas ke Langkawi... mencabarnya... Punggung boleh kematu.. hu hu...

    Saya balik Ipoh dgn kereta pun kena 2-3 kali berhenti, adjust pinggang & punggung... :)

    ReplyDelete
  10. ACU > Isnin ni semua orang kena sign surat keputusan. Memang tak pegi aaarrr...


    BIRU > Salam. Baik jer. U ok? Wahhh best tu nak balik Tganu. Rindu nak pi sana lagi. Lama tak pi.

    ReplyDelete
  11. Salam BAWANG...
    setakat ini belum lagi ler saya rasa kematu. Mungkin kusyen bas tu yg tebal atau kusyen saya yg tebal.. harharhar!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails