Wednesday, April 21, 2010

Langkawi 3H2M_•01: “Selepas 3 tahun...”

Yes... Selepas kira-kira 3 tahun, untuk kali keduanya, aku tiba di tanah Mahsuri, pulau yang penuh lagendanya yang tersendiri. Sungguh teruja aku. Dengan hasrat yang sangat besar, dan keinginan yang tinggi untuk melihat lebih lagi keistimewaan Langkawi yang dulu tidak sepenuhnya aku nikmati.

Ketibaan kami, rombongan seramai 45 orang di awal pagi sungguh melegakan. No rush. Agak relax dan masa begitu panjang dengan kesempatan masih ada waktu Subuh. Kami tiba di jeti Kuala Perlis tepat jam 6.00am. Terimakasih kepada pemandu yang begitu cekap, dan bas sungguh selesa (baru beli 4 bulan).


Mendapat feri seawal 8 pagi (paling awal jam 7am rasanya), sungguh melegakan kerana sudah pasti dapat check in seawal yang boleh bagi merebut masa tidur dan berehat sebelum memenatkan badan untuk acara seterusnya.




Ya, LADA DUA membelah samudera. Aku hampir tidak dapat menahan mata, tetapi peluang melihat keindahan di luar sana, tidak harus dilepaskan. Apa guna bercuti jika dihabiskan dengan tidur?




Tiada yang tidak indah.


Melihat dari jauh sahaja sudah cukup mengujakan. Tidak sabar untuk lebih dekat. Kerana dulu, tidak berkesempatan langsung ke dataran itu.


Ya, akhirnya. 1 bilik 3 orang. Aku berkongsi dengan seorang lagi kawan lama yang pernah 3,4 kali bersamaku dalam trip sebegini; KAK ROSEMERA. Juga seorang lagi kakaknya. Sungguh seronok kami dapat bersama lagi kami kali ini. Sekepala. Tapi, bila malam hari, Ketua Rombongan yang juga kakak angkatku sejak tahun 2001 lagi, Puan JAMILAH ALI, menyelinap masuk ke bilik dan tidor sekatil dengan ku.

*Hotel REGION, dalam pekan Kuah, berhampiran Perpustakaan Awam.

#...bersambung...#


~...tiada pesanan pun buat HISYAM. Sebab kalu cakap banyak, nanti SERI BULAN kena bagi cekelat...Harharharh...!~



12 comments:

  1. hahaha.. macam ayat Abg Mus je.. 'kalau nak tidur, baik duduk kat rumah'! :)

    ReplyDelete
  2. waaa...kalo ini macammmmm...I tak yah gi Langkawi pun tak pe...silap tak kirim sudu garpu senduk! hehehee

    ReplyDelete
  3. Salam Kak, Hamboi dapat parking dalam Feri baik punyer, tepi tingkap lagi.

    Baca post akak ni seolah mengimbau siaran ulangan masa saya ke Langkawi Bulan 12 hari tu :)

    Membalas ke'jelaous'an nampak...hahahahahaha ;)

    ReplyDelete
  4. Adui... rasa nak ke Langkawi aje besok. ekekekekek

    ReplyDelete
  5. syok nye bercuti...acu pun tak sabar nak tggu hjg bln dpn..nak bercuti gak...huhuhu

    ReplyDelete
  6. hmm last pegi Langkawi bile yer..
    kalo tak silap 2 tahun lepas.

    tapi sedih sebab masa pegi tu keadaan langkawi tak terjaga..kotor..jambatan gantung tu pun dah pudar2 catnya.

    sekarang macamana keadaan kat Langkawi ek? ada perubahan ke?

    ReplyDelete
  7. langkawi dalam kenangan lama tak ke sana

    ReplyDelete
  8. salam...
    ishhh ..rasa ni pi jugak la cuti ni kat pulau tu...memang best bawak anak-anak..

    ReplyDelete
  9. teknik dari pengalaman, kan elok masuk Video dah tau ada suara burung dll lagi bagus..

    ReplyDelete
  10. Kak Zai tunggu anak balik dari Uk nak gi Langkawi dah janji masa datang tempohari.

    ReplyDelete
  11. azie,
    sekali-sekali naik feri, best kan.. pernah kami naik feri dari langkawi nak pulang Penang... hujan lebat, laut bergelora.. enjin feri terbakar...
    (macam cerita novel..)
    tunggu bantuan 3 jam jugalah.. dengan keadaan laut yang bergelora, melompat ke feri yg satu lagi... ngeri...

    ReplyDelete
  12. Berjalan sesaje kome...! Bestnyeeee...!!! Sesi melepaskan tensen ek?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails