Friday, April 23, 2010

Langkawi 3H2M_•06: Dulu Makam Kini Kota...

Naik ke daratan, kami singgah di pusat jualan gamat yang besar, Nusantara Enterprise. Ramai yang mengambil peluang shopping pelbagai produk berasaskan gamat. Aku tidak dapat snap pic replika botol gamat yang sebesar bas di tepi jalan tu, sebab cuaca sangat panas dan kamera dah takda bateri. Kerana aku sudah pernah datang ke sini, jadi tidak ralat sangat.

Snap pic ni dengan hp. Suasana dalam kedai Nusantara.

Pemandu pelancung kami, Pn ANA.

Menurut Pn ANA, gamat hanya terdapat di kawasan pantai yang berbatu karang sahaja dan setakat ini hanya terdapat di Langkawi dan Pulau Pangkor. Manakala gamat tidak hidup di pantai yang berpasir. Gamat aktif di waktu malam sahaja dan pembiakannya adalah dengan bertelur. Sekiranya gamat dikerat atau dipotong dua dan diletakkan berdekatan di dalam air, ia akan bercantum semula dan hidup menjadi seekor gamat. Sekiranya diletakkan berjauhan, ia akan menjadi 2 ekor gamat. Gamat dijadikan ubat menggunakan airnya sejak 200 tahun dahulu lagi. Antara pihak yang pernah membuat kajian adalah UKM yang mengkaji gamat selama 5 tahun dan menemui gamat berupaya dikomersilkan.

Sepanjang jalan ke lokasi seterusnya, Pn ANA bercerita Langkawi suatu ketika dulu sangat kaya dengan hasil batu marmar dan pernah jalan-jalan raya di Langkawi menggunakan batu marmar yang terdiri dari 3 warna; putih, coklat dan hitam. Tetapi tidak lagi digunakan kerana faktor harga yang tinggi.

Kami juga melintasi sebuah hospital lama yang dibina pada 1915 di mana Tun Dr M pernah bertugas di sini selama 1 tahun (1956) sebelum membuka klinik di Alor Setar. Manakala Tunku Abdul Rahman AlHaj juga pernah bertugas di sini, sebagai Pegawai Daerah Langkawi.

Kemudian, kami dibawa ke sebuah restoren masakan kampung yang popular dengan Ikan Bakar. Memang aku selalu dengar tentang restoren ini. Ternyata memang ramai sekali orang termasuk pelancung-pelancung dari luar negara yang makan dengan tangan.

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Makan ramai-ramai
Bayar satu-satu


Memang sedap. Layan diri. Ambil, bayar dan makan. Air pun ambil sendiri, tetapi murah. Segelas macam biasa kita minum cuma 50 sen sahaja.


Lokasi lawatan seterusnya, Padang Matsirat melawat tapak Beras Terbakar.


Beras terbakar merupakan salah suatu kesan sumpahan Mahsuri yang berlarutan sehingga 7 keturunan. Selain itu, serangan Siam juga merupakan salah satu sumpahan yang menjadikan Langkawi seperti padang jarak padang tekukur.



Tapak beras terbakar berada di laman rumah PAK KU HASSAN (aku tidak pasti kaitannya dengan Mahsuri). Dulu semasa aku kecil, aku pernah melihat beras terbakar ini dalam kotak mancis dan dijual kepada pengunjung. Tetapi sekarang, tiada lagi beras terbakar ini yang dijual, hanya dipamerkan sahaja kerana semakin pupus.

Sepanjang jalan masuk ke tapak beras terbakar, terdapat banyak sekali bazar jualan cenderahati dan paling popular sekali sudah pasti kain batik sarung dan kain pelikat. Kain pelikat yang disebut Benang Seribu, Benang 5 Ribu dll (aku tidak pandai bab ini) sungguh bermutu tinggi, halus dan lembut dan kami dibawa ke sebuah kedai yang sering menjadi kunjungan trip Puan JAMILAH. Kedai Abg ZACK yang memberikan harga istimewa.

Semasa ramai ahli rombongan sibuk tawar-menawar aku berkesempatan meninjau cenderahati dan barangan seni lain termasuklah Fridge Magnet. Ya.. harus beli nih...

Special pic buat CALUK The Guru Besar of CALUK CORNER. Hehehehehe.. suka tak?

Kemudian menuju ke lokasi lawatan seterusnya, yang menjadi mercu sejarah Langkawi.


Makam Mahsuri dijadikan muzium dan sejak 2005 telah menjadi Kota Mahsuri. Seluas kira-kira 52 ribu hektar.

Dengan tiket masuk muzium RM5 seorang, pelbagai barangan lama milik warisan Mahsuri dipamirkan. Malangnya kamera tidak dibenarkan mengambil gambar. Memang menjadi larangan. Di muzium ini terdapat pelbagai jenis perhiasan wanita zaman Mahsuri termasuk gelang tangan, gelang kaki, kerongsang, mahkota dan pakaian. Juga terdapat 7 keping siling purba yang bernilai tinggi sekarang, peti besi yang berharga dan keris kecil yang dikatakan sebagai senjata yang membunuh Mahsuri kerana difitnah birasnya sendiri. Kami juga dipertontonkan tayangan filem (lakunan semula) selama 10 minit sejarah Mahsuri sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Selain itu juga terdapat sebilah pedang milik Wan Deris, suami Mahsuri, yang digunakan untuk berperang. Selepas kematian Mahsuri, Wan Deris membawa anak mereka Wan Hakim ke pesisir latut dan kemudian merantau hingga ke Siam. Sehingga hari ini, keturunan ke 7 Mahsuri (AISYAH) menetap di sana.




Telaga Mahsuri. Dikatakan meminumnya boleh mengubat pelbagai penyakit, termasuk bagi pasangan yang inginkan cahayamata. Aku? Tak yah lahhh... celup tangan dah lah.

Rumah Mahsuri.

Pelbagai alat pertanian tradisional yang dipamerkan di bawah Rumah Mahsuri.


Di belakang kawasan muzium Mahsuri juga terdapat panggung teater (Panggung Mek Mulong), pentas permainan tradisional (Ghazal dan Cak Lempong) juga beberapa replika perkampungan Kedah.


Di luar pula terdapat beberapa gerai jualan pelbagai cenderahati dan makanan tradisional. Bila disebut makanan tradisional yang popular di Kedah iaitu Kuih Karas, ingin sekali aku melihat cara membuatnya. Teringat, dulu semasa aku masih kecil, aku pernah melihat orang membuat Kuih Karas menggunakan acuan tempurung. Lalu aku pergi mencari gerai tersebut walaupun cuaca begitu terik sekali. Malangnya penjualnya tiada di gerai. Hanya ini sahaja yang sempat disnap, buat memuaskan hati. Bertanya-tanya dengan penjual di sebelah, memang acuan yang digunakan adalah acuan tempurung, tetapi tidak menjadi rezeki aku untuk melihat. Sayang sekali...

#...bersambung...#



~...SERI BULAN vs HISYAM...~

6 comments:

  1. terima kasih berkongsi info. sekurang2nya ada idea tempat2 menarik utk di lawati nanti

    ReplyDelete
  2. EELOBOR > cerita belum habis. Ada lagi. Teruskan membaca yerrr....

    ReplyDelete
  3. Waa... Best la sis

    aku teka:-
    HISYAM mesti menang punya

    ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Menang sorak? ok ler tuh... harharhar!

    ReplyDelete
  5. terharu hu hu mokyang ingat gak katak yer kih2

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails