Monday, April 26, 2010

Aku Tak Tau Nak Buh Tajuk Apa...

Siang tadi, semua di tempat aku cari makan yang tak lama lagi bakal jadi tempat kenangan, berdebar tunggu sesuatu. Janji ritu, 26hb April. Means, hari ni lah.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, nyaris nak jadi tunggul hampir nak jadi TUNGUL (or Tongol?) barulah diumumkan. Itupun semua kena berimpun di conference room tepat 3.30pm.

Amboiii.. macam majlis rasmi pulak (Part yang aku paling tak suka). Tak privacy langsung. Lalu langsung aku sebut penuh sinis, "Signing ceremony ker nih?" Heheheh!

Ya, sain beramai-ramai. Isu perpindahan ke Yantai hampir selesai. (Bagi aku secara peribadi, kira selesai. Sebab aku pun hampir terlupa).

Masing-masing sudah menunjukkan keputusan masing-masing. Everything jelas. Cuma beberapa perkara berbangkit yang bakal ditangani oleh pihak pengurusan. (Not my problem, ok?). Dan beberapa projek yang memerlukan tindakan susulan pun sudah dikenalpasti nama-nama yang akan menguruskan. Lega aku terlepas. (Orang tak penting, memang cepat je nama kena gugur.)

So, last day untuk aku adalah 14 Mei 2010. Setelah hampir 9 tahun lebih di situ. Semuanya bakal menjadi kenangan. Ya ker? Oh tidakkk!

Ada ura-ura nak buat farewell plak. Oh pleaseeee..! I hate farewell party. Seingat aku, berapa kali saja (3 kali? 4 kali?) aku join apa yang disebut farewell party. Selagi aku boleh ngelak, memang aku tak join. Aku tak suka.

Bagi aku, yang resign sukarela, cara baik. Aku respect. Tapi banyak (ramai sangat) yang berenti notis seminggu, notis 2 minggu, tinggal project tunggang-langgang buat aku nyampah bila orang2 sebegitu diraikan. Belanja makan, curi time lunch sampai 2 jam kadang2 lebih..

Yang resign dalam 24 jam pun ada. Haram tak bagitau pun kat kawan2 yang kena handle project depa. Tau-tau masuk keja pagi, job atas meja kita. Bila tanya, 'itu olang sudah resign!" Bagus nyerrrrr...! Mentang-mentang ada degree, ada "scroll", senang dapat keja lain. Begitulahh...

Apa aku bebel nih? Nanti orang ingat aku marah plak. Aku tidak marah. Tidak. Aku happy. Aku gembira. Jadi jangan dicalar kegembiraan ini.

Dalam ramai-ramai tadi, sempat borak-borak di luar topik. Soal cari kerja baru. Jawapan aku bila ditanya sudah dapat keja atau belum, "tak susah lah, Sg Wang ada banyak kedai. Times Square pun ada. Sales girl pun keja juga, kan?"

Ya, apa salah kerja Sales Girl, kan?

Dalam keadaan begini, kita bukan hanya berpeluang mengenali kawan yang memahami, juga mengenali insan yang prihatin. Terimakasih.

Aku snap semasa awal pagi. Butik Rizalman pun belum bukak lagi. Kalu idak, dapat ler tengok langsir dia yang.. perhhhh! Mahal giler. Lampu, kerusi di ruang tamu. Belum lagi kereta Mercs dia dengan plat yang... hmmm. Ya, butik RIZALMAN tu dulu ofis kami (masa tu sewa tingkat 2 dan 3) sebelum kami berpindah next door.


~...HISYAM, suatu hari nanti SERI BULAN pasti akan menjadi pendampingmu yang paling setia. Benar kata PAK UTIH, rumah kayu cengal itu masih utuh untuk anak cucunya...~


18 comments:

  1. tertanya2 lg sebenarnya. area mana sbnr bakal bekas opis kak azie? sbb dulu pun kerja area bukit bintang gak

    ReplyDelete
  2. Kakcik turut mendoakan segala yang lebih baik kalaupun tidak yang terbaik buat Azie..

    ReplyDelete
  3. EELOBOR > kalu tengok pada pic tu, jalan itu adalah jalan mati. Hujung sana adalah parking base untuk Park Royal Hotel. Exact location: Jalan Walter Grenier. Kalu ikut alamat, memang Jalan Imbi. Tapi kalu jalan kaki, tembus ke Sg Wang or Lot 10. Kalu sebelah sini, tembus ke Bintang Palace or Pavilion.

    ReplyDelete
  4. KAK CIK SEROJA > Terimakasih. Sudah ada beberapa perancangan. Harap2 semuanya baik-baik belaka...

    ReplyDelete
  5. dulu masa boss buat farewell, kita tak tunjuk pun sedih sedih (tapi menangis dalam bilik air!), padahal boss counter offer mintak jangan resign...(boss pulak handsome semacam! hahaha), tapi kerana hasrat hubby (yang lebih handsome) kuturutkan jua.....10 tahun beb....keje kat company tu. Sebelum tu farewell kat Perwira Affin Bank, Kemaman...sebelum tu farewell kat Perwira Affin Bank, HQ.

    ReplyDelete
  6. KHAYALKHAYAL > Istilah “kehilangan” itu terlalu subjektif... I belum rasa pun...


    FA > Kalu farewell beramai-ramai, malu lah nak nangis.. hehehehe Saya BELUM pernah diraikan dalam farewell, sebab saya tidak pernah berhenti secara rasmi. Dulu berpindah2 pejabat sahaja. Cuma sekali ofis tutup sbb ekonomi teruk (1996–2000). Sejak itu join yg sekarang hingga ke hari ini..

    ReplyDelete
  7. Aslmkm Azie.
    Arini ari biul Kak G agaknya! ... dr awal pg tak faham sgt apa yg jd :(
    So, Kak G faham Azie akan berpindah Majikan/cawangan keje, ye ke?
    Semoga terus ceria & bahagia, amin.

    ReplyDelete
  8. im baaaaccccccckkkkkkkk..!!! hahahaaa tatau nak komen apa pasal 10 hari tak online

    ReplyDelete
  9. Sis

    Rezeki ada dimana-mana, mungkin lepas ni akan dapat yang lebih baik. Insya Allah

    Kat Bangkok ada banyak kerja kosong tu, banyak kekosongan sebab gang t-shirt merah ramai yang resign dari Jabatan Kerajaan Thailand.

    Ha ha ha

    ReplyDelete
  10. Salam KAK G > Maaf, kerana mengelirukan Kak G. Hehehehe... Sebenarnya ni sambungan dari kisah beberapa hari dulu (sebelum bercuti) My ofis relocating ke luar negara... Saya terpaksa resign sebab tak leh ikut.

    ReplyDelete
  11. HISYAM....."Insya Allah kalau ada jodoh"

    ha ha ha

    ReplyDelete
  12. ICE > MAK rindu sama kamuuuu...! Tercari-cari di mana kamu, kemana menghilang. Merajuk kah? Berguling di tanah tak sapa nampak? Atau hentak kaki di lantai macam nak roboh takda sapa kisah? Kesiaaannn! Harharhar!

    ReplyDelete
  13. ALID > Jangan terkejut tetiba kita bekerja di bawah bumbung yang sama.. Ahaks!!

    SERI BULAN: “Jodoh sudah ditentukan, yang pasti bukan dengan kamu”. Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  14. merajuk dengan AMOI... wakakakakaaaa sabo aje laaaa...

    ReplyDelete
  15. ICE > Itu AMOI ada kat umah. Dah 2 hari balik, Prep seminggu. Ada 4 paper exam lagi..

    Mai ler umah... tapi dia tak masak apa pun, sebb dia tak reti masak lagi.. Harharhar!

    ReplyDelete
  16. amin bin khalif

    saya pun tidaq benciiiiiiiii gilerrrrr maksud saya tidaq marah n tetapi tidak penah mahu marah worang. apa saya cakap inih
    ahaksssssssssssssss lariiiiiiiiiiii lagihhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails