Thursday, April 22, 2010

Langkawi 3H2M_•03: “Tajuk sama: Memang tak sangka...”

Selepas maghrib, blogger yang disebutkan dalam entri terdahulu, tiba mengikut jadual. Kami pergi makan di sebuah restoren yang disebutnya sangat popular kerana ramai sekali orang datang makan.




Bersama seorang lagi rakan, HAJI RAHIM yang merupakan kawan UNCLE SHAHRIR ketika sama-sama bertugas di Madinah.

Terimakasih UNCLE, yang sudi datang meraikan tetamu dari KL ini. Kami sebenarnya tinggal tidak jauh di KL. Tamannya dengan taman aku, dekat sekali. Dalam kawasan Ampang juga, tetapi tidak pernah pula kami plan berjumpa. Lagipun UNCLE sebelum ini bertugas lebih 3 tahun di Jeddah dan Madinah. Baru saja balik semula ke tanahair setelah mendapat tawaran dari Langkawi Lagoon Resort.

Aku memang membaca blognya dari awal dan sentiasa terus membaca kerana begitu banyak pengalaman mahal yang dikongsinya.


Restoren Wonderland yang sangat popular. Pengunjung sentiasa bertali arus. (Esoknya baru aku tahu, kawasan itu bernama Trimula)
Terimakasih UNCLE.

Juga ada STORY yang ditulis beliau di bawah tajuk yang sama. (Aku yang sebenarnya tiru tajuk dia...)




2 pic terakhir itu dari blog UNCLE. Thanks...!


~...HISYAM mesti jeles jika tengok ikan yang enak banget itu...kan? kan?...~


6 comments:

  1. ...berlibur ni mmg seronok..bebas dari kehidupan harian..bila next trip?

    ReplyDelete
  2. RAZIFF > next trip ada.. Nanti saya akan sebutkan dalam entri seterusnya.. tungguuuu....!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie...

    Wah seronoknya. Rindu nak makan ikan fresh macam dalam gambar tu.

    apa khabar kak?

    ReplyDelete
  4. Mok Yang

    Waaa...Makan sedap, suasana best, kawan kawan very friendly. Seronok berganda kalau pergi holiday ada yang menyambut.

    HISYAM bukan setakat jeles tengok gambar ikan tu, tapi air liur meleleh sampai ke lantai....Sampai hati SRIBULAN, desus hati HISYAM..."Umai haratnyak aii, kada meniring kulaan jah

    ReplyDelete
  5. betui kata orang dunia ni kecik aje

    ReplyDelete
  6. Dear Azie.
    Memang tak sangka yang malam tu boleh jumpa ramai orang...amazing!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails