Saturday, October 1, 2011

Mujur tak masak Gulai Kerang kul 3 pagi...

Assalamualaikum
Sabtuday
1-10-2011


October, 1st.
Menyambung MC. Berehat saja. Batuk belum ada gaya macam nak baik pun.

Samada aku memang tak jaga makan, atau cuaca yang tak begitu memberangsangkan, aku tahu ada sebab lain juga yang menyebabkan aku jatuh sakit tanpa signal.

Minda. Bila minda tak stabil, emosi bercelaru, fikiran sendat dok ingat benda yang sama, dok fikir masalah yang sama, time tidor tak ikut jadual dah.

Kawan aku tu kata, aku emosi lalu melatah. Betullah tu.

Sebab tu malam yang aku betul-betul tak leh fikir dengan tenang tu, aku tak leh tidor sampai kul 3 pagi.

Masak macam MyBonda buat dulu-dulu. Rebus kerang sekejap kemudian kopek.


Mujur bleh bangun ikut jadual biasa, sempat lagi masak Gulai Kerang (yang sepatutnya aku masak untuk dinner tapi tak sempat). Pastu pegi keja macam biasa.

Suara serak tak penting, janji kerja urgent siap. Jumpa doktor pun selepas waktu kerja.

Then, tersadai kat rumah.

Jemputan majlis Raya sebuah organisasi di Cheras tidak dapat dipenuhi.



~...pohon buluh di tepi lembah sudah merimbun dan SERI BULAN bagai percaya pula bila Mak Utih merepek tentang hantu berlindung, sehingga jenuh pula HISYAM meyakinkan itu sekadar gurauan lalu cuba mencabar diri untuk bermalam di situ tanpa lilin tanpa gasolin...~







11 comments:

  1. kopek kerang kui 3 pagi yerr....p celog mee sket

    ReplyDelete
  2. salam kak aa,
    masih ada jemputan raye ye?
    waaahhh..lama betul raye nya

    ReplyDelete
  3. Hmmmmm...
    lagi kecur mulut jadinya...
    gulai kari kerang...
    memang sedapppp..

    ReplyDelete
  4. ada yang masak kari kerang tanpa dikopek tapi akak tak lalu pulak camtu, nak jugak kopek cam Azie buat tu

    suka lempeng bodoh cecah kuah kari kerang

    ReplyDelete
  5. Salam AA, makan ngan mee/behoon sedap tuh..

    ReplyDelete
  6. FADZIL:
    Tak laaa.. kiter ramai rakyat bleh upah soh kopek. Kiter cuma masak jerrrr...
    Celoq mee? Phiewww! Mee Kari!




    FATIN:
    Yeah. Masih ada lagi yang dok buat majlis raya.

    ReplyDelete
  7. AKAK:
    Pada saya memang sedap lah. Cuma gandingannya mungkin bukan kentang. Saya jer yang bubuh kentang.



    IBU INTAN:
    Saya pernah juga buat tanpa kopek. Tapi leceh la utk budak2. Lagipun tak elok kerana takut terkena kerang yang tak elok. Rosak kuahnya.

    ReplyDelete
  8. UNTIE MARINA:
    Ya betul. Kalu ada meehon, terus jadi Meehon Kari. Yummy!

    ReplyDelete
  9. mak aihh.. tak sihat pun dan lagi buat gulai kerang..

    tapi kan bila tengok gulai kerang orang demam ni... punya laa terlioq... rasa cam nak boh mi celoq dalam tu.. sedap ooo...



    *cepat2 la tuan rumah sembuh ye...

    ReplyDelete
  10. tgk gulai kerang, teringat mee kari.

    get well soon akak!

    ReplyDelete
  11. EJA:
    Yang demam badan, tangan kuat lagi nak masak. Tekak memang terus jadi mengada. Tu yang gagah jugak tu.



    GADISBUNGA:
    Sedap kan kalu buat Mee Kari? Jommm... KakCik ada sebut nak buat mee Kari masa Gathering 23/10 nanti!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails