Ya, lagu FRANSISCA yang tak pernah jemu didengar...
“Mengapa mesti berpisah...
Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan...”
Lagu sayu ni kadang-kadang nyampah gak. Sebab tersayu sama. Uishhhh bukankah sayu mayu syahdu syahdan ni mainan orang muda mudi jer? Aku dah tua, ok.
Sehari ni, tak busy sangat. So ada banyak masa nak merayau sana sini meLenggang-Lenggang Kangkung, singgah dari laman ke laman. Jengok skit dari pagar or dari tingkap. Intai orang itu buat apa, kakak itu masak apa, makcik tu tumis aper, pakcik itu baca apa... ya, banyak betul blog yang aku pegi melawat... Seronokkkk...
Dalam masa yang sedikit lapang, mulalah berkemas-kemas apa yang patut. Bukan banyak sangat barang pun, barang merapu jer yang lebih. Barang yang orang kasi. Cenderahati dari ramai kengkawan. Simpan buat kenangan.
Ni masa dinding tu masih berwarna-warni. Senin lalu.
Banyak gak FM yang aku simpan di ofis ni. Semua simpan bungkus elok-elok. Mana tahu nanti boleh lekat kat work station baru. — Cawan kecil gambar Mr Bean tu si AMOI aku kasi... Bunga cempaka tu sebenarnya lilin.
Sedih? Tidak juga. Happy? Tidak juga. Rasa kosong jer. Menerima ini sebagai hakikat perubahan dalam kehidupan. Jika tidak kita, kehidupan orang lain. Yang kita pernah dengar, or pernah lihat. So, bertenang. Bertenang.
Beberapa barangan ofis akan dilelong dengan murah tak lama lagi. Semua gambar-gambar berkenaan aku dah upload kat FACEBOOK aku. Sapa berhajat leh tengok sana, tapi harga belum keluar lagi. Management akan kuarkan price list mungkin minggu depan. InsyaAllah harga akan jatuh rendah. (Dulu masa kami kecilkan satu department, meja-meja pernah dijual dengan harga RM10 sahaja...) Beberapa barangan sudah pun menjadi rebutan sesama staf. Tapi hari lelongan belum tau lagi bila...
Terimakasih tidak terhingga kepada ramai kengkawan yang sudi menolong dengan tawaran2 kerja kosong. Malah ada yang aku dah pun hantar resume untuk memohon. Tak tau ler mana yang sangkut. Tapi semua yang aku pohon, tiada satu pun sama dengan line aku skang. Semua keja yang berbeza. Terpaksa ler, nanti belajar dari bawah. Jadi kuli orang, kalu kene buli pun nasib ler ko MokYang oooiiii....
*Aku pun layan gak drama AdaMaya tuh, sebab aku sampai umah 5.40pm tiap petang. Drama ni bukan ulang balik filem I’m Not Single tu tapi lebih kepada sequelnya. Bagi aku ini antara drama yang best, sebab cepat, tak meleret-leret. Mesej ada. Pelakun cute.
Cuma kalu lah.. kalu lah... aku dapat jumpa si DANI tu kat mana-mana, memang kompom! Dia akan dapat Penyepak Jarak Dekat dari aku...! (pic cilok dari blog From The News. Thanks)
Cuma kalu lah.. kalu lah... aku dapat jumpa si DANI tu kat mana-mana, memang kompom! Dia akan dapat Penyepak Jarak Dekat dari aku...! (pic cilok dari blog From The News. Thanks)
~...Adakah SERI BULAN akan semakin kehilangan SERI? Kerana rasa rajuk dengan HISYAM semakin menebal lantaran kena jalan kaki, tidak dapat menumpang basikalnya balik dari kebun getah?...~
wahh..geram tengok papan kekunci berbentuk apple itu..
ReplyDeletemasih berangan nak memiliki apple pertama..hehehe
Kena berhati-hati Si Dani..kalau tak free2 jer dapat penyepak Jarak Dekat..bahaya ooo..
ReplyDeleteCute anak patung merah belang hitam tu..(apakah haiwan itu?ladybird ke?)
tak dapat numpang beskal...rajuk jalan unter.....hik hik
ReplyDeleteAzie, you kawan I kan? Tolong lempang/sepak si Dani tu for me. Guna 2 belah tangan dgn kadar kuat ya? Tq.
ReplyDeleteKak Zai suka lagu Kerna terpaksa.
ReplyDeleteInsyaalah azie akan dapat kerja yang lebih baik. Fulus ribu riban...
Dulukan Azie, masa I resign, I teringat2 kat office, kat boss (dia duduk kat sebelah rumah I ni je!hehe), kat kawan2 sampai mimpi2. Maybe I sayang sangat nak tinggalkan office. Rupa2nya semua tu hikmah belaka, sekarang I dont think I nak keje balik. Seronok lepak ngan cik abang! hahahaha...
ReplyDeleteFTN > Wahhhh tak sangka itu plak yang dia pandang. Hehehehe... anak kat umah pun soh beli keyboard tu, nak bawa guna kat umah...
ReplyDeleteYes, patut guna Apple. Memang sangat bestttt...!
ZUREEN > Yes, tolong bagitau si DANI tu, jangan berani2 datang area Bkt Bintang, semua simpang Kak Azie dah pasang spy nihhh.. hehehehe
ReplyDeleteYup... Ladybird ler kot rasanya...
FADZIL > uik? faham maksud rupanya.. Tergolek aku gelak rasa macam nak terkuar balik Fries yg aku makan tadi...
ReplyDeleteKak SOM > amboiii lebih-lebih plak dah diaaaa.. Hikhikhik kalu saya tendang terajang sekali, bleh dak?
Kak ZAITUN > Terimakasih. InsyaAllahhh..
ReplyDeleteBoleh kata semua lagu FRANS saya suka...
FA > Mujur Cik Abang awak tak rasa jemu plak.. heheheheh...
Comelnya anak patung tu... vic membayangkan kalau vic yg kena berkemas meninggalkan kompeni ni... rasanya 4 kotak benda2 yang macam kat atas tu je. Alahai... jenuhnya nak berkemas..
ReplyDeleteVIC > Kotak kecil tu khas utk souvenirs jer. Ada juga 1 kotak A4 utk barang2 lain. Tapi memang itu jer. Malas nak simpan banyak2 kat sini.
ReplyDeleteTak ler sedih sangat pun, sebab berenti berperingkat-peringkat. Tak ketara sangat...
tak faham kenapa orang perempuan suka ssngat letak macam2 benda kat workstation diorang??
ReplyDeleteICE > Malas nak jawab. Tapi mungkin sama ler macam orang guna wajah anak untuk profile dia.. hehehehe.. sentimental gitu.
ReplyDeleteazie,
ReplyDeleteorg seramah azie... serajin azie.. tak susah nak cari kerja.... rezeki itu ada... kena usaha jer...
kan comey cucu tiri mak tuuuuu... muahahahaaaaa... kenapa takde live traffic feed kat sini ek?
ReplyDeleteRileks la Kak Z..jgn emosional sgt..dia tu berlakun ja..hahahaha
ReplyDeleteradio tu jual ke ha ha
ReplyDeleteAKAK > InsyaAllah.... aminnnnn...
ReplyDeleteICE > Memang sangat comey sampai aku rasa nak cubit dia kuat-kuat...
ICE > Dulu ada traffic feed tu, tapi ilang. Dah... dah masukkan semula. Penting ker ek?
ReplyDeleteFARHA > Sapa yang berlakun nih?
CALUK > Radio tu? jual? Ohhh tidakkkk! Nak biar sampai jadi Radio Karat... hehehehe
ReplyDeletekak azie, jangan lupa booking aircond yer
ReplyDeletetakde laaa penting sangat... cuma sekadar nak beritau lokasi dakni & bape puluh kali dakni masuk kat blog ni... miahahahaaaa
ReplyDelete