Friday, April 23, 2010

Langkawi 3H2M_•08: Dari Pulau ke Padang Besar berdendang hingga ke KL...

Isnin 19 April 2010.
Check out.

Sebelum bertolak balik ke KL semula, kami bergerak menuju Perlis untuk memenuhi hasrat sebahagian lagi ahli rombongan yang ingin menyambung agenda shopping di Padang Besar.



Bagi yang memborong banyak barang, tidak susah untuk mengendalikan barangan. Porter sudah sedia menanti sejak di parking bas lagi. Dengan bayaran RM30, troli besar disewa dengan kendalian seorang muda yang akan membawa sehingga ke feri. Bagi yang hanya 3,4 beg, cukup dengan troli kecil dan sewa RM1 tetapi ditolak sendiri. Sesuatu yang harus diingat, apabila melihat begitu ramai kakitangan feri yang sukarela membantu mengangkat barangan kita, wajarlah kita memberikan seringgit dua sebagai tip bagi penat lelah mereka di tengah panas mengangkat barang yang bukan ringan.

Team berbaju kuning adalah pekerja jeti yang dibayar RM30 untuk mengendalikan satu troli besar.



Kerana aku sudah berkali-kali ke Perlis, juga berkali-kali ke Padang Besar, perasaan teruja tidak lagi setinggi mereka, malah berhasrat untuk tidur nanti di dalam bas.


Sebelum tiba di Padang Besar, seperti selalu Puan JAMILAH akan membuat cabutan bertuah. Ramai yang bertuah mendapat hadiah.


Aku dapat hadiah tudung yang cantik ini. Start jer keja, terus melaram.





Lunch di Restoren TOK MEK, berhampiran Empangan Timah Tasoh. Ini merupakan kali kedua aku makan di sini.


Lepak sebab dah bosan berkeliling.


2 benda yang aku mesti nak snap bila berada di kawasan Padang Besar. Skuter comel berplat Thailand, dan air lemonad saiz comel yang belum pernah lagi aku jumpa di tempat lain selain di sini.

Perjalanan balik ke KL.


Dinner di R&R Simpang Pulai.

Yang sporting, layan lagu-lagu lama berkaraoke.

Kami selamat tiba di KL kira-kira jam 11 malam.

Terimakasih kepada semua yang bersama aku sepanjang percutian 3 hari 2 malam. Ada banyak lagi foto di FACEBOOK Album Pulau Lagenda 01 & 02.

#...tiada sambungan lagi...#



~...SERI BULAN sangat berterimakasih kepada HISYAM yang sudi tebaskan lalang, siramkan bunga, bagi makan ayam itik di reban, sepanjang dia merantau tak bagi tau...~


6 comments:

  1. sis

    Bestnya...jeles tengok gambar

    HISYAM tengah prepare invoice dan claim pada SRIBULAN, mana ada orang buat kerja free sekarang...

    ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Harharharhar! HISYAM tolong tak ikhlas...!

    ReplyDelete
  3. Salam azieazah
    Alhamdulillah dapat bercuti dgn seronok & sihat. Gambar kawasan helang & ikan mengingatkan saya cuti terakhir dgn arwah ibu. Kami juga ke situ. Babak2 itu menggembirakan; kenangannya yg memilukan. Teringin pengalaman naik feri utk ke sana lagi satu hari nanti. Tahun bila pula azie buat rombongan lagi?

    ReplyDelete
  4. amin bin khalif

    manyak lah kawan makkkk > cuaca panasssssssss di planet > larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ahakssssss

    ReplyDelete
  5. Salam Bang TEMUK..

    terbaru trip ke Langkawi pada 2-5 Julai akan datang. Nak join?

    sila baca entri "Pemberitahuan.." saya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails