Sunday, October 16, 2011

Rutin Ahad yang sedap...!

Assalamualaikum
Ahad, cuti la kan?
16-10-2011


Pagi: ke Pasar Pudu. Rutin biasa.

Beli: ikan, sayur-mayur. Keli wajib beli. Minggu ni skip ayam.

Suasana: hingar-bingar, becak lebih dari biasa. Orang padat. Makin ramai orang Vietnam sekarang.

Sekilas pandang: Bawang besar ada tawaran baik, 1 karung (4 kg) cuma RM5. Okey capai sekarung. Ada orang tukang kendong.

Keli di kedai Brother YOP tu dah habih. Dia capai dari tokey belakang. 1 kg sudah, RM5 jer.

Cari ikan masin buat stok. Abang tu jual, tak murah tak mahal. Yang penting ikan masinnya bersih.

Beli santan ready. Nanti nak masak terus.

Cakoi 5 ketul RM2. Alas perut rakyat di rumah sementara tunggu tukang masak siap menanak.

Daun pandan secekak, tiga kupang. Huhhh... kalu kat kampung dulu, tarik sampai serumpun!

On the way balik: singgah farmasi buat free blood test.
Result aku:
Systolic: 116 (MyTOKLAKI punya 136)
Diastolic: 78
Pulse: 78

Dikira sangat cemerlang tuh, kan?

Nak buat ujian gula kencing manis, silap tak posa. Tak breakfast lagi tapi tadi beli dan minum Soya Bean di pasar. So tak leh buat.

Singgah kedai Anas Roti Canai. Beli kuah dhal RM1, nak buat cicah Cakoi. Skang pakcik jual cakoi tu tak jual dengan kuah manis pandan tu lagi sejak gula naik harga.

Di rumah:
Masak Nasik Lemak terus buat untuk lunch. Goreng keli, goreng ikan masin. Sambal Tumis Bilis. Telur Rebus. Terlupa beli kacang tanah. Abaikan.

Air: Teh O Ais 1 jag besar. Makan berhidang anak beranak.

Kesimpulan: Sedap teramat Nasi Lemak itu!

Gambar: Tiada.


Ini gambar bila ntah...?


~...katanya, Nasi Lemak Buah Bidara, tapi bila ditanya mana satu buah bidaranya, langsung tak terjawap dan bila diminta masak Nasi Lemaknya, terus tak terdalih lalu HISYAM merasa SERI BULAN belum cukup penasarannya...~







17 comments:

  1. Ahad yang sempoy....have great day akak...

    ReplyDelete
  2. pagi ahad berlibur atas tilam. jam 9 baru bangkit.
    pagi ahad tak perlu ke pasar.
    sebab
    sabtu malam dah beli stok kat pasar malam.
    :)

    ReplyDelete
  3. AA..ikan masin buat stok ye..tu yang acik tak pernah buat stok.
    bukan tak suka..tapi..ada pesakit darah tinggi dirumah ni..kena hati hati...

    ReplyDelete
  4. azie..rajin nya u hari mgu ke pasar basah..salute laa..
    i beli brg basah kat pasaq malam ja..hsewife kan..boleh beli bila2 masa..i g p.mlm pun petang masa org baru pasang kemah..hehe
    takdak la tembung dgn org balik kerja nanti..bg chan depa shoppg pulak

    ReplyDelete
  5. ahad yg best. tapi saya lepak kepenatan berjalan semalam. sudahnya megi je.

    ReplyDelete
  6. saya selalu sabtu pagi pegi pasar beli ikan sayur...ahad duduk kat rumah...selalunyr kerja2 mendobi...melipat sambil tengok tv...

    ReplyDelete
  7. rutin hujung minggu.yang bestnya bila bersama keluarga

    ReplyDelete
  8. hadoi.. lapar saya akak cerita cam tu.. huhu.. sedap2..

    ReplyDelete
  9. Hi Azieazah, I suka your, 'goreng ikan masin. Sambal Tumis Bilis. Telur Rebus'.
    Ini da tentu tiga pinggan nasi lichin.
    I love salt fish, especially ikan sepat and Kuantan ikan kurau salt fish.

    Have a nice day simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  10. azie
    sangat cemerlang bp anda


    satu masa dulu 120/78.....tapi la ni 130/90 biasa saja, doktor kata utk umur saya, boleh accept lagi....

    ReplyDelete
  11. Ahad yg mmng best...lebih2 lagi kalau brsama kluarga...

    ReplyDelete
  12. ahad ayu pun tip top..
    bersama abah tersayang

    kakkkkkkkkkkkkkkkkkkk..
    bp kamu dan toklaki mmg cun..
    terbaik

    ReplyDelete
  13. sedapnya nasi lemak dimakan tengahari.....kenyang perut suka hati.

    ReplyDelete
  14. nasiklemak cikgu sedaaappppp!
    nasiklemak kak azie juge, teman yakin!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails