Monday, April 12, 2010

Pindah ke Yantai? Bukan Boleh Bersantai kat Pantai pun...

Keadaan memang sungguh mengelirukan. Sungguh mencemaskan. Orang lain mungkin boleh cool, setengah orang rasa cemas. Ada yang kelihatan sangat tenang. Aku berada dalam semua keadaan. Adakala aku rasa keliru, cemas dan sekali sekala aku rasa tenang.

Memang BIG BOSS sudah berdepan. Duduk di hujung meja dalam conference room. (Sempat pula kami bergurau, conference terakhirkan? hehehe).

Keputusannya sudah jelas. Hanya keputusan setiap seorang dari kami yang kelihatan samar. Ada yang terang-terangan menampakkan keputusannya, ada yang mungkin menunggu di saat akhir.

Apa kisah sebenarnya ini?

Ya, rentetan minggu lepas, ada pengumuman yang besar, yang sungguh drastik dan boleh menjejaskan banyak perkara.

We're relocating. Mana? Bukan Melaka, bukan Pulau Pinang tapi ke suatu wilayah perindustrian di negara luar.

Memang, sejak past 3-4 years, memang kami ada "mirror team" di sana. Cawangan Kuala Lumpur teguh sejak 2001 lagi, tetapi sejak kami kehilangan our biggest client dan tidak lagi mendapat big projects from UK (dan lain-lain), banyak perubahan berlaku. Banyak. Dari hal kecil sehingga ke hal yang sangat besar. Malas nak kenang.

Premis di sana memang dilihat berpotensi besar untuk membangun, maju dan aku menghormati keputusan BOSS (yang menyebut itu keputusan seluruh ahli organisasi) untuk melakukan sesuatu yang dipanggilnya "merge". Di sudut perniagaan, sesuatu yang dilihat boleh mendatang keuntungan, dan boleh memberikan laba, sudah tentu ingin direbut. Aku tidak sekali-kali menyalahkan pihak majikan.

Tetapi tawaran yang datang mengejut tidak memungkinkan aku menerimanya. (Aku tidak mahu menulis bagi pihak orang lain). Mungkin ada yang ingin menerimanya sebagai suatu cabaran dalam kerjaya, ingin melihat negara orang, mencabar diri sendiri bekerja di tempat dan suasana yang baru, tetapi ianya tidak mudah bagi aku. Keluarga aku di sini. Segalanya milik aku di sini. Biarlah orang kata aku penakut atau apa saja, takper. Aku tidak perlu pun mempertimbangkan tawaran itu (yang aku rasa tidak sehebat mana pun) kerana keputusan sudah ada dalam kepala hanya menunggu masa untuk tandatangan.

Yang menjadi pertikaian dan tidak habis fikir adalah, "sesiapa yang tidak bersetuju menyertai production team ke sana, diminta untuk menandatangani self-termination letter". Ya.... aku akan mula memanggilnya sebagai "Termination terancang..!" (Walaupun aku sedar, cukup maklum bahawa mana-mana pekerja pun wajib menurut arahan majikan untuk ditempatkan di mana saja - seperti tertakluk dalam surat perjanjian).

Ada sesiapa boleh memberikan pendapat? Aku patut merujuk ke Pejabat Buruh secepat mungkin, kan? Bertanya akan HAK PEKERJA yang boleh dilindungi dalam kes ini.

Sedikit maklumat:
* Syarikat adalah sah di bawah undang-undang Malaysia walaupun BOSS adalah pemastautin tetap UK.
* Pemindahan akan bermula pada 1 Jun 2010.
* Surat keputusan harus ditandatangani pada 26 April ini.
* Sekiranya tidak bersetuju untuk ikut berpindah, tarikh akhir sebagai pekerja adalah pada 15 Mei 2010.
* Our new location adalah di sebuah bandar industri bernama Yantai di negara China.

Soalan aku:
1. Adakah surat perjanjian aku sebelum ini sah untuk pindah ke luar negara juga? atau hanya tertakluk berpindah dalam Malaysia sahaja?
2. Adakah Pejabat Buruh bersedia membantu dalam hal ini?
3. Bolehkah aku sebut sekiranya tidak bersetuju, aku dianggap sebagai teraniaya?

Ya, rezeki ada di mana-mana. InsyaAllah, untuk mencari kerja baru mungkin tidak susah walaupun pasti perit bersaing dengan sekian ramai mereka yang ada sijil dan ijazah bertimbun.

Ehh.. aku tak kisah pun kalu dapat kerja baru sebagai "Operator Yang Lebih Banyak Gelak dari Bercakap.." Harharharhar!



Sempat juga kami melaram Baju Shawl Bandung yang dibawa balik oleh ACU SAYANG.



~...SERI BULAN akan mengisi masa kritikal ini dan merawat hati gundah dengan belajar buat Kuih Seri Muka. Harharharhar!...~




21 comments:

  1. tertunggu jgk citer apa yg nak di umumkan. so, x boleh nk bg komen sbb x de pengalaman dalam hal ini dan mmg tak nak buat2 tahu dlm semua bnda. apapun betul kata kak azie, semuanya milik kak azie ada DI SINI. mgkn bloggers lain boleh berkongsi info.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Azie,
    I pun tak dapat nak bagi pendapat sebab tak pernah berada in the same situation. Tapi, apa2 saje decision yang Kak Azie buat, I know it will be the best for you and family.
    Yantai tu kat pedalaman ke or dekat dgn major city ye?

    ReplyDelete
  3. EELOBOR > itu jer lah ceritanya. Apapun terimakasih atas pendapat itu..


    MIN LG > Salam. thanks. Yantai tu sebuah bandar industri, tidak pasti seluas mana, tapi utk ke tempat2 yang ada mall dan hiburan lain, mengambil masa berjam juga untuk pergi..

    ReplyDelete
  4. Aduh..

    mohonlah petunjuk dariNya sebab kakcik pun tak pandai nak memberikan pandangan. Suka tengok Azie masih mampu senyum dan ketawa.. bak kata Arwah Din Beramboi kepada Aznil 'kau ingat menangis boleh menyelesaikan masalah ke?'

    ReplyDelete
  5. Salam KAK CIK SEROJA..
    memang setuju dgn pandangan Kak Cik itu. Sesungguhnya, DIA Maha Mengetahui, akan hikmah dan kelebihan sesuatu peristiwa itu. Saya redha Kak. Saya sudah buka hati dan minda saya untuk menerimanya. Hidup kita bukan selalunya indah.

    Hidup Mesti Mau Ceria...!
    Ayat Mesti Mau Power..!

    ReplyDelete
  6. Kak CIK... dah berkali-kali Azie try masuk blog Kak Cik, asyik error jerrr... "blog not found". Naper ek?

    ReplyDelete
  7. salam, i ni silent reader..but this entry tak tahan nak komen...why dont you chek your appointment letter.even if they want to do that .the time span is too short...apa2 kes pun it should be a 3months notice..from either parties..am not a lawyer but...this should be the standard procedure what..do cek la..dont let them take advantage..go to pejabat buruh ke apa ke.good luck.still betul juga rezeki Allah beri bukan depa

    ReplyDelete
  8. Terimakasih N. Memang Kak Azie mengalu-alukan pendapat sebegini. Kak Azie sangat hargai pendapat U ini..

    Melegakan perasaan Kak Azie.

    ReplyDelete
  9. the best person to talk is pegawai pejabat buruh.

    ReplyDelete
  10. FA > Ya, I memang sedang merancang untuk meminta nasihat dari pihak sana... A.S.A.P.

    ReplyDelete
  11. Tak boleh kak Azie. Akta Kerja 1955 hanya digunapakai di Malaysia Barat sahaja. Sebarang kesediaan dipindahkan atau relocation hanya tertakluk sekiranya perpindahan berlaku di dalam Malaysia sahaja. Sepatutnya setiap pekerja (walaupun mereka akan ditransferkan) ke luar negara, mereka perlu menandatangani surat berhenti dan tandatangan semula offer letter yg baharu. Ini kerana tentunya gaji, elaun dan peraturan kerja berbeza dengan apa yang ditawarkan di Malaysia. Cara yang paling selamat sepatutnya pekerja diberikan VSS bukan dipaksa untuk berhenti. Syarikat sepatutnya bersedia membayar pampasan kepada pekerja. Kak Azie mesti make sure ada win-win situation in ur case. Kak Azie untung, boss pun untung. Bukan bos je untung.

    ReplyDelete
  12. biasanya perundangan malaysia adalah amat tidak jelas....

    ReplyDelete
  13. Mamai maksudkan perundangan macam mana ye? Kalau macam dalam kes Kak Azie ni perundangannya sangat jelas. Pekerja yang diberhentikan kerja atas sebab penutupan syarikat atau lebihan pekerja layak untuk menerima pampasan rentikerja sentara seperti yang termaktub dalam akta Termination & Lay Off Benefits Regulation 1980. Kak Azie boleh rujuk buku employment Act untuk kes ni kerana pembayaran pampasan untuk Kak Azie akan dikira berdasarkan berapa lama Kak Azie telah berkhidmat dengan kompeni. Lagi lama lagi besar pampasan yang perlu dibayar dan kadarnya berbeza.

    ReplyDelete
  14. sila rujuk segera sebelum terlambat ke pejabat buruh. saya amat setuju dgn DIANA

    ReplyDelete
  15. VIC > Terimakasihhhh...Terimakasihhhh... DIANA. Memang Kak Azie dok tunggu jer pandangan orang yang berpengalaman macam DIANA...



    FADZIL > Setuju juga dengan awak...

    ReplyDelete
  16. sis azie

    1. jawpan aku macam V.I.C

    2. Cuba baca balik apa yang tertulis dalam offer letter tu -

    Aku punya dulu memang dah tertulis lebih kurang beginilah:->

    'Anda hendaklah sentiasa bersedia untuk menerima arahan atau tawaran atau tugasan untuk bertugas dan melakukan di luar negara atau di tugaskan di luar negara mengikut arahan dan keperluan pihak syarikat, persetujuan kepada syarat ini adalah tertakluk di bawah akta....'

    ReplyDelete
  17. ALID > memang kena buat homework lebih ni. Yang pasti aku hanya nak jaga HAK aku dan kebajikan aku sebagai pekerja..

    ReplyDelete
  18. aiyaarrrrkkkkk pindah ke yantai????? kak azie pergi laaaa check dgn labour ofis atau industrial relations cepat2 sket...

    ReplyDelete
  19. tuah badan bila dapat tawaran gitu. tuah melancong setahun sekali.

    bawa tikar bantal ke sana.

    ReplyDelete
  20. ZEQZEQ > Ya, bisa saja Pakkk.... Passport pun masih laku nih, belum expired lagiii...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails