Tuesday, April 6, 2010

Siaran Tertunda, tapi Gambar Kenangan Masih Segar...

Memang sepanjang Mac, aku langsung tiada waktu rehat yang panjang. Ada saja program. Dan plan untuk balik ke PB, menjadi agenda yang tidak boleh ditangguh lagi.

Walaupun agak singkat masa, tetapi sentiasa menjadi cukup bermakna.

Mercu tanda bandar Parit Buntar. Terletak di tengah-tengah pusat bandar. Aku transit di Taman Damai.

MAAFkan aku, kerana aku tidak akan bercerita banyak tentang program family, tapi lebih selesa bercerita catatan perjalanan sahaja. Sekadar perkongsian yang menyeronokkan.

Dalam perjalanan dari PB menuju Pulau Pinang, terhibur melihat kenderaan unik ini. Budak-budak tak lepas pandang melihatnya, sebab dia berada di belakang kami. Pemandunya pakai topi keledar.


Kerana dia pun perasan kami leka menengok dan snap gambar, pemandunya lambai kedua-dua tangan. Harharhar!


Lunch di kedai yang popular ini, dalam daerah Kubang Semang, Bukit Mertajam. Memang sangat murah dan ikan bakarnya sungguh fresh. (3 ekor talapia bakar + keli bakar, sayur 1 mangkuk, ulaman + sambal belacan, nasi 4 pinggan + air minum 8 gelas (fresh oren 2 gelas, limau ais 3 gelas dll) = total RM21 sahaja. Murah tak?)


Kg Pertama — rasanya dalam daerah Permatang Pauh. Diceritakan oleh adik aku, ada 2 buah masjid di kampung ini; satu Masjid Batu dan satu lagi Masjid Kayu. Jarak cuma sepelaung. Kenapa ada 2 buah masjid? Harharhar... jangan tanya aku, nanti terpesong isunya.


Memang tujuan pertama mencari jeruk. Adik aku rekmen kedai ini. Pusat jualan jeruk satu-satunya di daerah ini yang milik Melayu. 100% buatan orang kita. Kata penjualnya, “memang banyak lalat, sebab kita tak guna ubat tahan banyak. Kalu kat kedai lain, takda lalat datang sebab ubat tahan sangat kuat, Kak...” Hemmmm.. Dulu aku selalu beli jeruk pala (dan pelbagai jenis jeruk di Chow Rasta, Georgetown – dekat jeti. Memang susah nak cari lalat) — Klik pic, leh lihat dengan jelas alamat kedai tersebut.







Masih ingat makanan ringan ini? SAGUN. Dolu-dolu masa kecik, buat sendiri jer kan? Makan dengan kawan-kawan bawah pokok jambu. Jangan bercakap nanti tersembur, tapi kadang2 tu saja jerrr bercakap sbb nak sembur muka kawan. Harharhar!



Memang cuaca sudah mendung kala merentas jambatan. Dalam setahun berkali-kali ulang alik ke sini, jadi sudah tidak kisah lagi tentang jambatan. Malah sekarang aku lebih gemar jika dapat ke seberang dengan feri. Tapi kerana mengejar masa, lain kali lah nampaknya.

Singgah Seagate Beach, Bayan Lepas. Aku belum pernah sampai sebelah sini. Selalunya port aku kalu ke sini adalah Teluk Bahang, Georgetown, Pantai Mutiara, Batu Feringghi dan Batu Maung saja.





Ya, memang benar, nama pantai ini diambil dari nama kilang Seagate di situ. Kilang yang memang top sejak dulu lagi. Makan rojak dan mencendol.


Sempat snap pic kapalterbang yang terbang rendah. Berhampiran lapangan terbang Bayan Lepas ni.



Ya, ya blog aku. Sudah tentu gambar aku lah yang banyak. Tak per, kan?


Kami keluar beramai-ramai bawa BONDA nak shopping. Tesco Jelutong, Pulau Pinang. (Ya, aku teringat juga kepada blogger SITI MURNI, kalulah ada no hp dia, harus aku tepon dia. Leh gak jumpa sambil lepak-lepak. Lain kali lah nampaknya)


Terimakasih. FM terkini, dihadiahkan oleh sorang kawan ofis.






~...SERI BULAN sudah berjanji, sesuatu yang berbunyi “platonik” tidak mungkin bertukar menjadi platun atau tonik. HISYAM tidak mungkin menjadi RAHMAT. Jangan lupa itu...~


19 comments:

  1. wah..balik dr utara,"umah" pun terus renovate ek...cantik..cantik..ungu lagi tu...

    tengok sagun tu,teringat dulu2 masa sekolah rendah acu bawa sagun tu jual masa ngaji quran petang2...kakak acu yg buat kan..sebungkus seposen...sedap...emm..dh lama x makan...

    ReplyDelete
  2. ACU > sagun ni kita bungkus dalam kertas segi tiga panjang, kan? Kalu makan, pecahkan skit kat ujung tuang masuk mulut. Wahhh seronok betul lah masa tu kalu dapat makan... ummmhpp umpphhh.. tak leh cakap nanti tersembur muka ACU...!

    ReplyDelete
  3. Makan angin bersama keluarga,seronokkan gi ramai2.

    Azie mengingatkan kak Zai masa lalu, sagun... senyum sorang2 he3...

    ReplyDelete
  4. KAk ZAI > senyum sorang2 tu tingat sembur muka orang atau kene sembur dengan sagun? Hikhikhik!

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. bersama keluarga. Tengok makanan bersama ulam dan ikan bakar.. perghhhh... Nasib baik minta fresh orange dapat jus oren.. kalau dapat buah oren??? harharhar...

    ReplyDelete
  6. KAK CIK > harharhar! buah oren tu agaknya banyak di tanam di Sarawak kan?

    ReplyDelete
  7. tengok jeruk yang tak tahan tuh, meleleh dibuatnya

    ReplyDelete
  8. Hish ... CURIOSITY of benjamin button betul ler akak ni, sapa Hisyam tu.

    Tapi seronok tengok gambar gambar akak, meriah sungguh. Yang paling best tengok restoran ikan bakar yang murah giler. Kasi tahu kat mana leh, masuk ler map sekali ;)

    Akak, sapa budak lelaki yang comel giler tu, rasa nak cubit cubit pipi dia.

    ReplyDelete
  9. amboiiiii jalan2 makan angin gak ya :D

    ReplyDelete
  10. kalau nak tengok driver pakai helmet macam tu dtg area Rawang - Bkt Beruntung
    selalu ade...

    jeruk pala...meleleh ayark lioQ dah aihh

    p/s - lebih berkenan kt tirai tepi blog ni...

    ReplyDelete
  11. Alamak cantiknya background blog ni skang.... ada reben kaler purple lagi. Rasa macam nak gunting je ala2 menteri buat perasmian tu. ekekekek...

    Terliur tengok jeruk tu. Vic paling suka sekali jeruk mangga, tapi lepas makan biasanya akan batuk2 selama 2 hari. Sebab tu kalau nak makan kena sorok2... kalau tak kena marah ngan suami vic.

    ReplyDelete
  12. wah rindunya dengan semua...rugi tak pat balik...mkn ikan bakar hanya rm21???giler murah..

    btw, jeruk tu ada cwgn kt kpg baru kan..hehe

    ReplyDelete
  13. Bila sebut 'platonik', maka beta saja nak berlagak sikit... eheks...

    Simbiotik, Bukan Platonik

    Tak perlu ada rasa antara kita
    sekadar hubungan tanpa cinta
    namun bukan sekadar kawan
    antara lelaki dan perempuan

    Tak perlu ada cinta di hati
    tapi boleh saling merindui
    namun bukan sekadar kawan
    antara lelaki dan perempuan

    Tak perlu hubungan platonik
    antara kita sekadar simbiotik
    namun bukan sekadar kawan
    antara lelaki dan perempuan

    Biar kita boleh bercumbuan
    atau semahu-mahunya berkucupan
    atau lemas bila saling berpelukan
    tanpa perlu ada perasaan

    Aku perlukan dirimu
    dan mengharap kesudianmu
    namun bukan sekadar kawan
    antara lelaki dan perempuan

    Berikan aku tanda
    sama ada kau menerima
    antara kita hanya simbiotik
    tanpa perlu ada platonik
    namun bukan sekadar kawan
    antara lelaki dan perempuan

    ~30 Oktober 2006~

    ReplyDelete
  14. CEMOMOI > jangan sampai air liur tumpah di keyboard. Harharhar!


    ACIK MLMW > Buat masa ini Biarlah Rahsia... Ahaks!
    Klik pic leh nampak alamat tepat kedai jeruk Pak Ali.
    Yang comel tu anak adik Kak AA. Comel kan? Macam Mak Menakan dia gakkk... Harhahar!

    ReplyDelete
  15. IXORA > I makan angin gak, cuma tak naik kapalterbang jerrr...


    KUJIE > ada ek driver bawak rangka lori cenggitu kat sini? Ops! air liur sudah kena keyboard tuh...

    ReplyDelete
  16. VIC > Kalu tekak tak tahan, memang tak leh makan jeruk ni, nanti semalaman batuk.
    Thanks, lawa ek riben tu.. Bleh ler melaram sampai raya tahun depan.. Harharhar!



    DATIN IKIN > Nanti kalu balik, ajak Cik TUN singgah kedai ikan bakar tu, dekat masjid Kg Pertama.. Perhhh sedappp...!

    ReplyDelete
  17. BRO > I like...! Sajak tu sangat ori dan sangat menepati citarasa I lerrr... Thanks.

    ReplyDelete
  18. waa...bestnyer....

    lain kali pergi la taman negara pulau pinang di hujung jalan tegak lepas roundabout telok bahang. siap ada tempat penetasan penyu lg di sana

    peserta gathering blogger rawang yg masih tiada blog...huhuhu:-)

    ReplyDelete
  19. ZULPJJ > terimakasih idea. Harus juga pergi suatu hari nanti. Lagipun saya ada 3 orang adik menetap sekitar Teluk Bahang. Taman Rimba Belia saya dah pergi, siap mandi kolam lagi.. Feringghi Beach dah jemu. Mutiara Beach baru merasa mandi sekali...

    Ada banyak lagi tempat yg saya nak pegi tu..

    Nanti buat blog, bagitau yerrr...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails