Wednesday, September 15, 2010

Syawal: Mak Ni, Belum Salam Dah Nangis?

Pagi raya yang meriah. Kecoh dan hingar bingar.

Yang lelaki bersiap ke masjid, yang suri sibuk menyiapkan sarapan. Sudahlah malamnya berjaga merebus ketupat (ada 2 jenis, yang dianyam dan yang segera), jaga lemang, masak wajik, masak rendang ayam dan rendang daging, kuah kacang.. Masak air. Cuci gelas pinggan dan segala jenis tok nenek kerja. Seperti juga orang lain bila tiba hari Raya.

Mujur juga cucu-cucu Mak Mertua aku ni sama banyak jer lelaki pompuan. Dan semuanya sudah boleh diharap buat kerja. Cuma perlu disuruh dan dimonitor. Mana yang kena basuh pinggan, sapa yang kena buang sampah, sapa yang kena cari kayu api.

Sejak petang hari terakhir puasa, acara masak memasak gunakan dapur kayu dengan kayu api gunakan kayu papan dari rumah lama yang dirobohkan. Kayu reput yang memang dilonggok oleh orang yang meroboh rumah dulu.

Salam bersalaman, memohon ampun maaf, halalkan makan minum, maafkan terkasar bahasa terlanjur kata.

Kelakar, Mak Mertua ku ni sensitif. Belum start sebut apa pun, dia dah nangis dulu. Tak pasal-pasal anak menantu cucu pakat gelak!

Yang best, Mak Mertua aku tiap tahun mesti sebut ayat ni, "Mak sayang semua, tak kira anak tak kira menantu. Sama yo..."

Selesai bermaafan sesama kami, baru bersarapan.


Menjamu selera, sebelum membuat perancangan untuk berkonvoi beraya di rumah saudara mara sebelah Mak Mertua di sekeliling kampung berhampiran (Bahau dan Juasseh).



Kenangan bersama mak-mak saudara sebelah Mak Mertua. Jarang dapat jumpa depa ni. Best jer rumah kampung (Batu Kikir) sebab rumah dia berdepan dengan sawah. Aku memang anak bendang, tapi lama sungguh tidak melihat sawah, so sangat teruja...!

CHAK dan sepupu AIDIL (muda setahun dari CHAK tapi nampak sebaya)

Raya Girls di tepi sawah. Pantang lepa, posing saja.


Yang bujang-bujang belaka.


Kemudian singgah pula di rumah ACIK (adik Abah Mertua) di Juasseh.


Bertemu dengan sepupu-sepupu yang ramai tinggal di KL tapi jarang jumpa tapi bertemu di kampung.

Selepas solat Jumaat, kami bergerak pula ke Ralau, Seri Menanti. Beraya di rumah seorang lagi abang ipar.

Tapi ntah di mana silap, malang sekali sebuah MyVi yang dipandu laju seorang wanita, cuba memotong dari depan, tak lepas sehingga nyaris menghentam kami. Mujur terkena side mirror. Yang menakutkan, bunyi cermin meletup tu sungguh kuat dan kami terpaksa berhenti seketika di tepi jalan. Panik dan bersihkan kaca yang bertabur dalam keta kerana kebetulan cermin tingkap tidak ditutup TOKLAKI.


Suasana kehijauan dan damai di sekeliling rumah kampung ini memang menyejukkan mata. Ada banyak pokok buah, juga ada 2 buaian.



Ada sungai kecil dan jambatan di belakang rumah. Juga ada banyak biri-biri dibela orang kampung berkeliaran. Suka budak-budak mengejar biri-biri maklum budak KL ni ramai yang jakun.



6 comments:

  1. seronoknya,,,,,,,,,,
    MAK MERTUA sis tu kan, mcm arwah nenek ayu..suka kata menantu ker, anak ker, sama jer..sayang semua

    adeh..excident pulak...nasib side mirror jer

    thn nie raya umah nelah tok laki, nanti syer kat umah family belah sis pula

    ReplyDelete
  2. AYU > Tahun ini tak sempat lagi nak balik beraya sebelah Kak Azie. Lagipun BONDA berkumpul di rumah adik di Penang. Tengah town plak tu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Salam bersalaman dengan ibu bapa serta dalam keluarga itu merupakan satu perkara yang menyayat hati saya. Huhuhu. Yelah, sebab byk buat salah.

    Sudah 21 tahun saya menyambut perayaan Aidilfitri. Setiap tahun sudah pasti sesuatu kelainan itu akan ada kerana masa sentiasa akan berjalan.

    Dari kecil kita telah dididik supaya salam ibu bapa di awal pagi raya untuk memohon kemaafan daripada mereka.

    Ada sesetengah orang yang saya perhatikan, mereka mendidik anak-anak mereka bersalaman dengan orang lain untuk mendapatkan duit raya.

    ReplyDelete
  4. AYIE > salam. Masih ada yang kurang menitikberatkan soal bersalaman dan bermaafan di pagi Aidilfitri. Tapi ini suatu perkara yang mulia, wajar diajar kepada anak-anak.


    ANYSS > Sakan cara kita la.

    ReplyDelete
  5. seronoknya raya tapi ada juga orang yang raya sendiri mengadap tempat kerja, lainlah orang kerja kerajaan

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails