Ahad
02-10-2011
Bersantai? Atau ada program makan-makan? Makan kenduri? Bagus.
Ramai tahu bila hujung tahun saja, ramai yang bernikah. Termasuk golongan selebriti. Yang terbaru adalah perkahwinan Norman-Memey dan Nabil–Nazirah. Berapa hantaran, berapa ribu berabis, berapa kali bersanding itu adalah perkara lumrah bagi mana-mana orang dalam dunia selebriti. Segalanya pasti mahukan yang terbaik kerana liputan meluas merata. Reputasi kena jaga. Soal sponsor pasti tidak dapat dielak.
Ramai juga tahu kontroversi antara Norman—Abby—Memey sejak kecoh rumahtangga bergolak, kemudian kes khalwat, bercinta dan akhirnya bernikah juga. Memang dah jodoh. Sesuatu yang harus dipuji, setidak-tidak mereka membuktikan perkara yang baik itu harus segera dilakukan.
Sebagai perempuan, pernah menjadi isteri, ibu kepada 3 orang anak, apalah agaknya perasaan Abby melihat bekas suami tersenyum lebar lagi kacak kelihatan bahagia bersanding di pelamin yang mahal, yang penuh terancang, ditaja jutaan ringgit, mendapat liputan meluas, dianggap Wedding of the Year.... uishhhh.
Begitulah putaran hidup. Ternyata mereka masing-masing menerima takdir yang berlaku, menerima segala ini dengan redha.

Melihat foto, nampak keikhlasan. Budak sekecil ini yang sudah tentu tidak pandai berpura-pura, jelas dia nampak selesa bersama ibu tirinya. Tentulah dia turut merasa ada perhatian dan kasihsayang. Beruntung anak-anak ini bila ada sorang lagi IBU yang menyayangi.
Jangan diracun pemikiran budak-budak ini. Sebaiknya berbuat positif pasti memberikan hasil yang membahagiakan.
Jangan diracun pemikiran budak-budak ini. Sebaiknya berbuat positif pasti memberikan hasil yang membahagiakan.
Rasanya, Abby pun sudah penat untuk bertekak bergaduh merungut atau apa saja. Bila pasangan itu sudah bertunang dulu, nampak keadaan sudah reda. Tentu Abby pun sedar, keadaan tidak boleh diubah lagi, lalu dia harus bersedia menerima keadaan dan suasana baru.
Cuma diharapkan kebahagiaan dan keadilan seorang lelaki/ayah berterusan kerana anak-anak itu terus mengharapkan perhatian. Jangan ditambah lagi kes-kes artis di mahkamah tentang tuntutan nafkah anak tertunggak sampai ribuan ringgit!
Orang biasa pun ramai ada kes macam ni, cuma orang suratkhabar tak tulis saja.
~...ketika diusik-sakat oleh Mak Utih tentang detik perkahwinan, sungguh malu untuk SERI BULAN mengakui dia senang sekali andai perkahwinan tanpa persandingan tetapi berarak keliling Kampung Separuh Desa dengan kereta lembu ditarik kerbau tanduk keweh...~
Semoga anak-anak itu tidak akan diabaikan sama sekali. Amin.
ReplyDeleteSaja cuba letak komen, nak tengok sama ada 'dispamkan' lagi atau tidak!
ReplyDeleteSejak ada kes KakCik tu, saya pun dah jadi rajin semak SPAM tu. Setakat ini dah takda lagi.
ReplyDeleteKomen Kakcik pun dah ok nampaknya. Thanks.
semoga ibu baru ikhlas terima anak2 tu, jangan terima bapaknya aje...hehehehe
ReplyDeleteEmm...bapak, exwife, wifebaru dan anak2 adalah hasil dr lakonan maka tidak hairanlah kalau gambar2 yg di paparkan semua untuk tontonan..memang dah dasar pelakon...hahaha
ReplyDeletebr kawen..seme nmpk indah
ReplyDeleteuntungle kahwin ditaja juta2 ;))
ReplyDeleteMAMASYAZA:
ReplyDeleteKena terima anak dulu baru bleh amik bapa, kan?
UNTIE MARINA:
Kelakar nak tergelak baca komen Untie, tapi memang itu benar belaka!
KHAIRIN:
ReplyDeleteLepas ni harap harap jangan kisah depa ni plak masuk mahkamah.
NAJWA:
ReplyDeleteSemoga nilai bahagia itu pun lebih dari juta jutaan itu.
semoga pengantin baru ni kekal hendaknya. ;)
ReplyDeletekak aa, apa yang spam spam tuh?
kat blog ker?
jangan hanya nak tunjuk kemesraaan
ReplyDeletesaje ...
ingat akan nafkah yang dengarnya
masih terabai
di dunia lepaslah
di akhirat nanti...tunggulah
p/s: takpernah suka dan tak akan
suka mamat dan minah tu :P
betul tu kak azie, kes mcm ni banyak je berlaku di dunia bukan selebriti, tapi tak di gembar-gemburkan.
ReplyDeleteMoga Norman dapat berlaku adil pada anak2 kan walau sudah punya keluarga baru...
FATIN:
ReplyDeleteYa... 4,5 hari kebelakangan ni, banyak komen tidak muncul kerana masuk ke SPAM. Kak Azie kena semak selalu, kerana banyak komen Kakcik pergi ke spam. Tapi nampak dah ok dah.
ATI:
ReplyDeleteSemoga apa yang kita nampak akan sama ikhlasnya dengan apa yg mereka akan lakukan.
YUS:
Begitulah juga yang kita harapkan.
Assalam kak, sudah menjadi lumrah kehidupan artis gitu kak...tapi betul juga org biasa ada juga cuma tak glamer mcm artis jer..apa pun semoga perkahwinan yg dibina kekal bahagia selamanya.
ReplyDeletesaya pun selalu juga ada komen masuk spam..pelik juga yer.
NIEZA:
ReplyDeleteKita harap yang baik baik saja la kan?
Kebelakangan ni blogspot macam tak berapa betul, sebab tu ada komen lari ke spam.
Skang dah ok dah.
addehhhhh...(tu je yg mampu di komenkan buat masa ini....huhuhu)
ReplyDeletesama macam kakcik.. sekarang dah makin rajin tengok kat SPAM tu.. masih ada komen yang ter ter masuk kat situ..
ReplyDeletetahniah buat mereka berdua...semoga jodoh mereka berpanjangan
ReplyDeleteBanyak yang tak puas hati dengan perkahwinan mereka yang kebanyakkannya di taja, tapi dah rezeki mereka..harap kekal hingga akhir hayat lah..jangan nak buat hal lagi lepas ni..kesian kat anak2...
ReplyDelete