Menyambung pelayaran (kalu boleh dipanggil belayar), kami ke jeti seterusnya iaitu tempat peliharaan beberapa jenis ikan. Ada yang dikurung dan ada juga yang dilepas begitu sahaja.
Kami disambut oleh seorang penjaga kawasan tersebut (yang aku rasa seorang nelayan yang berpengalaman luas); PAK BAKAR. Begitu mesra sekali beliau menyambut kami dan menerangkan segala macam tentang ikan-ikan yang dijaganya.
Antara yang memukau pandangan.
Jerung kecil. Ada 3 ekor yang kelihatan.
Yang kecil-kecil itu adalah Ikan Sumpit. Dipanggil begitu kerana ikan ini boleh melompat tinggi untuk menangkap makanan dengan cara “menyumpit” menggunakan muncungnya. PAK BAKAR menggunakan roti (yang dibasahkan) sebagai makanan. Dilekatkan di tiang kayu dan kemudian menyeru, “Tembak..! Tembak..! Sumpit..!”
Dan ikan itu tiba-tiba melompat menangkap roti tersebut. Roti itu bukan untuk dirinya sendiri, tetapi dijatuhkan untuk direbut oleh ikan-ikan lain. Wahh.. sungguh menarik dapat melihat sendiri ikan-ikan itu melompat dan menyumpit dengan pantas. PAK BAKAR juga menerangkan Ikan Sumpit juga boleh meyumpit jari sekiranya kita tahu cara meletakkan jari kita (di birai lantai) dan mesti pandai menyeru. Beberapa orang dari kami berpeluang mencuba dan aku sendiri dapat merasai bilamana Ikan Sumpit menyumpit jari. Wooww! Best nyaaa....
Di sangkar berhampiran pula, kami ditunjukkan beberapa ekor ikan pari yang jinak. Agak besar. PAK BAKAR mempelawa kami menyentuh dan membelai. Kerana menurutnya, ikan pari tidak ganas. (Malah aku yakin, binatang tidak ganas selagi tidak diganggu dan merasa terancam). Sempat pula PAK BAKAR bercerita tentang host siri Crocodile Hunter yang mati ditikam sengat pari kerana berada terlalu hampir dengan pari.
Terdapat 5 ekor ikan pari yang menurutnya telah diberi nama suatu ketika dulu oleh pelancung dari Timur Tengah. Ada yang bernama Fatimah, Abdul, Omar... (lagi 2 aku tak ingat lah, sebab PAK BAKAR asyik panggil yang 3 ini saja). Setiap kali nama dipanggil, pari itu timbul dan PAK BAKAR memberi salam dan menyebut, “rombongan dari KL mai nii...” hehehee... Ramai juga yang berpeluang membelai pari tersebut.
Kami juga ditunjukkan dengan spesis haiwan laut yang lain iaitu belangkas. Bagi aku yang memang berasal dari kampung yang dekat dengan laut (wpun kami bukan nelayan) melihat belangkas sudah biasa bagi aku semasa kecil dulu. Malah aku sendiri pernah makan telur belangkas (yang dibakar garing).
Belangkas merupakan spesis yang masih dalam kajian pihak barat yang mengibaratkan belangkas sebagai dinasour yang masih ujud sejak berjuta-juta tahun sedangkan dinasour lain sudah pupus. PAK BAKAR menerangkan belangkas betina mempunyai 3 duri manakala belangkas yang mempunyai lebih dari 3 duri adalah belangkas jantan. Darah belangkas berwarna biru dan dikatakan boleh mengubat kanser. (Tidak pula diterangkan sejauh mana keberkesanannya)
Kami meneruskan pelayaran menuju ke kawasan habitat helang. Di sini helang dipanggil dengan cara pemandu bot “menderum-derumkan” enjin bot dan kemudian menabur kulit ayam sebagai makanan (umpan). Dan kami berpeluang melihat helang berlegar-legar (yang muncul dari celahan gunung dan bakau) dan kemudian menjunam menangkap umpan dengan kakinya yang tajam.
Bot kemudian membawa kami terus menuju ke arah laut lepas tetapi tidak dapat melepasi sempadan marin, sekadar berlegar-legar dan kami menikmati alam semula jadi yang penuh kehijauan. Walaupun cuaca terik tetapi terasa nyaman dan dingin. Di sekeliling dipenuhi dengan hutan pokok bakau yang menjadi daya tarikan. (Rasanya Malaysia merupakan negara yang mempunyai hutan bakau paling banyak di dunia, kan?)
Pokok bakau wujud sejak berjuta tahun dahulu dan menjadi penting kepada hidupan laut (dan pelbagai lagi kepentingan yang kalu aku salah sebut salah pula tafsiran nanti). Bot yang kami naiki bergerak sekejap laju sekejap perlahan kerana kelajuan bot akan mengakibat ombak kuat yang akan menghakis pokok bakau. Ternyata pemandu bot sangat pakar dalam bidang ini.
Kami ditunjukkan pelbagai bentuk gunung dan bukit dan juga pulau-pulau kecil. Ada yang berbentuk seperti “baby face” (memang betul) dan juga Pulau Kasut kerana berbentuk seperti kasut. (Tiada gambar jelas kerana ketika ini, bateri kamera sudah nazak...)
#...bersambung...#
berani nye kak pegang belangkas...sy takut...huhu...tgk rupa bentuk dier yg agak 'ganas'..huhu..mcm budak kecik lak!
ReplyDeletepsst..next month sy lak ke langkawi...
Amboi... panjang sungguh kisah langkawi. Boleh jadi hikayat seribu satu malam.
ReplyDeleteSITI > teruskan membaca, mungkin ada maklumat yang boleh dikongsi dan boleh digunapakai...
ReplyDeleteVIC > beribu-ribu malam...