Tuesday, September 14, 2010

Syawal: simpati dan airmata buat anak-anak mereka...

Seluruh negara gempar dengan kisah pembunuhan 4 individu yang bermula dari kehilangan mereka menjelang Syawal. Biarlah pihak berkuasa, PDRM meneruskan tugas mereka. Tahniah kerana dapat menangkap suspek dalam masa yang singkat.

Buat seluruh ahli keluarga mangsa, waris terutama anak-anak. Sedih pilu terharu, airmata simpati. Apapun, tidak lagi dapat mengubah keadaan. Kita sama-sama redha, sepertimana kata Rita, anak sulung arwah Datuk Sosilawati, mereka redha dengan takdir ini.

Janganlah lagi ditambah cerita, ditokok spekulasi kerana kita tidak tahu apa sebenarnya. Bukan bidang tugas kita untuk mempertikaikan tugas polis, atau menambahkan fakta.

Sama-samalah mendoakan kesejahteraan mereka. Sesungguhnya DIA Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

Buat anak-anak, semoga terus tabah dan terus cekal menghadapi ujian ini. Suatu hari nanti, kalian akan menjadi kuat seperti ibu dan ayah kalian juga.


Sebagai wanita, isteri dan ibu, aku tersentuh, sangat tersentuh dan pilu.
Al-Fatihah.

*Agak lewat aku menulis kisah ini...



9 comments:

  1. salam azie..
    sy pun rasa sgt sedih dgn pembunuhan yg sgt kejam ini...muga2 mereka yg melakukan itu akan mendapat balasan yg setimpal..mudah2an Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka..al Fatihah..

    ReplyDelete
  2. salam syawal azie
    Raya macam terasa sebu tahun ini bila mengikuti kisah tragis ini.Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  3. saya sengaja tak tulis...sebab terlalu sedih. lagipun byk blogger lain ada buat update tentang kes ini, jd saya baca dari blog mereka je.

    ape2pun, terlalu banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kes ini. nanti saya akan buat entri tentangnya.

    ReplyDelete
  4. Saya terlewat membaca kisah itu. Kematian yang mengerikan tetapi hati saya tidak tersentuh dengan kematian itu. Cuma saya tertanya tanya kenapa dibakar didunia

    ReplyDelete
  5. azie...
    dah qada dan qadar.. walaupun pahit.. anak isteri harus menerima. Paling sedih bagi keluarga ketiga-tiga lagi mangsa... dibunuh sekali akibat tamak dan haloba... mereka memang teraniaya.

    ReplyDelete
  6. Hello Azieazah, really sad and regret to read of the killings.
    Holy Smoke! Who would want to do this to a woman, as well her friends?
    Really sad at this festive season.....
    I hope those people get caught and given the appropriate punishment.

    Any idea why this happened to her?
    You keep well Lee.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails