Friday, April 23, 2010

Langkawi 3H2M_•07: Dulu Lihat dari Jauh...

Acara kemuncak bagi setengah-setengah ahli rombongan adalah bershopping di pulau bebas cukai ini. Ya. Ramai yang kelihatan sungguh teruja.




Antara tempat popular di Langkawi yang menjadi syurga membeli belah adalah Idaman Suri (bukan Idaman Suami) dan Kompleks Hj Ismail Group. Di Idaman Suri, paling banyak adalah pinggan mangkuk dan barangan dapur, manakala di Ismail Group lebih banyak pilihan coklat dengan harga yang sangat murah. So, memboronglah mereka sehingga time lari, sehingga senget bahu mengendong.

Kemudian bas membawa kami ke lokasi terakhir iaitu Dataran LANG. Wahhh sungguh teruja aku untuk melihat dari dekat tugu LANG ini. Selebar 18 meter dengan kos 1.18 juta hasil sumbangan korporat dan dirasmikan oleh Tun Dr M pada 23 Oktober 1996.




Posing time...! Bersama AISHAH, pengantin baru yang mengambil peluang bercuti bersama suami dan kawan. Baru sebulan lebih kahwin, inai pun masih merah di jari.

Dari bayang, aku leh nampak ada 2 orang jurugambar...

Tidak sah ke Langkawi jika tidak borong coklat.

Cenderahati “mesti beli”.

#...bersambung...#


~...ALID, Magnet Peti Sojuk tu dah abih aaarrrr...~



3 comments:

  1. huwaaaaaaaaaaa........nak jugak!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. ALID.... banjir lah laman rumah SRI BULAN kalu nangis camtuh. Bertambah subur lah rumput tu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails