Hari ini merupakan hari yang penuh dengan agenda lawatan. Kerana pakej kami lengkap dengan pengangkutan dari KL juga sepanjang hari ini di pulau, tidak bimbang tentang perjalanan seharian ini. Bas yang disewa khas (yang juga mengambil kami di jeti untuk ke hotel) tiba seawal jam 8 pagi.
Sempat lagi, sementara tunggu bas.
Novelis Puan Faridah (NIKI AIDA) bersama suami En ROSMAN, antara ahli rombongan. Sudah 14 kali mengikuti trip bersama Puan JAMILAH. Menulis 8 buah buku mengenai telepati dan seangkatannya. (Aku tak reti nak ulas, sebab tak tau apa itu telepati secara tepat...)
Selesai bersarapan, tempat pertama adalah untuk menaiki bot untuk ke Kilim Geoforest Park. Aku tidak pasti dalam kawasan mana. Silap tak tanya. Perjalanan kira-kira setengah jam dari hotel. Tapi kelihatan kami seperti melalui jalan yang sama juga seperti semalam...
Dengan bayaran tiket RM30 seorang dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak 4–12 tahun, 3 buah bot disewa bagi membawa ahli yang ingin menyertai pakej ini. Ada juga yang tidak ikut serta kerana sudah pernah melawat tempat sama sebelum ini. Lalu jadi penunggu jeti sahaja sambil membeli cenderahati di gerai-gerai. Langkawi ni, mana-mana pegi pun ada saja gerai cenderahati.
Aku dan PUAN JAMILAH dalam bot yang sama dan bot terakhir berlepas. Jadi tidak banyak maklumat dapat aku catitkan kerana Pemandu Pelancung PUAN ANA, berada dalam bot yang pertama.
Tumpang memandu sekejap..!
Part yang paling best...!
Hentian pertama adalah Gua Kelawar di mana habitat kelawar dapat dilihat lebih dekat. Kami dibekalkan lampu suluh dan bergerak dalam kumpulan dan Pn ANA menjadi ketua di hadapan sambil menerangkan begitu banyak maklumat tentang kawasan sekitar.
Yang menarik, kelihatan begitu banyak beruk liar di sepanjang jalan yang kami lalui.
Seorang budak sudah terperanjat kerana seekor beruk liar ini dengan pantas sekali merampas botol 100-Plus yang baru dibeli dari tangan. Tergamam sekejap budak tu. Melihatkan itu, aku cukup berhati-hati dengan barangan seperti topi dan kamera.
Bergerak masuk ke dalam Gua Kelawar yang gelap, hanya ini yang dapat disnap. Tetapi gua ini tidak lah besar dan sepanjang Gua Kelam di Perlis yang pernah aku masuk dulu, dan juga Gua Burma yang pernah aku jelajahi bersama-sama Jabatan Perhutanan Perlis dulu.
Gua batu yang unik, membentuk seperti muncung buaya. Unik sekali.
Pokok belalai gajah. Aku tidak pasti yang mana satu. Tak kenal. Juga terdapat pokok bogak yang wujud di kawasan batu kapur sejak 200 juta tahun dahulu.
Kawasan Gua Kelawar dibina seperti membulat, di mana jalan masuk bukanlah jalan keluar. Kami harus melalui jalan papan ini untuk tembus ke sebelah sana dan bergerak semula ke jeti. Aliran laluan ini memudahkan pelancung lain masuk dan tidak akan berselisih.
Kawasan seperti sedikit lapang ini, dikatakan pernah dijadikan tempat pertapaan pada suatu ketika dulu.
Konon nak posing bersama papan tanda Gua Kelawar, tiba-tiba riuh dari bawah. Rupanya beruk nakal tu sedang berusaha menarik zip beg sandang aku. Cemas tak hengga, kata orang...! Mujur aku sempat rentap balik. Kalu dia seluk dan bawak lari purse? Wuaaaa...! So, pic nak posing dah jadi pic candid. Padan muka beruk tu.. tak dapat yeyyy!
Bergerak lagi dengan bot untuk ke jeti seterusnya.
#...bersambung...#
~...memang tiada pantai, memang tiada sunset tapi kehijauan dan angin yang menampar muka sampai terasa hilang kedut, sudah cukup memberikan keseronokan...~
Salam Kak Azie..
ReplyDeleteCantik baju yang akak pakai... warnanya menambahkan lagi keceriaan akak di sana. Seronokkan bila dapat jalan ramai2 ni.. macam2 karenah dapat dilihat.
bestnya dpt menikmati keindahan alam macam tuh..btw, gambar dgn papan tanda tu mmg menarik..nmpk mcm ready tp candid.awesome ;)
ReplyDeletetak sabar menunggu 7hb depan.
ReplyDeleteperghhh!!! best nye kak...
ReplyDeletenie nk kena p langkawi gak nie...huhuhu
wah..anggun dah hilang kedut
ReplyDeleteHamboi jelingan kat beruk nakal tu sungguh menusuk kalbu gitu ... hahahahahahaha
ReplyDeleteEh! ada tangan la kat belakang akak :)
salam...
ReplyDeletememang best kan pi tempat tu....
ACIK > tangan tu sedang menolong zipkan semula beg sandang di belakang.. hehehehe....
ReplyDelete*Yang lain-lain, nanti bila free, AA respons komen korang yerrrr....!
merah..ai like ;)
ReplyDelete