Wednesday, April 7, 2010

Aku Tumpang Simpati: Sungguh Kesian...

Dalam seminggu dua ini, seperti ada banyak perkara dan perkhabaran tidak enak, tidak sihat untuk dibaca, kan?

Melayari beberapa blog dan membaca keluh kesah beberapa orang blogger yang tidak bernasib baik "diserang" oleh beberapa nama (yang aku setuju dgn panggilan 'makhluk perosak') membuatkan aku turut merasa sedikit bimbang. Ntah bila pula giliran aku terkena? Moga-moga dijauhi. Bukan aku takut, tidak. Tetapi aku tidak punya banyak masa nak layan. So aku bertekad untuk akan mengabaikan saja. Tapi boleh kah? Kuatkah? Tidakkah kita terasa tercabar nanti?

Beberapa komen dari insan-insan yang guna nick "macam bagus" tapi komen macam "tak sekolah" sungguh meloyakan. Annoying..!

Then kemudian ada pula komen-komen bentuk maki (siap mencarut plak tu) dalam shoutbox. So, aku harap akan ada orang faham kenapa blog aku tidak pernah ada shoutbox, dan aku sendiri tidak berlegar di mana-mana shoutbox. Dulu ada tapi jarang. Sangat jarang. Maafkan aku, kerana aku tak punya alasan kukuh pun untuk menjawab.

Tidakkah mereka ini terfikir, bilamana diri mereka pula berada dalam keadaan itu? Bilamana mereka sendiri pula yang dimaki, dicarut? Takda perasaan?



*jangan terkejut jika jumpa billboard besar ni, kat hiway...heh heh heh!~


~...SERI BULAN sudah lama belajar menjadi kental, sejak HISYAM mula menoleh melirik memandang MASITA, tapi kenapa SALWA yang menjeruk rasa?...~




18 comments:

  1. pepel la makngah..!tehehee :)

    not bad..ai like :D

    eh...rindu bila nmpk mercu tanda PB~labu sayong kan.bila aku nak balik ni.kena carik sponsor :p

    ada org ckp "tuhan pun mencarut..." so what? (^.*)

    ReplyDelete
  2. COMBI > Mercu tanda PB tu rasanya baru 5,6 tahun ni jer ada, kan? Nak balik kalu, habaq tau..

    Statement ko tu, macam dari seberang jerrr...

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    ingatkan salah masuk rumah td..hehehhe..

    memang makhluk perosak la kalau cuba merosak tu kak..parasit..hehehh
    (nak jugak Tuya menyampuk walaupun x tau cite)..

    ReplyDelete
  4. TUYA > belum tido? Esok kan sekolah? hehehehe... Menyampuk takper, jangan jadi Burung Jampuk.

    ReplyDelete
  5. Usah dilayan sangat Kak...

    Sepanjang Gua main Blog nih....
    Alhamdulilah belum lagi.....

    Terima kasih kerana Akak sanggup....menempel Logo Kuning Gua sebagai tanda sokongan....

    I Miss U Kak....( Sebagai seorang Adik )
    Walaweeeeeeeeeeeeiiii

    ReplyDelete
  6. SalaM Azie..

    kat blog kakcik pun dia ada masuk.. meninggalkan komen yang menjengkelkan.. tapi biarkan sajalah.. kakcik tak mahu jadi gila kerana melayan orang gila..

    'tertanya-tanya akan makna di nota kaki setiap catatan Azie..'

    ReplyDelete
  7. DJ EPOI > terimakasih keran menjadi seorang blogger yg prihatin, saling menyokong dan sentiasa berkongsi sesuatu yang bermanfaat..



    Salam KAKCIK SEROJA > Lain kali kita copy dan paste balik komen dia kat blog dia plak.. hehehehe

    *Notakaki? Maknanya sungguh tinggi, nanti saya kait turun dulu.. :)

    ReplyDelete
  8. billboard besar tu kat tepi hiway mane yer? dlm m'sia nie jgk ker? hehehehe

    ReplyDelete
  9. susoh nok kabo, susoh nok ajo orang cenggitu

    ReplyDelete
  10. EELOBOR > kalu ada jumpa kat Msia tu kira dasat dah tuuu...



    CEMOMOI > besar tak leh diajar, tua tak leh dibimbing. Gitu lah..

    ReplyDelete
  11. Billboard kak azie tu agaknya untuk iklan apa ye? Kalau tgk dari senyuman mungkin ubat gigi Colgate Kayu Sugi.

    ReplyDelete
  12. V.I.C. > pandai nyer dia meneka. Memang iklan Kayu Sugi, tapi sudah dijadikan Air Sugi. Tu yg dalam gelas tu ler airnya. Ngeh Ngeh Ngeh Ngeh !

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Kak Azie, blogger x glamer macam saya pun kena terjah jugak dek orang sebegini...rasa macam "dia memang tak ada kerja". Mana yang sempat terperasan tu, biarkan aje tanpa siaran tapi ada kala tak terperasanpun bila masanya dia datang mengiawww nak mengawan kat situ ;)

    Wah! indah betul rumah baru, berlangsir baru dan warna baru...rasa macam nak makeover rumah jugaklah ...ohhhh jangan dulu, nanti terpesong target hidup hu hu hu

    ReplyDelete
  14. ANYSS > mengabaikan memang seronok.... hehehehe

    ReplyDelete
  15. salam azie,
    heeeeeee... cam terasa lak i dgn n3 ni
    ekekekek..
    saya pun baru 1st time kena tuh
    mula2 terkejut gak
    lama2 relax dan fikir
    minta nasihat dak tedi
    then, baru okay dan kembali normal
    hehheeh..
    tq wak, perihatan dan datang menyapa

    xoxo

    ReplyDelete
  16. BIRU > memang saya simpati apa yg terjadi kepada awak. Saya baca entri itu. Tapi tidak mustahil pula itu terjadi pada orang lain, kan?

    ReplyDelete
  17. malas ar mau komen pasal owang gila, I pun kena tempias hu hu like apalah dosa ku, berjiran pun tak pernah sedara pun bukan, mungkin hanya pernah bersua di Giant saja...

    Anyway, I lurveeee your new look, perple, afundi kak azie yess

    ReplyDelete
  18. DR > ko kena AFUNDI MASUK dulu aaarrr.. harharhar!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails